CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, February 23, 2012

jaulah sinai-dahab #2

okeh..
sambung balik pengalaman jaulah aku ke Semenanjung Sinai.

day 3 (20/2/2012)


pegunungan di kawasan Dahab

before tu, lupa nak cakap pasal Dahab ni.
nama ni berasal dari perkataan ''zahab'' yang bermaksud emas.
based on cerita dari penduduk sini, bila masa tengah hari, gunung ni akan berwarna seakan akan keemasan.
ada yang kata kat gunung ni ada emas.
mana satu yang betul tu, Wallahualam laa kan.
bangun pagi untuk menunaikan solat subuh.
then siap siap nak pegi naik Glass Boat.
sarapan dengan Nawar.
then naik bas pegi Laut Merah.

satu trip Glass Boat tu boleh muat dalam 40 orang.
memang berebut laa semua orang nak naik first trip.
Alhamdulillah, aku dapat jugak naik first trip.
oleh sebab excited nak tengok keindahan ciptaan Allah, lupa kejap yang aku ni sebenaqnya mabuk laut.
bila dah sampai ke tempat yang ada coral tu, boat berhenti. tengok keindahan batu karang kat dasar Laut Merah.
terpegun aku dengan keindahan ciptaan-Nya.
hati aku tak berhenti melafazkan kalimah syukur dan memuji kebesaran-Nya.
sememangnya jaulah aku pada kali ini mendekatkan lagi diriku dengan-Nya.
 walaupun kami tak jumpa banyak ikan ikan besar, tapi kami tetap puas hati sebab dapat tengok pemandangan yang indah.
satu trip amek masa dekat sejam.
dah abes pusing pusing kat Laut Merah tu, kami patah balik kat jeti.
bagi giliran pulak kat budak budak second trip.

on the way nak pegi jetty

jetty Laut Merah
batu karang di dasar Laut Merah

batu karang di dasar Laut Merah

batu karang di dasar Laut Merah

dalam Glass Boat

sementara tunggu trip yang lain tu selesai, kami diberi pelepasan untuk aktiviti bebas.
boleh nak naik banana boat, sofa, canoe.
tapi disebabkan aku ni senang pening kalo ada atas laut, aku pilih untuk rehat sambil berjemur ja.
dah laa port aku lepak tu sebelah mat mat saleh dok brjemur.
bulat laa mata aku dok tengok 'dugong dan duyung' kat sebelah tu.
 
lepas selesai semua benda, kami siap siap nak bertolak ke Saint Catherine.
perjalanan ke sana amek masa dalam  2 jam jugak.
tidoq lagi laa aku dalam bas.
jaulah kali ni memang keja tidoq je laa.

dalam pukul 2 petang jugak la aku sampai ke Saint Catherine. 
first destination yang kami pegi kat Saint Catherine tu, adalah Maqam Nabi Saleh.
semua kita tau kan kisah Nabi Saleh dengan unta yang keluar dari batu tu.
dah selesai bertawassul, bergambar semua, terus kami gerak ke destinasi seterusnya.

signboard kat pintu masuk St. Catherine

pintu masuk ke Maqam Nabi Saleh

Maqam Nabi Saleh

Maqam para sahabat Nabi Saleh

kawasan Lembu Samiri ataupun Lembu Emas.
boleh la kalau aku nak cerita sikit pasal ni.
Nabi Musa dikurniakan seorang pembantu iaitu Nabi Harun.
ketika Nabi Musa naik ke Gunung Sinai untuk menerima wahyu dan bermunajat kepada Allah, baginda tugaskan kepada Nabi Harun untuk menjaga kaumnya.
pada masa tu, seorang pengikut Nabi Musa yang bernama Samiri mempunyai pengaruh yang sangat luas.
Samiri ni dipercayai mempunyai keajaiban.
jadi, semasa ketiadaan Nabi Musa, Samiri mengarahkan kaum Bani Israel untuk membina patung berbentuk lembu.
ukiran tu dibina daripada emas yang dikutip dari tapak kaki kuda yang ditunggangi malaikat Jibril ketika merentasi Laut Merah yang dibelah oleh tongkat Nabi Musa. 
Nabi Harun menegur perbuatan kaum Bani Israel ketika tu. 
tetapi tegurannya itu tidak dihiraukan oleh Bani Israel. 
apabila Nabi Musa turun dari Gunung Sinai, baginda terkejut dengan apa yang telah terjadi kepada kaumnya. 
lalu baginda memarahi Nabi Harun dan menarik janggutnya. (menurut Al-Quran)
Nabi Harun menyatakan sebab kenapa baginda mendiamkan diri.
ini adalah kerana jika Nabi Harun bertindak berseorangan, akan berlakulah perpecahan antara kaum Bani Israel. 
semua bukti bukti ni boleh jumpa dalam kitab suci, Al-Quran dalam surah Taha ayat 85-91.

