CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, May 11, 2014

kembara negara jiran

pheww.
bapak lama gua tak update.
orang bekerjaya la kononnya.

ok la. straight to the point. gua nak story pasal holiday gua semalam.
supposed gua takleh cuti hari sabtu.
yela. hari sabtu ahad kan lubuk duit.
tetibe kau nak cuti sebab nak berjalan jalan. memang payah la bos nak lepas.
tapi nak dijadikan cerita, time gua request cuti tu, big boss takde.
yang ade just anak dia. kira lepas je la cuti tu.
so hatyai, here we come!

ibu booked van or kalau kat ijip tu standard tremco la. from 8am till 8pm
sharp pukul 8, van dah sampai depan rumah.
ni kira first time la gua bercuti dengan family angah.
cuti berlapan. along takde. kalau tak complete dah sembilan orang. huhu
jarak dari Padang Besar nak pegi Hatyai pun takde la jauh mane.
dalam sejam perjalanan jugak la. tu yang decide untuk balik hari.

first place kitorang, songkhla zoo.
orang cakap zoo ni besar.
dari tepi jalan dah boleh nampak signboard dia.
mati mati gua ingat dah sampai. sekali kena naik bukit bagai.
lepas dah bayar duit tiket, straight je pakcik van tu bawak kitorang.
tiket dia dalam 150 baht (RM15) per pax.
gua punya lah imagine kitorang akan naik mini train tu.
tapi memang sumpah besar gile zoo dia.
kalau jalan kaki, takkan abes dalam sehari la.
kitorang pusing zoo naik van tu je.
senang.kalau rasa nak berhenti, bagitau kat pakcik tu





binatang binatang dia pun quite banyak jugak la.
rusa rusa dia main lepas gitu je.
so kau boleh turun and try untuk kasi makan kat dia.
then pegi reptile house.
ular ular dia bosan. sebab tido je manjang.
tak macam zoo kat alex.
ular dia aktif je bergerak sana sini.
tapi badak air ngan gajah dia aktif. badak tu siap lari lari keluar dari tempat dia berendam.










hanna kononnye tengah dera papa dia





si kenit tu peminat tegar gajah
nak berhijrah dari satu kandang ke satu kandang tu, sumpah jauh.
dah la jalan berbukit. sesuai la untuk mereka mereka yang impikan badan yang langsing untuk raya ni.
after tengok gajah, pegi pulak kat tempat harimau ngan singa.
rimau dia boleh tahan banyak jugak la. dalam 6 7 ekor kot.
then ade sekor white tiger.
singa pun sekor je. sian tengok singa tu.
lonely.



khusyuk tengok ''cat''




white tiger



then pegi tengok zirafah pulak. boleh la nak kasi makan kat zirafah tu.
satu bakul sawi, dorang jual dalam 20 baht (RM2)
first bakul yang kitorang kasi, zirafah tu taknak makan. dia gigit sikit, then dia luah balik.
then pakcik tu kasi kitorang tukar bakul.
second bakul ni baru la ''si galah'' tu nak makan.
best sebab boleh pegang zirafah tu time dia nak makan.





lepas pegi zoo, drebar tu bawak kitorang pegi Samila Beach.
Samila Beach ni terkenal dengan Golden Mermaid statue dia.
kalau datang, memang wajib lah bergambar dengan statue tu.
sejarah dia gua tak sempat nak baca.
sebab tak tahan dengan panas dia.
dah la panas atas kepala. pasir dia pun boleh tahan panas jugak.
tu yang lepas tangkap gambar, cepat cepat pegi cari tempat teduh yang takde pasir.

setel bergambar, shopping ole ole semua, kitorang pegi makan pulak.
pakcik drebar tu bawak makan kat Sami's Kitchen.
makanan dia bagi gua not bad la. sedap. boleh dimakan.
kat situ pun ada surau sekali. so lepas makan boleh la nak solat solat dulu kat situ.

lepas solat, and si hanna pun siap mandi tukar baju semua, kami pegi bandar hatyai.
on the way nak masuk bandar tu, hujan lebat pulak.
memang selebat lebatnya la.
so sementara nak tunggu hujan tu reda, kami shopping dulu kat bandar hatyai tu.
tapi takde la shopping sangat.
sebab barang dia lagi mahal dari padang besar. tu yang semua pakat tak jadi nak beli tu.
beli payung ja. borong sampai 4 payung.
rezeki tokey kedai tu la kan.

