okeh..
sambung balik pengalaman jaulah aku ke Semenanjung Sinai.
day 3 (20/2/2012)
pegunungan di kawasan Dahab |
before tu, lupa nak cakap pasal Dahab ni.
nama ni berasal dari perkataan ''zahab'' yang bermaksud emas.
based on cerita dari penduduk sini, bila masa tengah hari, gunung ni akan berwarna seakan akan keemasan.
ada yang kata kat gunung ni ada emas.
mana satu yang betul tu, Wallahualam laa kan.
bangun pagi untuk menunaikan solat subuh.
then siap siap nak pegi naik Glass Boat.
sarapan dengan Nawar.
then naik bas pegi Laut Merah.
satu trip Glass Boat tu boleh muat dalam 40 orang.
memang berebut laa semua orang nak naik first trip.
Alhamdulillah, aku dapat jugak naik first trip.
oleh sebab excited nak tengok keindahan ciptaan Allah, lupa kejap yang aku ni sebenaqnya mabuk laut.
bila dah sampai ke tempat yang ada coral tu, boat berhenti. tengok keindahan batu karang kat dasar Laut Merah.
terpegun aku dengan keindahan ciptaan-Nya.
hati aku tak berhenti melafazkan kalimah syukur dan memuji kebesaran-Nya.
sememangnya jaulah aku pada kali ini mendekatkan lagi diriku dengan-Nya.
walaupun kami tak jumpa banyak ikan ikan besar, tapi kami tetap puas hati sebab dapat tengok pemandangan yang indah.
satu trip amek masa dekat sejam.
dah abes pusing pusing kat Laut Merah tu, kami patah balik kat jeti.
bagi giliran pulak kat budak budak second trip.
on the way nak pegi jetty |
jetty Laut Merah |
batu karang di dasar Laut Merah |
batu karang di dasar Laut Merah |
batu karang di dasar Laut Merah |
dalam Glass Boat |
sementara tunggu trip yang lain tu selesai, kami diberi pelepasan untuk aktiviti bebas.
boleh nak naik banana boat, sofa, canoe.
tapi disebabkan aku ni senang pening kalo ada atas laut, aku pilih untuk rehat sambil berjemur ja.
dah laa port aku lepak tu sebelah mat mat saleh dok brjemur.
bulat laa mata aku dok tengok 'dugong dan duyung' kat sebelah tu.
lepas selesai semua benda, kami siap siap nak bertolak ke Saint Catherine.
perjalanan ke sana amek masa dalam 2 jam jugak.
tidoq lagi laa aku dalam bas.
jaulah kali ni memang keja tidoq je laa.
dalam pukul 2 petang jugak la aku sampai ke Saint Catherine.
first destination yang kami pegi kat Saint Catherine tu, adalah Maqam Nabi Saleh.
semua kita tau kan kisah Nabi Saleh dengan unta yang keluar dari batu tu.
dah selesai bertawassul, bergambar semua, terus kami gerak ke destinasi seterusnya.
signboard kat pintu masuk St. Catherine |
pintu masuk ke Maqam Nabi Saleh |
Maqam Nabi Saleh |
Maqam para sahabat Nabi Saleh |
kawasan Lembu Samiri ataupun Lembu Emas.
boleh la kalau aku nak cerita sikit pasal ni.
Nabi Musa dikurniakan seorang pembantu iaitu Nabi Harun.
ketika Nabi Musa naik ke Gunung Sinai untuk menerima wahyu dan bermunajat kepada Allah, baginda tugaskan kepada Nabi Harun untuk menjaga kaumnya.
pada masa tu, seorang pengikut Nabi Musa yang bernama Samiri mempunyai pengaruh yang sangat luas.
Samiri ni dipercayai mempunyai keajaiban.
jadi, semasa ketiadaan Nabi Musa, Samiri mengarahkan kaum Bani Israel untuk membina patung berbentuk lembu.
ukiran tu dibina daripada emas yang dikutip dari tapak kaki kuda yang ditunggangi malaikat Jibril ketika merentasi Laut Merah yang dibelah oleh tongkat Nabi Musa.
Nabi Harun menegur perbuatan kaum Bani Israel ketika tu.
tetapi tegurannya itu tidak dihiraukan oleh Bani Israel.
apabila Nabi Musa turun dari Gunung Sinai, baginda terkejut dengan apa yang telah terjadi kepada kaumnya.
lalu baginda memarahi Nabi Harun dan menarik janggutnya. (menurut Al-Quran)
Nabi Harun menyatakan sebab kenapa baginda mendiamkan diri.
ini adalah kerana jika Nabi Harun bertindak berseorangan, akan berlakulah perpecahan antara kaum Bani Israel.
semua bukti bukti ni boleh jumpa dalam kitab suci, Al-Quran dalam surah Taha ayat 85-91.
nampak tak bentuk lembu tu? |
mendengar kisah lembu Samiri daripada Ustaz Ammar |
kawasan di mana Nabi Musa memarahi Nabi Harun. (di antara dua pokok tu) |
lepas pergi kawasan lembu Samiri ni, kami pergi ke kawasan Maqam Nabi Harun.
suasana yang sama.
bertawassul, bergambar.
cuma masa ni baru aku perasan.
budak budak kat sini dok jual batu.
mula mula tu aku pelik apasal depa ni dok jual batu.
lepas ustaz cerita, baru aku tau.
ni laa batu yang mempunyai tumbuhan di dalamnya.
Maqam Nabi Harun |
bangunan terletaknya Maqam Nabi Harun |
Nabi Musa pernah mintak nak tengok Allah secara direct.
jadi, Allah hanya tunjukkan secebis dari zat-Nya.
itupun dah menyebabkan pokok pokok menjadi takut dan masuk ke dalam batu.
batu pun tak tahan dengan kebesaran zat Allah, lalu meletup dan pecah.
sampai sekarang, kita masih lagi boleh melihat bukti kebesaran dan keagungan Allah ni.
ALLAHUAKBAR!
ni batu yang aku cakap tu. perasan tak adda bentuk daun pokok kat batu tu? |
next destination is check in kat camp before aktiviti yang lebih mencabar di malam hari.
kalau ikutkan, kami sampai St. Catherine ni petang.
sempat laa nak pergi jalan jalan sekitar kawasan ni.
tapi benarlah bahawa perancangan Allah tu yang terbaik.
mungkin ada hikmah di sebalik semua ni.
selepas solat maghrib, kami diarahkan untuk bersiap bagi mendaki Wadi Arba'ein.
Wadi Arba'ein ni sebenaqnya tempat berkumpul bagi 40 orang nabi.
dan kat sini jugak lah terletaknya batu 12 mata air yang diketuk oleh Nabi Musa dengan menggunakan tongkatnya.
boleh bukak surah Al-Baqarah ayat 60.
Batu 12 Mata Air Nabi Musa (credit to pakcik Google) |
ikut jadual sebenar, kami daki Wadi Arba'ein ni petang, so boleh laa nak nampak dan bergambar dengan lebih jelas.
tapi dah sampai malam kan, so kami daki ja without ada kesempatan nak bergambar.
kiranya pendakian Wadi Arba'ein ni boleh assume as pre-pendakian ke Gunung Sinai.
penat jugak lah daki Wadi Arbaa'ein ni.
ini belum daki Gunung Sinai tu lagi.
next entry : pendakian ke Gunung Sinai. panjang sangat dah entry ni. haha
No comments:
Post a Comment