CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 15, 2011

::hypertension::

assalamualaikum.

tengok tajuk entry ni pun aku dah bengang. tau pasaipa aku bengang?

tadi after kelas, aku dengan nawar plan nak pegi beli syringe+ubat aku kat farmasi. masa tengah on the way tu, ingat nak singgah la kat kedai stationary sebab nak beli glove. kalau takdak glove, tak best nak masuk morgue@bilik mayat tu. tak boleh nak korek pegang mayat tu. bila tak boleh pegang, memang tak boleh nampak la segala urat saraf, urat darah, glands, atau muscle. nak tengok semua tu, memang kena selak selak muscle mayat tu.

masa aku tengah jalan jalan tadi, sekali boleh pulak terserempak dengan budak budak baru balik sekolah. budak budak ye. bukan remaja atau bapak budak. depa tu boleh pulak nak ejek ejek aku ngn nawar. kalau setakat ejek tu, aku boleh tahan la. ni ada sorang tu datang pegang lengan aku. aku memang dah berapi. tapi aku tahan lagi. lepas tu depa dok bising bising. aku tak dengar pulak apa yang depa cakap. saja aku pekakkan telinga nih. maleh den nak layan.

masa depa dok kacau kacau tu, aku risau beg aku ja. sebab dalam beg aku tu ada duit nak beli ubat. so, aku dok pegang pegang la beg galas aku. sekali ada budak tu tarik beg aku. haa kau, memang meletop ah aku. aku terus pusing sambil dalam kepala aku nak tampar dah budak tu. naseb masa aku kalih tu, budak tu lari. tapi serius, muka aku bengang gila tadi. rasa nak nanges pun ada jugak. bukan sebab aku tak pernah kena kacau. banyak ja yang dok selalu kacau+ejek aku masa zaman sekolah dulu. tapi aku still boleh buat dek sebab depa tak melibatkan sentuhan sentuhan ni. tapi once kalau kau dah pegang, silap haribulan kau makan penampar je.



ni ubat-ubat + syringe yang aku beli tadi. syringe tu untuk kelas practical. bukan untuk kegunaan sendiri

2 comments:

  1. die tarik beg kau!!!! eaaaa gediknye budak arab neh! tapi tak ramai mcm tu. ramai lagi yg baik kan. budak tu agaknye hiperaktif kot.=P

    ReplyDelete
  2. hahaha. ramai je yang baik. tapi yang aku jumpa ni, memang spesis yang taktau malu. geram aku. naseb dia tak makan penampar je. ini kalau enon yang kena, aku tak boleh bayang masa depan budak tu. hahah

    ReplyDelete