CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, February 28, 2013

travelog day 3 #Luxor part 2

after kitorang pegi Alabasta tu, kitorang terus gerak pegi Hatshepsut temple.
Hatshepsut ni adalah satu2nya firaun perempuan yang pernah memerintah mesir selama 20 tahun.
all by herself. takdak firaun lain yang tolong.
kira dia ni antara firaun yang berkuasa and hebat lah masa tu.
and kalau tak salah aku, mister Ali tu penah cerita.
masa Hatshepsut nak naik takhta, ada someone bagitau dia.
yang kalau dia nak jadi seorang yang berkuasa, dia kena bina temple.
and atas sebab ni lah, terbinanya Hatshepsut temple or kalau kat tiket masuk tu, diberi nama as Al-Deir Al-Bahari temple.

tiket masuk temple tu

yang uniknya, binaan temple ni berbeza from other temples.
dia ada 3 tingkat kalau tak salah.
tingkat first tu takdak apa2 lukisan, so orang tak pegi tengok kat situ. tapi tingkat 2 and 3 tu banyak ukiran and patung patung.
dekat depan temple ni, ada dua batang pokok (sekarang tinggal akar ja) yang dibawa masuk oleh Hatshepsut from Punt.
mister Ali ada cakap nama sekarang Punt tu.
tapi aku lupa. maap lah ye. tanya inche Wiki kot.
tapi if tengok temple ni depan depan, memang rasa macam tengah tengok lukisan.
and sekeliling temple ni, ada macam cave. diorang buat as tempat perlindungan.
berlindung dari panas terik semua tu haa.
temple ni dekat ja rasanya dengan Valley of the Kings tu.
sampai Queen Hatshepsut request untuk hubungkan temple dia ni dengan tomb dia yang terletak kat Valley of the Kings tu.

Hatshepsut Temple

gunung yang mengelilingi Hatshepsut Temple

kami berenam lagi. =)

ni statue Hatshepsut kat depan temple tu

ni pokok yang Hatshepsut bawak from Punt

struktur kat tingkat 3 temple ni

ni pintu masuk temple tu kalau tak salah

taktau kenapa, aku suka gambar ni. =p

habis je pusing Hatshepsut temple ni, kitorang terus gerak pegi Colossi of Memnon.
kat sini bukan temple pun.
just 2 massive statues of Amenhotep III.
masa stop kat sini, dengaq dah suara pokcik drebar tu.
''khamsah daqaiq bas! (5 minit cukup!)''
ustaz kata turun untuk amek gambaq ja.
tapi aku tak turun. malas. panas. heh.

Colossi of Memnon

after Colossi of Memnon ni, kami pegi lunch. masa tu dah pukul 2 lebih dah rasanya.
pegi lunch kat satu international restaurant.
bayar 35EGP untuk buffet style.
berbaloi gak la.
masa ni, nyesal kot pegi makan pakai jeans.
makanan yang boleh diisi adalah terhad.
tapi quite banyak jugak aku makan.
ayam, ikan, nasi, sayur, ruz bi laban (nasi+susu), buah buahan.
itu pun dah full tank dah haa.

the restaurant

habis lunch, terus gerak pegi Luxor temple.
asalnya nak pegi Karnak temple.
Karnak temple ni kira salah satu temple yang wajib pegi if datang ke Luxor.
tapi disebabkan kekangan masa, kami tak sempat pun pegi Karnak temple.
sedih tu ada la. cuma nak buat guane. dah takdak rezeki kan.
sebab keluar dari restaurant tu pun dah pukul 4.30 petang.
and kaunter tiket Karnak temple tu tutup pukul 4.30 petang. memang lah tak sempat.

Luxor temple ni, terletak bersebelahan dengan sungai Nil.
kat dalam temple ni, memang boleh nampak banyak gila statue of Ramses II.
nothing yang menarik sebab semuanya lebih kurang sama ja.
masa kat temple ni, mister Ali ada buat sesi briefing.
dia explain lah sikit sikit pasal temple.
tapi disebabkan kekenyangan dan kemalasan yang melanda, aku and the geng tak dengar pun. masing masing sibuk nak snap gambar.
tapi yang aku tau, kat temple ni ada around 20 statues. semuanya statue of Ramses II.
and ada statue yang dah dipancung kepalanya.
gara gara perselisihan between agama pada zaman dahulu.
and semua statue ni dikatakan mengarut.
so most of the statue ni adalah headless.

