CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, April 11, 2013

the day we become champions



sepertimana yang kalian semua sedia maklum, hari Jumaat lepas aku ada netball tournament kat Mansoura.
so entry kali ni aku nak cerita serba sedikit pasal tournament tu.
Alex Uni hantar 3 team.
Alex 1, Alex 2, Alex 3.
Alex 2 team senior.
aku include dalam Alex 1.
gerak dari Alex hari khamis malam.
bas pukul 8 dari MARA.
masa pegi tu, masing masing semua dah eksaited dah.
yela. pegi wakil uni kan.
masa dalam bas tu, aku tak dapat nak tido langsung.
maybe sebab bukan waktu tido aku kot.

sampai Mansoura pukul 11 malam rasanya.
kat sana aku tumpang rumah kawan kepada kawan aku.
kawan dia tu AJK pelaksana tournament ni.
masa mula mula turun bas tu, menggigil seyh. sumpah sejuk,
aku dah la tak bawak sweater.
terpaksa la menahan sejuk dengan menggunakan lemak lemak yang ada. eh.
masa sampai tu, kami pegi makan. lapar kot.
last dinner pukul 5 petang.
itu pun makan nasi impit ngan rendang.
tapi makan malam tu tak berat sangat pun.
makan kek.
sebab letih mengatasi segalanya.
dengan ngantuknya.
memang rasa nak cepat sampai rumah.

sampai je rumah kawan tu, siap siap basuh muka, gosok gigi semua, terus tido.
tapi still aku takleh nak tido jugak.
golek punya golek, pukul 2 pagi baru aku lelap.
padahal pukul 8 pagi dah start pendaftaran.

bangun pagi esoknya, siap siap mandi, makan, terus keluar rumah.
rupanya tak ramai pun lagi yang ada.
bajet macam dah lambat.
masa taklimat, diberitahu yang ada 10 team.
3 from Alex, 7 from Mansoura.
terkejut gak la bila dapat tau kami ja dari luar Mansoura.

Alex 2 and 3 group A.
team aku, Alex 1 group B.
johan and naib johan kumpulan akan masuk semi.
as usual lah kan.

jadual match kitorang

after match penentuan tempat ketiga

nak dipendekkan cerita, Alex 1 and Alex 2 berjaya jadi juara kumpulan.
so, masa semi tu agak berkobar2 jugak la nak menang.
biar final Alex lawan Alex.
sekali, takdak rezeki.
team aku a.k.a Alex 1 sangkut kat semi.
kalah tipis.
7-6 kalau tak salah.
takpelah. nak buat guane kan.
tapi Alex 2 berjaya pegi final. Alhamdulillah.
before start final match, ada match penentuan tempat ketiga.
match ni bagi aku sangat-sangat sengit
serius. masing masing nak menang.
pada mulanya, team aku lead match tu. sekali team Mansoura dapat kejar and depa pulak lead.
masa tu aku memang dah cuak gila dah. takut kalah.
sekali Alex 1 dapat kejar balik.
and menang tipis jugak. Alhamdulillah.
tak dapat masuk final, dapat no 3 pun jadi lah kan.

Alex 1


Alex 1. the third place winner. =)

final match tu depa buat malam.
quite ramai jugak la yang datang tengok.
siap dengan coordinator of international program depa sekali turun.
masa final ni, aku suka tengok semangat kontijen Alex.
semua saling support each other.
sampai abeh dah suara ni haa.
bersorak punya pasal.
and finally, Alhamdulillah, johan menjadi milik team Alex 2 dengan kemenangan 16 gol berbalas 7.
masa nak balik tu, pengarah program dia cakap yang Alex ni hebat. hantar 3 team. 2 team menang. Alhamdulillah.

le champion, le first runner-up and le second runner-up


Alex hebat..! *tengok muka memasing yang berkilat tu*

sepanjang tournament ni, aku dah jadi macam mediaPERUBATAN dah.
tiap match aku update score kat fb.
takpe lah.
menyampaikan khabar gembira dan mohon doa sahabat sahabat kat Alex jugak kan.
program ni habis around pukul 9.
siap siap solat bagai, 10.30malam baru gerak balik Alex.
dah la naik tramco. fyi, tramco ni macam van la.
bayangkan dari Mansoura ke Alex naik van. plus cara depa drive yang macam hape dah ni.
konpem2 mabuk.
aku dah cuak dah. sebab aku tak bawak ubat aku.
tapi kawan aku cakap, masing2 penat. so masuk tramco tu karang, tido tak sedar hape.
sekali betul.
aku memang tak sedar hape dah. masuk2 tramco, terus lelap.
sedar2 je dah sampai Alex.
dah la sabtu tu kami kelas pagi. pukul 8.
then after lecture ada sesi photoshoot kelas.
dengan muka tengah terbakar ni.
fuhh.
tawakkal gila ghupa aku dalam gambar tu.