nampak tak bentuk lembu tu?

mendengar kisah lembu Samiri daripada Ustaz Ammar

kawasan di mana Nabi Musa memarahi Nabi Harun. (di antara dua pokok tu)

lepas pergi kawasan lembu Samiri ni, kami pergi ke kawasan Maqam Nabi Harun. 
suasana yang sama.
bertawassul, bergambar.
cuma masa ni baru aku perasan. 
budak budak kat sini dok jual batu.
mula mula tu aku pelik apasal depa ni dok jual batu.
lepas ustaz cerita, baru aku tau. 
ni laa batu yang mempunyai tumbuhan di dalamnya.

Maqam Nabi Harun

bangunan terletaknya Maqam Nabi Harun

Nabi Musa pernah  mintak nak tengok Allah secara direct. 
jadi, Allah hanya tunjukkan secebis dari zat-Nya. 
itupun dah menyebabkan pokok pokok menjadi takut dan masuk ke dalam batu.
batu pun tak tahan dengan kebesaran zat Allah, lalu meletup dan pecah.
sampai sekarang, kita masih lagi boleh melihat bukti kebesaran dan keagungan Allah ni.
ALLAHUAKBAR! 

ni batu yang aku cakap tu. perasan tak adda bentuk daun pokok kat batu tu?

next destination is check in kat camp before aktiviti yang lebih mencabar di malam hari. 
kalau ikutkan, kami sampai St. Catherine ni petang. 
sempat laa nak pergi jalan jalan sekitar kawasan ni.
tapi benarlah bahawa perancangan Allah tu yang terbaik.
mungkin ada hikmah di sebalik semua ni.

selepas solat maghrib, kami diarahkan untuk bersiap bagi mendaki Wadi Arba'ein.
Wadi Arba'ein ni sebenaqnya tempat berkumpul bagi 40 orang nabi. 
dan kat sini jugak lah terletaknya batu 12 mata air yang diketuk oleh Nabi Musa dengan menggunakan tongkatnya. 
boleh bukak surah Al-Baqarah ayat 60. 


Batu 12 Mata Air Nabi Musa (credit to pakcik Google)
ikut jadual sebenar, kami daki Wadi Arba'ein ni petang, so boleh laa nak nampak dan bergambar dengan lebih jelas.
tapi dah sampai malam kan, so kami daki ja without ada kesempatan nak bergambar.
kiranya pendakian Wadi Arba'ein ni boleh assume as pre-pendakian ke Gunung Sinai.
penat jugak lah daki Wadi Arbaa'ein ni.
ini belum daki Gunung Sinai tu lagi.


next entry : pendakian ke Gunung Sinai. panjang sangat dah entry ni. haha




jaulah sinai-dahab #1

day 1 (18/02/2012)

kami mula berkumpul di KSP, bangunan MARA Iskandariah pada jam 11 malam.
dijangka bas akan sampai pada jam 1 pagi.
tapi janji arab kan, so bas lambat sampai.
sementara tunggu tu, masing2 dah bukak bekal makanan.
makan makan dulu before naik bas.
akhirnya bas sampai dalam 2 pagi.
ada 3 bas semuanya. setiap bas ada seorang musyrif yang terdiri dari ustaz ustaz dari Universiti Al-Azhar.

day 2 (19/02/2012)

tiba di Kaherah pada pukul 5.30 pagi.
berhenti kejap untuk solat Subuh.
disebabkan masjid kecik, so kami amek masa dekat sejam untuk tunggu semua orang selesai.
then, sambung balik perjalanan kami menuju ke semenanjung Sinai.
untuk tiba ke sana, kami kena lalu dalam terowong Sheikh Ahmed Hamdi.
terowong tu terletak di bawah laut atau Terusan Suez.

Terowong Sheikh Ahmed Hamdi

destinasi pertama kami ketika sampai di semenanjung Sinai adalah Uyun Musa ataupun Telaga Musa dan tempat terbelahnya Laut Merah ketika Nabi Musa dikejar oleh firaun dan tenteranya.
apabila Nabi Musa dan kaumnya tiba di seberang Laut Merah, kaum Nabi Musa mengadu kelaparan dan dahaga. maka Allah menyuruh Nabi Musa mengetuk tongkat ke tanah lalu terpancarlah 12 mata air untuk setiap kaum bani Israel pada ketika itu. (surah Al-A'raf : 100-101)
tapi kami hanya dapat tengok 3 telaga sebab Israel laknatullah dah hapuskan selebihnya.