the headless statue

obelisk kat depan Luxor temple

the obelisk

keadaan kat dalam Luxor temple

statue of Ramses II

the pillar of the temple



head of Ramses II rasanya

the temple after sunset



kat atas temple tu, ada masjid. apa ntah nama masjid tu.
after Luxor temple ni, kami terus gerak pegi Hurghada.
jalan pegi Hurghada ni amek masa 4-5 hours jugak la.
and jalan nak pegi hurghada ni, ada dua.
satu ikut desert. satu lagi ikut jalan pertanian.
jalan desert tu lagi cepat sampai la.
and jalan pertanian tu, macam jalan jauh.
akan sampai 2 jam lewat dari yang sepatutnya.
cumanya jalan desert tu akan ditutup after pukul 5 petang.
ustaz memang mintak kami semua doa supaya kitorang dapat ikut jalan desert tu.
nak sampai Hurghada cepat.
sebab kat Hurghada tu, diorang dah sedia dinner kat hotel.
restaurant kat hotel tu tutup after 9 malam.
so memang kena sampai awal lah kan.
and guess what.
Alhamdulillah, kami berjaya jugak lalu jalan desert tu.
Alhamdulillah. semuanya dipermudahkan.

ok. sampai sini ja travelog untuk third day.
next aku cerita pasal Hurghada.
yang mana aku rasa part ni paling best.
sebab apa? haa, nantikan next entry okeh?






















Wednesday, February 27, 2013

travelog day 3 #Luxor part 1

ok. sambung journey aku pada hari ketiga.
dah settle melawat aswan and abu simbel, kami gerak ke luxor.
sampai kt luxor tu dah malam jugak la. dalam pukul 9 kalau tak salah.
sampai ja luxor, terus check in hotel.
kat luxor ni, kami amek 2 hotel. so, satu bas kat Sunset Hotel, satu lagi bas kat hotel lain.
ustaz bagi kebenaran untuk sesiapa yang nak ronda ronda bandar luxor malam tu.
mula mula aku rasa semangat ja nak keluar jalan jalan.
tapi bila dah masuk bilik, nampak katil, segarkan badan semua, tetiba ja rasa berat kaki nak melangkah keluar. plus hotel tu ada tv.
bagi student atas laut (baca : oversea) yang takdak tv kat rumah macam kami ni, bila ada peluang jumpa tv tu, nak ngadap tv je lelama. even tak paham apa yang dibicarakan.
so, aku duduk bilik, ngadap tv. best je movie malam tu.
english movie ok. cuma subtitle dia arab.

aku ni spesis yang takleh ngadap tv. asal ngadap tv, kompem tv tu yang tengok aku balik.
dalam erti kata yang lain, aku wajib padam bila dah ngadap tv.
tu memang habit aku rasanya.
dari aku kecik lagi,
kalau nak tido, kena bukak tv dulu.
baru boleh lelap.
kalau tak, puas lah aku nak golek golek atas katil tu before boleh lelap.
ok stop. dah jauh sangat dah aku merapu ni.

sambung kisah perjalanan aku kat luxor. kitorang check out pukul 8 pagi. so, heaven sikit la nak tido lelama malam tu.
kat luxor ni, kami diberi pilihan untuk naik hot air balloon. sekepala 500EGP. aku dengan tengah berjimatnya, memang tak join lah kan.
dah la sesape yang join hot air balloon ni, kena gerak pukul 4 pagi.
aku nak bangun pukul 4 pagi? memang wassalam lah jawabnya.
dah sarapan semua, kitorang gerak pegi Valley of the Kings.

buat yang taktau tu, Valley of the Kings ni merupakan kawasan lembah yang terdapat banyak kawasan perkuburan firaun firaun dahulu kala.
ramses III lah, ramses IX lah, and ada jugak kubur/tomb of tutankhamun.
siapa yang tak kenal tutankhamun ni, sila bukak buku sejarah form 4.
tak salah aku, dalam tu ada.
kalau takdak, maybe aku yang bermimpi. eh.
dengan bayaran sebanyak 40EGP, kami hanya dibenarkan masuk 3 tombs ja.
entah hape yang kitorang masuk tu, aku lupa nak amek port.
sebabnya masa kitorang sampai ni, kiranya sama time dengan satu rombongan budak arab ni.
kalau orang arab yang jenis tertib lentik sopan santun tu, tak kisah la.
ni bak kata ustaz Rigal 'kekampungan' gitu.
serius baq ang.
masuk tomb tu dah ghupa masuk kelab malam.
bising yang tahap boleh pecah ear drum masing masing.
so untuk mengelakkan dari masuk tomb yang sama dengan diorang, kami amek route yang lain.
diorang gi kanan, kitorang gi kiri. diorang naik atas, kitorang turun bawah.
punya nak elak dari jumpa puak diorang ni haa.
sampai tak amek tau pun nama nama tombs yang kami masuk.

