CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, February 23, 2012

jaulah sinai-dahab #1

day 1 (18/02/2012)

kami mula berkumpul di KSP, bangunan MARA Iskandariah pada jam 11 malam.
dijangka bas akan sampai pada jam 1 pagi.
tapi janji arab kan, so bas lambat sampai.
sementara tunggu tu, masing2 dah bukak bekal makanan.
makan makan dulu before naik bas.
akhirnya bas sampai dalam 2 pagi.
ada 3 bas semuanya. setiap bas ada seorang musyrif yang terdiri dari ustaz ustaz dari Universiti Al-Azhar.

day 2 (19/02/2012)

tiba di Kaherah pada pukul 5.30 pagi.
berhenti kejap untuk solat Subuh.
disebabkan masjid kecik, so kami amek masa dekat sejam untuk tunggu semua orang selesai.
then, sambung balik perjalanan kami menuju ke semenanjung Sinai.
untuk tiba ke sana, kami kena lalu dalam terowong Sheikh Ahmed Hamdi.
terowong tu terletak di bawah laut atau Terusan Suez.

Terowong Sheikh Ahmed Hamdi

destinasi pertama kami ketika sampai di semenanjung Sinai adalah Uyun Musa ataupun Telaga Musa dan tempat terbelahnya Laut Merah ketika Nabi Musa dikejar oleh firaun dan tenteranya.
apabila Nabi Musa dan kaumnya tiba di seberang Laut Merah, kaum Nabi Musa mengadu kelaparan dan dahaga. maka Allah menyuruh Nabi Musa mengetuk tongkat ke tanah lalu terpancarlah 12 mata air untuk setiap kaum bani Israel pada ketika itu. (surah Al-A'raf : 100-101)
tapi kami hanya dapat tengok 3 telaga sebab Israel laknatullah dah hapuskan selebihnya.

Uyun Musa

Uyun Musa




kami juga diberi peluang untuk melihat tempat Laut Merah terbelah. 
berhampiran dengan kawasan tu, ada jugak terletak telaga Nabi Ayub yang keluar hasil dari hentakan kaki Nabi Ayub ketika baginda sakit. 
tapi tak sempat nak pegi sebab tak cukup masa.

mendengar kisah kisah terbelahnya Laut Merah


tempat terbelahnya Laut Merah

destinasi kedua kami adalah kubu terakhir tentera Israel sebelum dikalahkan dalam peperangan sittah oktober 1973. 
menurut Ustaz Mu'az, kubu ni merupakan antara kubu terkuat tentera Israel sewaktu berperang dengan Mesir. 
pelbagai cara telah tentera mesir buat untuk memusnahkan kubu ni. 
tapi disebabkan kekebalan kubu ni, still tak berjaya untuk dimusnahkan. 
dan akhirnya tanggal 6 Oktober 1973, kubu ini berjaya ditawan oleh tentera Mesir.

pada ketika itu, tentera Mesir hampir hampir menguasai kesemua kubu Israel. 
namun disebabkan keputusan yang diambil oleh presiden Mesir ketika itu, Anwar Sadat yang menandatangani perjanjian Camp David, Semenanjung Sinai kini menjadi cagaran kepada negara Israel.

hasil dari keputusan tersebut, Liga Arab memutuskan untuk melucutkan keahlian Mesir selama 10 tahun mulai dari tahun 1979. 
kini ketika mana kerajaan baru telah mengambil alih Mesir, dengar dengar bahawa perjanjian Camp David nak dihapuskan. 
kalau betul apa yang diuar-uarkan ni, akan berlaku kembali rebutan semenanjung Sinai ni antara Israel dan Mesir. 
Wallahualam. 
nak baca lagi banyak tentang perjanjian Camp David, blh laa try bukak bukak link ni.

antara bangunan bangunan kat kubu Israel

tentera Mesir yang sudi memberi peluang kepada kami untuk masuk ke dalam kubu pegawai Israel

antara kubu yang dapat dimusnahkan oleh tentera Israel.



okeh. selepas ke kubu tentera Israel, kami meneruskan perjalanan menuju ke Taba, sempadan antara empat buah negara. 
Mesir-Israel-Jordan-Arab Saudi. 
dalam perjalanan kami ke Taba, kami berhenti kejap di perkampungan Nakheel untuk solat zohor dan makan tengahari. 
makanan semua dimasak oleh ustaz ustaz. 
memang tabik spring laa kat ustaz ustaz ni.