Uyun Musa

Uyun Musa




kami juga diberi peluang untuk melihat tempat Laut Merah terbelah. 
berhampiran dengan kawasan tu, ada jugak terletak telaga Nabi Ayub yang keluar hasil dari hentakan kaki Nabi Ayub ketika baginda sakit. 
tapi tak sempat nak pegi sebab tak cukup masa.

mendengar kisah kisah terbelahnya Laut Merah


tempat terbelahnya Laut Merah

destinasi kedua kami adalah kubu terakhir tentera Israel sebelum dikalahkan dalam peperangan sittah oktober 1973. 
menurut Ustaz Mu'az, kubu ni merupakan antara kubu terkuat tentera Israel sewaktu berperang dengan Mesir. 
pelbagai cara telah tentera mesir buat untuk memusnahkan kubu ni. 
tapi disebabkan kekebalan kubu ni, still tak berjaya untuk dimusnahkan. 
dan akhirnya tanggal 6 Oktober 1973, kubu ini berjaya ditawan oleh tentera Mesir.

pada ketika itu, tentera Mesir hampir hampir menguasai kesemua kubu Israel. 
namun disebabkan keputusan yang diambil oleh presiden Mesir ketika itu, Anwar Sadat yang menandatangani perjanjian Camp David, Semenanjung Sinai kini menjadi cagaran kepada negara Israel.

hasil dari keputusan tersebut, Liga Arab memutuskan untuk melucutkan keahlian Mesir selama 10 tahun mulai dari tahun 1979. 
kini ketika mana kerajaan baru telah mengambil alih Mesir, dengar dengar bahawa perjanjian Camp David nak dihapuskan. 
kalau betul apa yang diuar-uarkan ni, akan berlaku kembali rebutan semenanjung Sinai ni antara Israel dan Mesir. 
Wallahualam. 
nak baca lagi banyak tentang perjanjian Camp David, blh laa try bukak bukak link ni.

antara bangunan bangunan kat kubu Israel

tentera Mesir yang sudi memberi peluang kepada kami untuk masuk ke dalam kubu pegawai Israel

antara kubu yang dapat dimusnahkan oleh tentera Israel.



okeh. selepas ke kubu tentera Israel, kami meneruskan perjalanan menuju ke Taba, sempadan antara empat buah negara. 
Mesir-Israel-Jordan-Arab Saudi. 
dalam perjalanan kami ke Taba, kami berhenti kejap di perkampungan Nakheel untuk solat zohor dan makan tengahari. 
makanan semua dimasak oleh ustaz ustaz. 
memang tabik spring laa kat ustaz ustaz ni.


persediaan makan tengahari oleh para ustaz


sebelum sampai Taba, kami kena lalu jalan yang tembus Banjaran Teeh. 
banjaran ni la tempat di mana Allah sesatkan bani israel selama 40 tahun apabila mereka ingkar perintah Allah untuk masuk ke Palestin bersama Nabi Musa. 
sebabnya, dalam Palestin waktu tu, ada satu kaum yang sangat kuat.
jadi, kaum bani israel ni taknak masuk ke Palestin selagi mana kaum yang kuat tu ada. 
kalau tak silap aku, kaum tu diberi nama kaum Jabbarin kot. 
kalau silap, tolong betulkan ek. 
bukti kejadian ni, kawan kawan boleh tengok dalam surah Al-Maidah ayat 21-26. 

tetapi, Allah tu maha Penyayang. 
Allah turunkan jugak makanan dan minuman sebagai bekalan kepada kaum bani Israel sepanjang tempoh mereka disesatkan tu. 
apabila mereka bertaubat, barulah Allah pertemukan mereka dengan jalan keluar. 
kalau tak silap aku, mereka bertaubat setelah dihidupkan semula. 
mereka ingin bunuh diri kot. 
tapi Allah gelapkan tempat tu sehingga menyebabkan mereka semua saling berbunuhan. 
ini apa yang aku dapat. kalau salah, tolong tegur. wallahualam..

sebahagian dari Banjaran Teeh


Banjaran Teeh



kat طابا, kami berhenti kejap kat lereng bukit untuk tengok kubu Sultan Salahuddin Al-Ayubi. 
kubu yang dibina ketika Perang Salib.
malangnya, kami tak dapat masuk ke dalam kubu tu sebab waktu dah lambat.
so, bergambar je laa dari jauh.