tapi kat sini tak dibenarkan sama sekali untuk amek gambar. even kamera pun kena letak luar.
so, korang tak dapek lah nak tengok gambar Valley of the Kings ni.
kalau nak tengok sangat, mungkin boleh mintak kat inche Google.
oh ya, kat Valley of the Kings ni jugak la, kami terjumpa sorang single dad yang sangat sweet.
masa tu memang tengah panas.
and terpaksa tunggu mini train untuk masuk ke dalam tu.
kebetulan masa tu memang tengah ramai tourists from other countries.
and tetiba ja tengok sorang mat saleh tu dengan anak dia tengah duduk kat pintu masuk.
mat saleh tu macam bengang kat tourist guide dia sebab anak dia tak happy.
kalau korang boleh tengok muka anak dia masa tu, memang nampak grumpy gila.
taktau la atas sebab apa kan.
then tengok cara mat saleh tu layan anak dia, pegangkan teddy anak dia, bagi anak dia minum semua, fuhh. cair beb.
suka gila tengok cara mamat tu treat anak dia.
rugi ja sebab tak dapat snap gambaq.

credit to inche Google.
setiap tomb tu kat bawah tanah.
so every time jalan kat laluan nak ke bawah tanah tu, ada lah ukiran dan lukisan kat dinding.
memang pure and ori dilukis masa zaman firaun dulu.
even still ada warna lagi,
Subhanallah, MashaAllah. masa tu memang sangat kagum la macam mana tempat yang dah berusia ribuan tahun, masih boleh kekal sampai ke hari ni.
memang betul lah Allah dah sebut dalam al-Quran :
''maka apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di bumi, lalu mereka memperhatikan bagaimana kesudahan orang orang yang sebelum mereka. mereka itu lebih banyak dan lebih hebat kekuatannya serta (lebih banyak) peninggalan-peninggalan peradabannya di bumi, maka apa yang mereka usahakan itu tidak dapat menolong mereka.'' [40:82]
cumanya yang tinggal kat sini just keranda firaun. mumia semua ada kat muzium Cairo.
and satu-satunya mumia yang tinggal adalah mumia Firaun Tutankhamun.
tapi nak masuk pegi tengok mumia tu, kena bayar 100EGP lagi.
so kami decide untuk tak pegi tengok pun.
masing masing dah malas nak bayar.

after Valley of the Kings ni, kami pegi singgah Alabasta.
Alabasta ni tempat jual hiasan yang diperbuat daripada batu.
ada granite stone lah, onyx lah semua.
kat sini tengok cara orang ukir batu.
lepas tu shopping shopping sikit.
aku beli satu jenis batu yang selalunya orang buat lampu.
aku plan balik nak buat aromatherapy.
semangat nak study lah katakan.
satu batu tu, harga dia 150EGP.
aku pakat dengan kawan aku, if amek dua, nak mintak 200EGP ja.
memang tak dapek lah kan.
pakcik tu mula mula bagi 270.
aku mintak 250.
mula mula dia taknak turunkan lagi.
sebab bak kata dia, gara gara aku mintak, dia turunkan 270.
kalau kawan aku tu mintak, dia tak bagi langsung.
heh. typical arab.
after dok buat aktiviti tawar menawar dengan pokcik tu, last2 dapat 250. jadi lah daripada takdak kan.

ni dia tengah mengukir batu hokeh. bukan mengukir kayu.

dia guna air untuk bagi batu tu lembut

proses nak buat lubang kat batu tu.

bermacam macam jenis batu

pokcik2 yang hebat dalam proses mengukir batu2.

ni dia tengah ukir nama kat batu tu kalau tak salah aku.

