haa, mesti hampa semua ada sejarah unit beruniform masa zaman sekolah dulu kan? tipu laa kalau tak ada langsung. sekarang ni aku nak cerita sikit laa pasal unit2 beruniform yang pernah aku masuk since sekolah rendah, sampai laa tamat sekolah menengah
masa sekolah rendah, start involve unit beruniform ni, darjah 4. seingat aku, masa tu aku join pengakap. tapi tak lama. sebab aku accident and tak pegi sekolah dekat 5 bulan. aku rasa aku sempat ikut aktiviti belajar pasal tepuk pengakap je kot. mesti hampa ingat kan macam mana tepuk pengakap tu.
lepas aku masuk sekolah balik, aku rasa aku keluar dari pengakap tu. sebab keadaan kaki aku masa tu menyebabkan aku tak boleh nak lasak-lasak. kang tak pasal, bermastautin lagi aku dalam hospita. cukup laa 3 minggu aku jadi penghuni tetap wad orthopedics hospital klang tu. patient kat sebelah katil aku dah bertukar2, aku ja yang stay.
then, aku masuk pergerakan puteri islam or PPIM. konpem lah semua dah tau. kalau rasa nak lembut2 sikit, join PPIM. konpem best. tak payah risau nak main panas.
tapi tahan sampai tu je kot. naik darjah 5, terus aku masuk tunas kadet remaja sekolah or tKRS. stay sampai laa darjah 6. cuma masa tu xdak la sampai kena beli full uniform. rasanya kami pakai t-shirt tKRS je kot every time ada aktiviti ko-ku.
dah habis zaman sekolah rendah, masuk pulak sekolah menengah. first school aku, SMKA (P) ALMASHOOR. nama je sekolah perempuan. tapi most of us lasak gila.
masa hari pendaftaran form 1 tu, mak aku suruh aku amek seni pertahankan diri. choices yang ada masa tu just taekwando and silat. disebabkan aku tak suka taekwando, aku masuk la silat.
untuk first year tu, yang jadi trainer kami is my neighbour or ketua jurulatih silat penang. not bad la. tapi latihan kami kejap ja. sebab ada masalah dalaman kalau tak silap aku. naik form 2, tukar coach baru. start masa tu, nampak laa aktif sikit. pegi tournament sana, masuk gelanggang sini. so bila training dah makin rancak, dah siap guling2 atas padang, aku just stay la masa form 3.sekali masa hujung tahun form 3 tu, ada laa sikit masalah. and aku memang tak tahan la sampai aku nekad nak keluar masa form 4.
bila naik ja form 4, sekolah aku tu bagi la chance kat student2 form 4 untuk tukar unit beruniform kami. so dengan nekad, aku choose nak masuk persatuan kadet bersatu malaysia or PKBM. aku teringin nak masuk sebab PKBM ni lasak. dah nama pun tentera kan. dah konpem akan ada aktiviti2 army-like macam menembak, kawad, semua2 tu. cuma malangnya, aku tak lama kat mashoor. hujung bulan 2 kot, aku keluar sebab dapat tawaran masuk SMAP Labu.
so, aku tak banyak join aktiviti PKBM ni. yang aku sempat, perbarisan masa hari sukan. tapi tu memang kenangan yang paling best la. sempat nak merasa suasana pakai boot kat atas bas. nak kena gilap boot, ada inspection pakaian before perbarisan, nak kena iron uniform, mafla. cuma aku rasa sedih laa jugak sebab tak sempat nak pegi menembak.
bila masuk SMAP, PKBM just untuk students laki. so last choice aku just KRS je la. kat smap ni, aku kurang aktif sikit. maybe sebab persekitaran baru kot atau mungkin aku malas. ehh.
apa2 pun, masa zaman sekolah dulu, rasa menyampah sangat bila ada aktiviti2 ni. tapi bila once dah tercampak kat hujung benua ni, sumpah aku rindu balik kenangan2 kawad, buat aktiviti, belajar pasal simpulan tali lah. so nasihat to mana2 readers yang still bersekolah tu, enjoy laa suasana ni puas2. *bajet macam ramai sangat je reader kau ye nas.* sebab bila keluar sekolah nanti, hampa akan rindu suasana tu. serius!
Kenangan dengan public phone
2 days ago
No comments:
Post a Comment