persediaan makan tengahari oleh para ustaz


sebelum sampai Taba, kami kena lalu jalan yang tembus Banjaran Teeh. 
banjaran ni la tempat di mana Allah sesatkan bani israel selama 40 tahun apabila mereka ingkar perintah Allah untuk masuk ke Palestin bersama Nabi Musa. 
sebabnya, dalam Palestin waktu tu, ada satu kaum yang sangat kuat.
jadi, kaum bani israel ni taknak masuk ke Palestin selagi mana kaum yang kuat tu ada. 
kalau tak silap aku, kaum tu diberi nama kaum Jabbarin kot. 
kalau silap, tolong betulkan ek. 
bukti kejadian ni, kawan kawan boleh tengok dalam surah Al-Maidah ayat 21-26. 

tetapi, Allah tu maha Penyayang. 
Allah turunkan jugak makanan dan minuman sebagai bekalan kepada kaum bani Israel sepanjang tempoh mereka disesatkan tu. 
apabila mereka bertaubat, barulah Allah pertemukan mereka dengan jalan keluar. 
kalau tak silap aku, mereka bertaubat setelah dihidupkan semula. 
mereka ingin bunuh diri kot. 
tapi Allah gelapkan tempat tu sehingga menyebabkan mereka semua saling berbunuhan. 
ini apa yang aku dapat. kalau salah, tolong tegur. wallahualam..

sebahagian dari Banjaran Teeh


Banjaran Teeh



kat طابا, kami berhenti kejap kat lereng bukit untuk tengok kubu Sultan Salahuddin Al-Ayubi. 
kubu yang dibina ketika Perang Salib.
malangnya, kami tak dapat masuk ke dalam kubu tu sebab waktu dah lambat.
so, bergambar je laa dari jauh.

Kubu Sultan Salahuddin Al-Ayubi, طابا

dah selesai bergambar kt kubu tu, kami teruskan perjalanan ke طابا.
طابا ni sebenarnya sempadan antara Mesir-Israel-Jordan-Arab Saudi. 
Sinai ni berbentuk segi tiga. 
dipisahkan dengan tanah besar Mesir oleh terusan Suez, manakala dipisahkan dengan Jordan melalui Teluk Aqaba. 
kira طابا ni dekat Teluk Aqaba la. 
bersebelahan dengan pagar sempadan Mesir tu, dah masuk Israel sebenarnya. 
tapi mana nak lepas kalau nak masuk sempadan Israel tu kan. 

peta Semenanjung Sinai

kami kat طابا tu kejap ja. 
amek amek gambar, then gerak ke Dahab. 
sebab sebenarnya kami dah lari sangat dari jadual sebenarnya. 
dari طابا ke Dahab pulak amek masa dalam 2 jam. 
memang kena rush jugak laa kalau nak sampai awal kat Dahab and ada masa untuk shopping.

di طابا

peserta peserta Sinai Exploration kat طابا

dalam pukul 9 malam, kami sampai kat Dahab. 
dah check in, letak beg, solat semua, kami keluaq pi cari makan makan and shopping souvenier. kat Dahab ni femes dengan seafood. 
so kami amek laa peluang ni untuk rasa seafood kat Dahab. 
nak compare dengan seafood kat Alex. haha. 
tapi seafood kat Dahab ni memang ohsem! 
depa tak bakaq. tapi depa buat sup. sedap okeh sup tu. 
makan dengan nasi. memang perghh gila. 
aku, nawar, syikin, farah and liyana order meal untuk 3 orang then kami kongsi ramai ramai. 
tu pun dah banyak. satu meal baru 55L.E. 
tu pun dah ada ketam, udang, ikan, lala and banyak lagi. 
memang puas hati laa dapat makan kat situ. 

after makan, aku sambung shopping. 
beli magnet fridge, sweater and t-shirt. tu pun dah habis 200LE. 
memang gila kalo lepas aku shopping sorang sorang. 
tu belum bagi kat aku kad kredit.
silap silap, luruh rambut tuan kad kredit tu tengok aku shopping. kahhh.!

ni seafood kami malam tu


okeh.. 
cukup dulu kot fisrt entry aku pasal jaulah sinai dahab aku kali ni. 
next entry aku sambung pengalaman aku kat Gunung Sinai pulak okeh..


No comments:

Post a Comment