pakcik ni ukir batu tu jadi bentuk 'the key of life''

macam dah panjang sangat dah post aku kali ni.
ok lah. esok aku sambung part 2 pulak deh?
aku dah start sakit belakang.
so, time untuk golek golek sambil stretching belakang ni.
eh.

travelog day 2 #abu simbel

ok. sambung balik bebelan aku pasal percutian aku hari tu.
second day ni, kitorang gerak gi abu simbel.
kena check out hotel pukul 3 pagi.
3 pagi okeh...!
penat semalam pun tak abeh lagi.
takpe. masing masing sambung tido dalam bas deh.
perjalanan dari aswan nak pegi abu simbel ni, amek masa dalam 3 jam jugak lah.
dah macam dari perlis nak pegi penang lah kan.

perjalanan pegi abu simbel ni, kitorang konvoi ramai ramai.
banyak bas. bas yang bawak tourists from other countries.
sepanjang perjalanan tu, memang masing2 tidoq ja lah.
include ustaz indon yang organize rehlah kali ni.
diorang tu lagi lah.
dengan tak tidur malamnya. sebab nak siapkan makanan kami semua.
memang tabik lah kat ustaz2 ni.
dalam pukul 8 pagi kot, kitorang sampai kat abu simbel temple.
abu simbel temple ni kira antara temple yang terkenal lah.
sebab apa tu, aku kurang pasti.

sampai2 ja, kitorang semua cari port untuk sarapan.
pihak organizer dah sediakan roti, cheese, jam, and telur rebus. then suka hati korang lah nak makan kat
mana pun.
tapi temple ni, banyak gila anjing.
tambah2 kami semua tengah makan, makin banyak lah anjing2 ni dok berkeliaran.
habis ja makan, semua berkumpul untuk masuk temple ni.

abu simbel temple ni terletak kat Nasser Lake.
Nasser Lake ni kira antara tasik buatan yang terbesar kat dunia.
kalau tengok dengan mata kasaq pun, boleh konpius ni tasik or laut.
sebab memang sangat luas plus air dia yang sangat tenang.
cumanya kat keliling tasik ni, diorang letak pagar sebab katanya dalam tasik tu sangat banyak buaya.
asalnya before ada tasik ni, kat bawah tu ada perkampungan semua.
tapi disebabkan pembinaan empangan, paras air naik dengan mendadak and terbentuklah tasik tu.
and abu simbel temple ni jugak sebenaqnya terletak kat dasar tasik tu.
tapi bila diorang nak bina temple, diorang terpaksa pindahkan temple tu.
cara pemindahan dia berbeza sikit compare to philae temple yang aku cerita before ni.
disebabkan abu simbel temple ni dibina or diukir from gunung, so pemindahan dia memang sangat susah and memakan masa yang sangat lama.
even masa dah ada tasik ni pun, temple tu still tak habis dipindahkan.
sampai pihak kerajaan mesir masa tu terpaksa bina benteng kat sekeliling temple tu untuk prevent gunung tu dari ditenggelami air.

Nasser Lake


abu simble temple ni dibina oleh Ramses II. kat sini kita boleh nampak dua temple.
satu temple tu dibina oleh Ramses II untuk dirinya sendiri and satu lagi, dibina untuk isteri Ramses II iaitu Queen Nefertari.
kalau korang nak tau pasal Ramses II dengan lebih lanjut, boleh la klik link ni.
aku malas nak cerita. heh.

ni temple yang dibina untuk Ramses II sendiri.
satu keistimewaan temple ni, adalah bilamana berlakunya sunrise, matahari akan terpancar kat 3 daripada 4 patung.
3 daripada 4 patung tu mewakili Ramses II, Amon-Ra and Ra-Horakhty.
satu lagi patung tu mewakili Ptah, God of Underworld.
patung Ptah ni tak disinari oleh sunrise sebab diorang percaya yang dia ni God of Underworld, so, dia akan kekal dalam kegelapan.
tapi peristiwa ni berlaku 2 kali setahun iaitu pada 22 Februari and 22 Oktober.
diorang kata tarikh tu bersempena tarikh lahir and coronation day of the king.

perasan tak salah satu patung tu dah hilang dia punya features?
kalau tak salah dari yang aku baca kat wiki, statue tu collapsed disebabkan earthquake shortly during its construction. and masa diorang nak pindahkan, diorang decide untuk biarkan statue tu macam tu.