Kubu Sultan Salahuddin Al-Ayubi, طابا

dah selesai bergambar kt kubu tu, kami teruskan perjalanan ke طابا.
طابا ni sebenarnya sempadan antara Mesir-Israel-Jordan-Arab Saudi. 
Sinai ni berbentuk segi tiga. 
dipisahkan dengan tanah besar Mesir oleh terusan Suez, manakala dipisahkan dengan Jordan melalui Teluk Aqaba. 
kira طابا ni dekat Teluk Aqaba la. 
bersebelahan dengan pagar sempadan Mesir tu, dah masuk Israel sebenarnya. 
tapi mana nak lepas kalau nak masuk sempadan Israel tu kan. 

peta Semenanjung Sinai

kami kat طابا tu kejap ja. 
amek amek gambar, then gerak ke Dahab. 
sebab sebenarnya kami dah lari sangat dari jadual sebenarnya. 
dari طابا ke Dahab pulak amek masa dalam 2 jam. 
memang kena rush jugak laa kalau nak sampai awal kat Dahab and ada masa untuk shopping.

di طابا

peserta peserta Sinai Exploration kat طابا

dalam pukul 9 malam, kami sampai kat Dahab. 
dah check in, letak beg, solat semua, kami keluaq pi cari makan makan and shopping souvenier. kat Dahab ni femes dengan seafood. 
so kami amek laa peluang ni untuk rasa seafood kat Dahab. 
nak compare dengan seafood kat Alex. haha. 
tapi seafood kat Dahab ni memang ohsem! 
depa tak bakaq. tapi depa buat sup. sedap okeh sup tu. 
makan dengan nasi. memang perghh gila. 
aku, nawar, syikin, farah and liyana order meal untuk 3 orang then kami kongsi ramai ramai. 
tu pun dah banyak. satu meal baru 55L.E. 
tu pun dah ada ketam, udang, ikan, lala and banyak lagi. 
memang puas hati laa dapat makan kat situ. 

after makan, aku sambung shopping. 
beli magnet fridge, sweater and t-shirt. tu pun dah habis 200LE. 
memang gila kalo lepas aku shopping sorang sorang. 
tu belum bagi kat aku kad kredit.
silap silap, luruh rambut tuan kad kredit tu tengok aku shopping. kahhh.!

ni seafood kami malam tu


okeh.. 
cukup dulu kot fisrt entry aku pasal jaulah sinai dahab aku kali ni. 
next entry aku sambung pengalaman aku kat Gunung Sinai pulak okeh..


Tuesday, February 14, 2012

post-exam

ALHAMDULILLAH...
setelah sebulan bertungkus lumus, berakhir jugak musim final exam untuk sem 3.. jangan tanya macam mana dengan paper aku. kali ni aku memang amalkan konsep tawakkal. aku dah buat apa yang aku mampu, sekarang ni, kita serah pada ALLAH, banyak berdoa la ek..


ekceli batch kami ni start cuti lambat 2 minggu dari universiti lain. kawan kawan aku kat cairo, tanta semua dah start sem baru. kami ni baru nak cuti. takpe lah. asalkan ada cuti walaupun dah dipendekkan jadi seminggu je. tu pun dah bersyukur dah.


so, bila masuk musim cuti a.k.a winter break ni, ramai lah ahli ahli batch aku yang travel keliling dunia. ada yang pegi spain lah, london, turki, ireland, jordan, and ada jugak yang pegi umrah. opss, tak lupa jugak stok stok yang bercuti dalam mesir macam aku. aku rasa aku nak travel kat mesir ni sementara tengah cukupkan duit demi EUROPE tour aku yang dirancang tahun depan. 


tahun ni, aku meneruskan kembali misi aku yang tak kesampaian tahun lepas. yang pada mulanya aku plan nak menjejak sinai yang penuh dengan sirah sirah nabi. insyaAllah, aku harap trip ke sinai kali ni dipermudahkan. sekarang ni aku masih lagi dalam tempoh persiapan barang barang yang perlu dibawak ke sinai. dengar dengar ada aktiviti snorkeling. ye, snorkeling di waktu winter ye anak anak.. dengar macam tak logik, tapi apakan daya. best jugak kawan kawan aku cakap. takpe. nanti aku experience and aku cerita dalam blog ni.


sampai sini je laa entry post-exam aku. kepada kawan kawan aku yang pegi travel, tak kira laa dalam atau luar mesir, jaga keselamatan kamu semua ye. dah diberikan peluang oleh Allah untuk melihat kejadian-Nya, jangan lupa jugak untuk ambil ibrah dari perjalanan kamu semua kali ini. kita jumpa lagi dalam sem 4 nanti ye. insyaAllah.. :)

Monday, January 2, 2012

::tahun baru::

ALHAMDULILLAH.. dah selamat masuk tahun baru kan.
even hari ni dah 2 januari (kat mesir lah tapi), still tak terlambat untuk aku wish ''SELAMAT TAHUN BARU''. semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. 

macam biasa, azam tahun baru. tahun ni azam aku simple tapi agak berat untuk dicapai. apa apa pun, kita kena usaha. jangan putus asa. right? 

azam aku untuk tahun 2012 (selain berhijrah ke arah kebaikan di samping mendapat redha ALLAH)..