kami sampai Alex around 2.30 pagi.
and kalau dah sampai pagi2 buta tu, wajib ada musyrif.
musyrif ni adalah sorang ikhwah yang ber'chromosome' XY yang perlu ada untuk menemani akhawat pulang ke rumah or ke mana saja dia pergi pada waktu malam bagi memastikan keselamatan akhawat tersebut.
ada paham?
kalau tak paham pun, buat buat paham.
kami kat sini dah macam satu family.
perlu ada support system antara kami.
tambah pulak baru ni ada kes orang arab pecah masuk rumah akhawat and buat benda tak senonoh.
dah la benda tu jadi kat batch aku sendiri.
masa tu boleh nampak la para ikhwah ni menyuarakan rasa cakna diorang terhadap keselamatan akhawat.
dah macam cubit peha kanan, peha kiri rasa sakit.
kat sini kami jauh dari family.
so kami just ada sahabat2 yang membantu untuk memastikan keselamatan masing masing terjaga.

sampai rumah dalam pukul 3 pagi.
subuh pukul 4 pagi. so dah alang2 tu, berjaga terus sampai subuh.
after solat, letak kepala terus lelap.
sedar2 dah pukul 7.20.
tak ke macam nak melompat aku dari katil tu.
dengan baju tak iron lagi.
tapi naseb sempat siap on time.
rushing jugak la. sampai tak sempat nak sarapan.
pegi ja kelas, semua tegur muka burn.
sedih gila. muka aku ni dah la lama gila nak hilang burn tu.
sekali kena jemur tengah panas dari pagi sampai terbenam matahari.
mau tak burn.

balik ja dari Mansoura, terus aku demam.
batuk, selsema, muntah tu jangan cakap la.
quite teruk gak sebenarnya. dekat seminggu aku dok batuk.
sapa yang pernah dengar aku batuk, boleh imagine la kot seminggu direct aku batuk macam tu.
suara pun serak serak ja.
dengan sengaunya. fuh. horror gila bila dengar suara sendiri.
tu yang aku take time nak siapkan entry ni.
sekarang ni pun aku still batuk batuk lagi. selsema dah ok.
aku ni jenis yang jarang gila kena selsema. tapi once dah kena tu, memang betul2 azab la.
kotak tisu wajib ada kat sisi sepanjang masa.
mata pun dok berair ja. ikut hati, nak ponteng kelas.
tapi, memikirkan subjek yang susah ni, terpaksa la aku batalkan niat tu.
sahabat2, doakan kesihatan aku deh.
esok ni ada program dengan adik adik usrah.
program berlari bersama diorang.
tiap minggu aku dok berlari.
kurus lah aku lepas ni. eh.

program dengan adik-adik usrah tahun 1 


Wednesday, April 3, 2013

exam. exam. exam.

GIT is fun. serious.


dari waktu sekarang ni, tinggal lagi 11 jam je before exam aku start.
[nak exam pun sempat lagi kan nak hapdet]
malas tulis pepanjang.

senior cakap module GIT (Gastrointestinal Tract) paling susah.
paling tough.
paling banyak nak kena cover. 
kesat peluh.

just nak mintak doakan kami batch ACE dipermudahkan untuk jawab soklan nanti.
walaupun exam ni just 10% carry marks, tapi 10% tu yang akan membezakan result final nanti.
10% tu yang akan menentukan kami dapat naik 4th year nanti ke tak.
ok. cuak.
mintak maap if ada salah silap.
mintak halal semua hutang.
*kalau taknak halal, meh pm aku hutang-hutang tu*

after exam esok, kena settle court untuk basketball. 
kena settle peralatan untuk Basketball Intersection Championship jumaat ni.
kena settle kemas bilik.
Khamis pagi meeting.
Khamis petang dah nak gerak pegi Mansoura.
hari jumaat ada netball tournament kat sana.
doakan kemenangan kami kontijen Iskandariah.

doakan. doakan. doakan.
doakan kami di bumi Mesir ni.
doakan kejayaan kami.
doakan kami mampu menjadi bakal doktor Muslim yang cemerlang dunia akhirat.

ghupa meja aku tengah2 malam gini