the collapsed colossus

dua daripada 4 statues kat depan great temple of Ramses II





satu lagi temple yang dibina untuk isteri Ramses II ni iaitu Nefertari Temple.
temple tu dibina khas buat Hathor, goddess diorang.
temple ni kecik sikit la if nak compare to the Great Temple tu.

pintu depan Nefertari Temple

kami berenam =)

Power Rangers kononnya. =p

masing2 konon nak hiking. sekali kena halau dengan pakcik polis. 

dah habis pusing abu simbel, kami patah balik ke aswan. singgah kedai perfume.
kat sini kami berhenti makan and solat.
after settle semua, pekerja kedai ni buat demo untuk explain pasal perfume tu.
kat sini perfume semuanya pure. belum tambah alcohol or air.
jenama jenama macam guess, hugo boss, chanel no 5 semua tu, amek dari sini kalau tak salah.
tapi yang branded semua tu, depa dah tambah air. memang banyak buat duit lah kan.
ada jugak aromatherapy.
masa dia tanya siapa yang ada masalah sendi or sengal sengal badan, laju aje aku angkat tangan.
sekali dia mintak pekerja perempuan dia bawak aku pegi private place.
and guess what, dia urut belakang aku ni okeh..!
dah macam pegi rumah urut dah aku rasa.
tapi memang sedap gila ah dia urut. hilang abeh sengal sengal badan aku ni.
padahal minyak dia tu aku tak beli pun.
memang murah.
tapi aku tak rasa aku akan guna minyak tu.
membazir ja kan.
oh ya. kat kedai ni jugak, diorang tunjuk cara nak buat bekas minyak wangi yang kristal tu.
serius ohsem bila tengok diorang buat.

peralatan nak buat bekas kristal

proses nak buat bekas kristal

selesai urusan kat kedai perfume ni, kami gerak gi luxor pulak.
perjalanan yang mengambil masa 4 jam jugak kalau tak salah.
check in ja hotel, kawan kawan aku ajak gi jalan jalan bandar luxor.
tapi disebabkan kemalasan yang melanda, aku lepak ja kat bilik.
tengok tv.

ok. sampai sini ja bebelan aku pasal second day rehlah kali ni.
next entry, aku cerita pasal luxor pulak deh?


Sunday, February 24, 2013

travelog day 1 #aswan

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk aku cerita pasal percutian aku.
lawatan a.k.a rehlah kali ni, aku pegi banyak tempat. and semuanya terletak di bahagian southern egypt.
first tempat yang aku pegi adalah aswan.
so, as semua orang sedia maklum, egypt ni besar.
and perjalanan kami from alex to aswan mengambil masa hampir 1100km.
seribu seratus ye kawan kawan. bukan seratus sepuluh.
20 jam dalam bas.
tahap kekebasan kitorang tu, memang tak payah nak cakap la.
plus bosan.
20 jam tu keja tido, bangun, dengar lagu.
tapi kebanyakannya aku habiskan dengan tido.
lega gila kot dapat tido 20 jam tu.
bertolak dari alex pukul 5 petang. and sampai aswan pukul 12 tengah hari esoknya.
dah la sepanjang jalan tu aku tak makan sangat.
perut dah sampai masuk angin dah haa.
ok. stop dengan bebelan merapu.

first destination : philae temple.
kalau dah kat sinai dulu aku banyak pegi tempat tempat berkaitan Nabi Musa, kali ni aku pegi tempat tempat yang berkaitan pemerintah Mesir purba a.k.a firaun.
memang banyak lah temple yang ada kat bahagian southern egypt ni.
nak pegi philae temple ni, kena naik bot.
rentas sungai nil.

bot nak pegi philae island

antara barang2 yang orang nubian jual

sungai nil

philae temple


mister Ali
cuba tengok awan tu. Subhanallah. cantik kan? (=

jeti kat philae island


ni kira main offering room. zaman diorang ni dulu kan banyak bagi offering kat tuhan and raja diorang.