1. aku nak jadi rajin + matured
taknak malas malas lagi dah. tak nak ikutkan perasaan. decide everything based on logik akal yang ALLAH dah bagi ni. kena bangun awal. umur dah 20. aim perubahan ini untuk baitul muslim kelak. untuk generasi aulad yang mampu membangunkan Islam. sebelum nak capai semua tu, kita kena betul betul bersedia luar dan dalam. insyaAllah.

2. aku nak dapatkan MUMTAZ dalam semua exam.
insyaAllah, dengan terlaksananya azam yang first tadi, boleh rasanya nak capai target ni. apa apa pun, usaha dan tawakal. itu yang penting. 

3. aku nak dapatkan scholarship.
ini aim aku sejak dari aku decide nak further study kat egypt ni. aku nak tolong ringankan beban abah dan ibu. so, before dapat scholarship, kena capai azam yang kedua tadi. 

4. last but not least, aku nak balik MALAYSIA!
even ramai orang yang cakap aku ni 'gagah' seab tak balik malaysia summer break hari tu, tipu la kan kalau aku cakap aku tak rindu family. rindu sangat sangat. aku nak sangat balik malaysia. cukup lah kenduri angah nanti aku tak boleh join. nak jugak gather satu family masa raya. 


cukup setakat ni rasanya. azam banyak banyak kang, takut tak tercapai. readers sekalian, doakan laa aku mampu nak capai semua target aku untuk tahun ni. insyaAllah. :)

Thursday, December 15, 2011

::hypertension::

assalamualaikum.

tengok tajuk entry ni pun aku dah bengang. tau pasaipa aku bengang?

tadi after kelas, aku dengan nawar plan nak pegi beli syringe+ubat aku kat farmasi. masa tengah on the way tu, ingat nak singgah la kat kedai stationary sebab nak beli glove. kalau takdak glove, tak best nak masuk morgue@bilik mayat tu. tak boleh nak korek pegang mayat tu. bila tak boleh pegang, memang tak boleh nampak la segala urat saraf, urat darah, glands, atau muscle. nak tengok semua tu, memang kena selak selak muscle mayat tu.

masa aku tengah jalan jalan tadi, sekali boleh pulak terserempak dengan budak budak baru balik sekolah. budak budak ye. bukan remaja atau bapak budak. depa tu boleh pulak nak ejek ejek aku ngn nawar. kalau setakat ejek tu, aku boleh tahan la. ni ada sorang tu datang pegang lengan aku. aku memang dah berapi. tapi aku tahan lagi. lepas tu depa dok bising bising. aku tak dengar pulak apa yang depa cakap. saja aku pekakkan telinga nih. maleh den nak layan.

masa depa dok kacau kacau tu, aku risau beg aku ja. sebab dalam beg aku tu ada duit nak beli ubat. so, aku dok pegang pegang la beg galas aku. sekali ada budak tu tarik beg aku. haa kau, memang meletop ah aku. aku terus pusing sambil dalam kepala aku nak tampar dah budak tu. naseb masa aku kalih tu, budak tu lari. tapi serius, muka aku bengang gila tadi. rasa nak nanges pun ada jugak. bukan sebab aku tak pernah kena kacau. banyak ja yang dok selalu kacau+ejek aku masa zaman sekolah dulu. tapi aku still boleh buat dek sebab depa tak melibatkan sentuhan sentuhan ni. tapi once kalau kau dah pegang, silap haribulan kau makan penampar je.



ni ubat-ubat + syringe yang aku beli tadi. syringe tu untuk kelas practical. bukan untuk kegunaan sendiri

Wednesday, December 14, 2011

::chronic eczema::

assalamualaikum..

what is eczema?? ada apa dengan eczema ni sebenarnya? pehal lak tiba tiba aku nak update pasal ni pulak? mesti tertanya tanya kan. meh aku nak cerita.

sebenarnya start dari awal tahun lagi kaki aku ada masalah. kulit kering plus gatal. memang aku suka la nak menggaru ni. tapi aku ni memang jenis orang yang tak suka jumpa doktor (padahal nak jadi doktor). so, aku memang biar je la. bukan tak suka sebab apa, aku kureng percaya sikit sebab most of doctors yang aku jumpa, semua diagnose aku sambil lewa je.

