CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 20, 2011

entry khas HARI BAPA~


ayah, papa, abah, bapak, daddy.. ni smua panggilan buat seorang lelaki yg dh banyak berjasa dalam hdup kita..
petang tadi, aku telah dikejutkan dengan satu berita yg sangat tak disangka.. ayah kpd seorg kawanku telah kembali ke rahmatullah. (innalillah...)
tiba-tiba, aku trbayangkan macam mana kalo aku skrg berada di tempat kawan aku tu. aku tak rasa aku mampu untuk menjadi setabah dia. pengorbanan abah terhadap aku dn 4 lagi adik beradikku sangat besar. dan pengorbanan itu lebih aku sedari selepas keluargaku ditimpa kemalangan 9 tahun yang lalu. walaupun sudah lama peristiwa itu berlaku, tetapi ia berjaya untuk meninggalkan kesan yg sangat mendalam buat diriku.. walaupun kaki abah tak sihat mcm kaki org lain, tapi abah tetap menggagahkan dirinya untuk memerah keringat demi mencari rezeki buat kami semua.
setelah aku mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke sini, abah lah orang yang paling banyak memberi sokongan terhadapku. tidak lupa juga buat ibu. kini, walaupun aku jarang brjumpa dengan mereka, aku tetap sentiasa mengingati mereka. dan ABAH adalah heroku di dunia ini. tanpa abah, aku xmungkin akan dpt hidup dan tanpa semua sokongannya, aku rasa aku xmampu untuk bangkit di dunia yg penuh dengan dugaan. terima kasih ABAH..

notakaki 1 : hargailah ayah anda selagi mereka masih bernafas di dunia ini. dan buat yg telah tiada tu, sentiasa lah doakan mereka. kerana hanya doa anak2 yang soleh dan solehah laa yang menghubungkan kita dgn dia. insyaAllah.
notakaki 2 : sekalung takziah buat kawanku itu. tabah la dalam menghadapi dugaan ini. sesungguhnya, perancangan Allah itu lah yang terbaik buat hamba-Nya. :)


"gmbar masa raya tahun lepas. masa ni dia suruh aku speaking arab baru dia nk bagi duit raya. mau aku tak terkial kat situ."