antara ukiran yang boleh nampak kat dinding temple ni


the three musketeers (=



philae temple ni terletak kat satu pulau.
dulunya philae temple ni ada kat philae island. tapi disebabkan mesir nak bina high dam kalau tak salah, depa kena pindahkan temple tu pegi tempat yang lagi tinggi.
ada mister ali tu cakap yang maksud 'philae' tu adalah gajah. sebab philae island tu bentuk macam gajah.
sepanjang kami kat aswan and luxor ni, ada sorang tourist guide yang banyak cerita pasal sejarah tempat tempat yang kitorang pegi tu. nama tourist guide tu, mister ali.
masa mister ali cakap yang diorg kena pindahkan temple tu, aku macam tertanya tanya gak.
macam mana depa pindahkan. takkan nak angkut satu temple tu sekaligus.
rupanya, depa pindahkan by bricks.
and masa nak pindahkan tu, depa kena tanda setiap bricks tu dengan nombor. so that bila nak reconstruct temple tu, takkan bercampur.
sebab bila susunan bricks jadi lain, maksud ukiran kat dinding semua akan jadi lain.
ok. kalau tak salah aku, the main god untuk temple ni adalah Isis.
philae temple ni dibina masa zaman dinasti Ptolemaic.
and temple ni jugak pernah dijadikan as coptic church. sebab tu if korang datang, and tengok kat bahagian dinding temple ni, diorang ada ukir coptic cross.
sori lah. aku tak boleh nak cerita banyak pasal history ni.
mister ali tu ada je cerita. tapi otak aku ni kalau receive info pasal sejarah, payah gila nak lekat.
plus nama tuhan zaman mesir purba ni bapak pelik. belit belit lidah nak sebut.
fuhh.

habis je lawat philae temple ni, kami check in hotel.
nice gak la dapat jumpa katil after seharian berjalan.
balik hotel, rehat, solat, basuh muka bagai, then keluar balik.
naik bot untuk pegi botanical island or lebih dikenali as Kitchener's Island..
masa zaman british jajah mesir ni,pegawai british tu yang mintak semua jenis tanaman seluruh dunia untuk ditanam kat pulau tu.
if pegi pulau tu, boleh nampak la macam macam jenis tumbuhan.
kalau yang jenis botanist tu, maybe minat la dengan pokok pokok ni semua.
tapi dah bagi bakal bakal dokter yang masuk, memang takde effect lah kan.
semua jalan jalan amek gambar je. tak hirau dah nama nama pokok, asal usul semua tu.

laluan kat botanical island

dah habis lawat botanical island, kitorang straight pegi nubian island.
untuk pengetahuan semua, nubian ni adalah orang asli mesir.
perjalanan nak pegi nubian island ni, memang lama gila.
kena rentas kawasan yang ala ala amazon gitu.
kena redah arus sungai nil yang laju.

ni yang aku cakap ada feel naik bot kat amazon

on the way pegi nubian island

layan sunset atas bot. Subhanallah. sangat tenang baq hang. (=





redah sungai nil untuk pegi nubian island
sampai kat nubian island tu, pegi tengok rumah tradisional diorang. cantik gak la.
and cat rumah diorang tu, asli kot.
aku tak sure macam mana. cuma diorang takde lah nak guna nippon paint bagai.
and the colour memang nice gila.
kaum wanita nubian ni pakar dalam bab bab mengukir inai or henna.
cantik seyh.
dia ukir dalam 2 minit je.
and hasilnya memang puas hati gila.

rumah tradisional orang nubian
pasar kat nubian island
masa nak balik tu, kitorang kena naik bot jugak. bayangkan la. naik bot, malam malam, sambil layan bintang yang bertaburan.
masing masing tangkap feel baq hang.
terasa tenang kejap bila tengok bintang bintang kat langit.
lupa kejap masalah aku tu.
tapi yang spoilnya, angin dia sejuk kot.
memang tahap gigil habes lah sejuknya tu. aku pulak tak pakai sweater. so memang nice la kan.
masa nak balik from nubian island ni, semua orang dah lapar tahap hape dah.
yela. last kitorang makan dalam 7 jam before tu.
memang masing masing pakat starving la kan.
sampai sampai hotel, kena tunggu makanan siap pulak.
ustaz indon yang masak.
makanan siap je, kitorang terus makan.
after makan, terus tido.
bapak teruk perangai sorang sorang.
dah tu, nak buat guane.
masing masing kepenatan.
faham faham je lah kan.

ok lah. sampai sini je bebelan aku tentang first day rehlah ni.
next entry aku cerita pasal Abu Simbel pulak ok?


p/s : gambar gambar ni semua, credit to kawan aku, mukhlis. semuanya dari kamera dia. kamera aku tinggal kat malaysia. so, terpaksa la cilok gambar orang. hee~