lebih kurang macam ni laa yang jadi kat aku. cuma area tu tak besar macam ni
as example, batuk aku ni. yang mana penah dengar batuk aku ni, hampa tau la kan keterukan batuk aku ni. yang mana taktau tu, meh aku nak bagitau. batuk aku ni jenis batuk kering yang mendalam sampai ke paru paru. aku batuk macam tu since form 2. tiap kali aku jumpa doc, semua prescribe ubat yang sama. sampai aku rasa badan aku ni dah developed resistance to that drugs. ada pulak dok diagnose aku ni ada athma. lagi merapu. mana nak ada keturunan aku yang ada athma. that's why la aku tak suka pegi jumpa doktor.

ok, finish with that story. tak cukup dengan kaki aku, jari aku pulak developed symptom yang sama. cuma kat jari ni tak gatal. and yang pelik bin ajaibnya, satu ja jari aku yang jadi macam tu. disebabkan aku maleh nak pegi jumpa doktor, aku just sapu lotion je.

tapi hari ini dalam sejarah, akhirnya aku terbukak jugak hati ni nak pegi jumpa doktor. hari ni kelas aku sampai pukul 2. after kelas, terus aku ajak nawar pegi jumpa dermatologist. actually, kawan aku asyikin penah jumpa doktor ni. and klinik dia pun dekat ngan rumah aku.so lagi senagng la aku nak pegi. and once dah sampai klinik tu, gila ramai orang. aku plan nak pegi esok je. sekali dia cakap esok klinik tu tak bukak. nak tak nak, aku kena gak jumpa hari ni.

after dah bayar about 25LE, aku amek no giliran. turn aku no.42 and masa tu baru no.29. memang berjanggut gak laa aku kena tunggu. satu jam setengah jugak la aku dengan nawar menepek kat klinik tu. dekat pukul 4 jugak la baru aku dapat jumpa doktor.

bila dah tunjuk tempat yang bermasalah tu kat encik doktor, dia bagitau la yang aku ni ada chronic eczema. for those yang taktau, eczema is a type of dermatitis ataupun jangkitan kulit. eczema ni dah jadi chronic sebab kulit kat kaki aku dah irritated plus kat keliling eczema site tu, dah ada inflammation. disebabkan aku dah belajar medic terms ni, so senang sikit nak communicate dengan encik doktor tu. dia pun senyumlebarsampaitelinga dah bila kami faham apa yang dia cakap tu.

so antara nasihat nasihat doktor untuk penyakit aku nih :

1. minum banyak air
2. need to take food that rich in oil and fats

nampak tuh. rich in fats okehhh. encik doktor tu siap boleh tanya lagi kat aku, "do you have any problems with fats intake?" memang aku geleng la kan. then encik doktor tu balas balik "yes. your body show that you don't have any problems if you take food that is rich in fats." or dengan bahasa mudah dia, aku ni kurus laa. HAHA!

then encik doktor tu describe banyak gila ubat + dia cakap tips of my finger and kaki aku ni kena inject sebab if nak prescribe ubat sapu or topical, the drugs still tak boleh penetrate the skin. thats why la dia kena bagi injection untuk letak ubat kat bawah kulit aku ni. mula mula tu aku imagine just one injection dekat jari, and one injection dekat kaki. so, aku pun cool je lah.

"NASIRAH!" akhirnya nama aku diseru.

aku dengan tenangnya, masuklah dalam bilik tu. actually aku cuak gak sebab dia inject intramuscularly. kalo via intravenous (macam kita selalu amek darah tu), tak sakit la. ni IM okeh. bila pekerja tu pegang syringe tu, aku tengok, alahaiii. kecik molek nau jarum dia.

haa, lebih kurang besar ni je jarum dia. halus kan?

once bila dia cucuk kat tips of finger, baru rasa sakit. relax lagi la sebab baru first injection kan. sekali dia tarik jarum tu and inject lagi. memang bulat la mata aku. sakit kot.

"why you inject the finger for several times?" nawar tanya kat pekerja yang aku rasa dia pun doktor jugak.
"to distribute the drugs below the skin" explain doktor tu.

"is it painful?" doktor tu tanya aku. aku just mengangguk je lah. memang sakit pun. tak dapat digambarkan. injection sakit sebab dia cucuk kat bawah kulit. rasa la bisa dia tu plus cucuk banyak kali. pehh pehh pehh.

"you feel like that because this is the tip of your finger. it contains many sensory neurons especially pain receptor."
haa kau. sekarang ni memang kami tengah belajar pasal CNS pun. bila dia cakap macam tu, kami pun memang seronok la. rasa macam student practical tengah dengar explaination from a senior doctor.

selesai dengan injection kat jari, dia sambung pulak kat kaki. aku bajet kat kaki ni lagi kurang laa sakit. sekali, ya ampuuun. lagi sakit dari kat jari. mata aku dah start berair dah. tahan sakit tu. bila doktor tu tengok muka aku dah berkerut kerut, dia pun tanya la.