next pitstop, Chang Puak Camp. or elephant park.
Alhamdulillah, time sampai kat sana tu, hujan dah reda sikit.
kat situ boleh buat macam macam aktiviti.
boleh naik gajah, boleh try memanah, shooting, naik atv pun boleh.
kalau nak naik gajah tu, kos dia 500 baht or RM50 per person.
sekor gajah tu boleh naik 2 orang je.
kiranya kami 6 orang je la yang naik.
ibu ngan abah, angah ngan abang ngah plus hanna, gua pulak ofkos lah dengan adik.
alang jadi penunggu beg.
mula mula gua ingatkan gajah tu ikut track biasa or main pusing pusing gitu je.
sekali dorang bawak masuk tempat ala ala hutan.
dengan jalan dia bukit bukit gitu, pergh memang boleh imagine cane gayatnye kitorang kat atas gajah yang tinggi tu.
ada satu part ni, diorang ikut jalan yang kena masuk air tu.
gua dah seram dah mane tau kot tetibe gajah tu bergolek masuk dalam air.
time tu memang gua fikir mane gua nak campak kamera kalau dah gajah tu golek dalam air.
dengan kitorang tak bawak baju spare.

gajah yang angah naik tu, ade anak gajah sekali.
comel kot. tapi anak gajah tu kuat rebel.
jalan sikit, dia nak makan. jumpa lopak air, dia nak golek golek.
ada one time tu, dia siap sedut air, lepas tu spray ke belakang.
naseb tak kena je.

gajah yang kitorang naik tu pulak, kuat ngusik gamaknye.
keje nak jalan tepi tebing je.
gua ngan adik dah cuak takut gajah tu jatuh kat dalam air.
jenuh pulak karang nak cari baju.
lepas tu, siap gajah tu bawak kitorang ikut track yang lagi adventure.
gajah yang ibu ngan angah naik tu just ikut jalan landai.
tapi track kitorang ni memang thrill la.
naik turun bukit bagai.
memang adrenaline rush habes.

habes ja one round, pihak chang camp ni sediakan buah ngan air free.
then kat situ korang akan jumpa gambar korang masa kat atas gajah dah siap dalam frame.
satu gambar tu harga dia 200 baht or RM20.
kitorang pun beli je lah gambar tu.
after makan semua, abang ngah pulak teringin nak memanah.
dia ajak alang lawan dia.
memanah tu harga dia 150 baht or RM15 untuk 10 arrows.

masa nak balik tu plak, kat entrance dia ada jual gambar yang masa kitorang mula mula sampai tu.
siap frame lagi. dorang jual dalam 120 baht or RM12.





time nak masuk air. tengok si anak gajah tu. mula nak golek golek dalam air




disebabkan gua yang pegang kamera, so gambar dorang je la yang banyak








siap sedia untuk memanah






kat depan pintu masuk Chang Puak Camp

dah penat penat naik gajah tu, kitorang pegi ke final destination.
that is Floating Market.
dia ala ala pasar malam.
tapi kedai semua atas boat.
menarik. plus barang barang dorang murah.
mostly semua 20 baht or RM2
spend 100 baht or RM10, boleh penuh tangan dengan beg plastik.
yang paling menarik, air yang dia jual.
harga 25 baht, and air dia letak dalam gelas clay.
macam macam design yang korang boleh pilih.
doraemon, ikan, hello kitty.
serius cantik.
nak tak nak, kena la beli air tu kan.
then gelas clay tu boleh bawak balik rumah.

gelas tanah liat yang dorang guna untuk isi air



siap ada bentuk angry birds
makcik jual nasi lemak


ni rupa nasi lemak dia.

teh ais dalam bekas tanah liat. siap ada bunga kat straw

boleh jugak kalau nak try minum dalam bekas buluh ni

pemandangan floating market dari atas jambatan

selesai solat maghrib, kami pun gerak balik malaysia.
sampai rumah dekat pukul 9.30 malam jugak la.
esoknya gua ngan adik kerja lagi.
penat tapi sumpah berbaloi gila trip kali ni.
kalau along ada mesti lagi best! =)




No comments:

Post a Comment