"is it more painful than the finger?" aku memang tak mampu nak cakap apa. aku just angguk ja.

"it is because i can feel your area below the skin is hardening. and thats explain why you feel more painful than the first injection.you can see your skin is irritated and the inflammation around the site." doktor tu explain panjang lebar kat aku. aku rasa doktor tu rasa seronok nak explain sebab kami boleh faham dengan apa yang dia nak terangkan tu.

before kena injection. rasa kering gila kot masa ni.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ni dah after injection. kulit aku jadi tegang plus susah gila nak luruskan jari

dekat 20 injections jugak la aku kena tadi. lepas ni, follow up treatment aku lagi dua minggu. harap harap dua minggu lagi ni tak kena inject lagi la. cukup la aku terseksa tadi. doakan aku la ye. insyaAllah. :)

ni ubat yang encik doktor tu prescribe untuk aku. gila banyak. haihh.

Sunday, December 11, 2011

jantung hati saya

assalamualaikum....

memandangkan dekat MALAYSIA dah mencecah tarikh 12/12/11, so aku nak amek kesempatan ni kejap nak update blog. for those who read my blog, today is my mom's birthday. atau aku lagi selesa panggil ibu. budak kecik kat rumah aku tu ja yang panggil mama. ajaran serong mana dia dapat, aku pun taktau. ada hati pulak nak berebut harta pusaka ngan aku. puiiih!

ini ibu aku sambil dukung nenek budak kecik tu. :)
haa, before aku wish birthday untuk ibu, aku ada story sikit pasal nenek kebayan budak kecik kat rumah aku tuh. dia kan baru cecah 3 tahun, and dia dah ada facebook ok!! siap berebut dengan cek mek molek (baca: adik aku) nak online. kalau mulut dia jenis otomatik boleh senyap, takpa laa. ni jenis yang tak reti nak senyap. selagi adik aku tak bagi nenek tu online, selagi tu dia membebel. dia bagi sekali dengan pakej gigitan di tangan. kemain lagi budak-budak zaman sekarang. tapi disebabkan nenek tu kecik lagi, so dimaafkan la. 

ok ok. masuk balik cerita pasal ibu. pendek cerita, semua orang ada ibu, right? and semua orang akan cakap yang ibu masing masing is the best mother in the world. kalau ada yang tak mengaku, sila benam kepala dalam tanah sekarang. nampak sangat tipu. 

aku ekceli nak puji mak aku. disebabkan dekat setahun dah aku tak jumpa ibu, and skype pun jarang disebabkan masalah internet kat rumah, so aku tersangat amat rindukan masakan ibu. *teruk sangat tatabahasa aku. boleh menangis CR kalau dia baca entry ni.* HAHAHA. kalau kawan kawan aku yang balik summer hari tu pun dok gaduh homesick manjang, bayangkan laa aku yang tak balik ni. sumpah rindu! 

tengok gaya mak aku masak. ada rupa chef 5 star tak?

and aku sangat tabik kat mak aku ni. she is really a supermom! for your information, mak aku ni bukannya surirumah tangga sepenuh masa. dia ada kerjaya. but dia still mampu menjaga lima orang anak dara dalam masa yang sama. kan orang dulu dulu pernah cakap yang jaga lembu sekandang ni lagi senang dari jaga anak dara seorang. tu baru sorang. mak aku ada lima orang bersamaan LIMA kandang lembu. ALHAMDULILLAH, ALLAH bagi kekuatan yang luar biasa to my mom untuk besarkan kami lima beradik. 



mak aku ni bukan kata masak, menjahit pun superb! family aku jarang gila beli baju siap kat butik. selalu beli kain ela+mak aku jahitkan. aku pun memang suka pakai baju yang mak aku jahit. selesa sangat! i just keep wondering, how can she managed her time. ye laa. dah pegi keja, balik rumah, masak untuk family, kemas rumah, plus menjahit. 

yang paling best, masa dekat dekat raya laa. masa tu, mak aku kena jahit baju raya for the whole family except ayah aku la. sebab ayah aku beli je baju melayu dia.tapi, my mom kena jahit baju untuk enam orang (termasuk mak aku la kan). enam pasang baju tu just untuk raya pertama. belum masuk lagi raya kedua. darab dua=dah dua belas pasang ok! pehh pehh pehh. 

tak habis rasanya kalau nak cerita kat sini. biarlah aku sendiri terus merasa kagum terhadap ibu. dan akhir kata, SELAMAT HARI LAHIR yang ke-*tuuuuut* wahai ibuku sayang. (biarlah rahsia ye ibu). hehe. ina pohon sejuta kemaafan andai ada tersalah bicara atau tersalah laku kat ibu. for me, u are the best! i really really love you and i miss you sooooo much! insyaAllah, doakanlah kejayaan ina kat sini dan semoga ibu sentiasa mendapat rahmat dan berkat dari ALLAH. and halalkan makan minum, pakaian semua yang ibu pernah bagi kat ina.  :)


abah dan ibu. :)
usrati jannati. really miss them! :)






Wednesday, November 30, 2011

unit beruniform

haa, mesti hampa semua ada sejarah unit beruniform masa zaman sekolah dulu kan? tipu laa kalau tak ada langsung. sekarang ni aku nak cerita sikit laa pasal unit2 beruniform yang pernah aku masuk since sekolah rendah, sampai laa tamat sekolah menengah



masa sekolah rendah, start involve unit beruniform ni, darjah 4. seingat aku, masa tu aku join pengakap. tapi tak lama. sebab aku accident and tak pegi sekolah dekat 5 bulan. aku rasa aku sempat ikut aktiviti belajar pasal tepuk pengakap je kot. mesti hampa ingat kan macam mana tepuk pengakap tu.

lepas aku masuk sekolah balik, aku rasa aku keluar dari pengakap tu. sebab keadaan kaki aku masa tu menyebabkan aku tak boleh nak lasak-lasak. kang tak pasal, bermastautin lagi aku dalam hospita. cukup laa 3 minggu aku jadi penghuni tetap wad orthopedics hospital klang tu. patient kat sebelah katil aku dah bertukar2, aku ja yang stay.



then, aku masuk pergerakan puteri islam or PPIM. konpem lah semua dah tau. kalau rasa nak lembut2 sikit, join PPIM. konpem best. tak payah risau nak main panas.




tapi tahan sampai tu je kot. naik darjah 5, terus aku masuk tunas kadet remaja sekolah or tKRS. stay sampai laa darjah 6. cuma masa tu xdak la sampai kena beli full uniform. rasanya kami pakai t-shirt tKRS je kot every time ada aktiviti ko-ku.

dah habis zaman sekolah rendah, masuk pulak sekolah menengah. first school aku, SMKA (P) ALMASHOOR. nama je sekolah perempuan. tapi most of us lasak gila.

masa hari pendaftaran form 1 tu, mak aku suruh aku amek seni pertahankan diri. choices yang ada masa tu just taekwando and silat. disebabkan aku tak suka taekwando, aku masuk la silat.



untuk first year tu, yang jadi trainer kami is my neighbour or ketua jurulatih silat penang. not bad la. tapi latihan kami kejap ja. sebab ada masalah dalaman kalau tak silap aku. naik form 2, tukar coach baru. start masa tu, nampak laa aktif sikit. pegi tournament sana, masuk gelanggang sini. so bila training dah makin rancak, dah siap guling2 atas padang, aku just stay la masa form 3.sekali masa hujung tahun form 3 tu, ada laa sikit masalah. and aku memang tak tahan la sampai aku nekad nak keluar masa form 4.




bila naik ja form 4, sekolah aku tu bagi la chance kat student2 form 4 untuk tukar unit beruniform kami. so dengan nekad, aku choose nak masuk persatuan kadet bersatu malaysia or PKBM. aku teringin nak masuk sebab PKBM ni lasak. dah nama pun tentera kan. dah konpem akan ada aktiviti2 army-like macam menembak, kawad, semua2 tu. cuma malangnya, aku tak lama kat mashoor. hujung bulan 2 kot, aku keluar sebab dapat tawaran masuk SMAP Labu.

so, aku tak banyak join aktiviti PKBM ni. yang aku sempat, perbarisan masa hari sukan. tapi tu memang kenangan yang paling best la. sempat nak merasa suasana pakai boot kat atas bas. nak kena gilap boot, ada inspection pakaian before perbarisan, nak kena iron uniform, mafla. cuma aku rasa sedih laa jugak sebab tak sempat nak pegi menembak.



bila masuk SMAP, PKBM just untuk students laki. so last choice aku just KRS je la. kat smap ni, aku kurang aktif sikit. maybe sebab persekitaran baru kot atau mungkin aku malas. ehh.

apa2 pun, masa zaman sekolah dulu, rasa menyampah sangat bila ada aktiviti2 ni. tapi bila once dah tercampak kat hujung benua ni, sumpah aku rindu balik kenangan2 kawad, buat aktiviti, belajar pasal simpulan tali lah. so nasihat to mana2 readers yang still bersekolah tu, enjoy laa suasana ni puas2. *bajet macam ramai sangat je reader kau ye nas.* sebab bila keluar sekolah nanti, hampa akan rindu suasana tu. serius!