CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, August 4, 2011

monolog seorang hamba

4 RAMADHAN 1432H (err.dah macam nak buat diari ramadhan rafiq dah)

Hmm. 4 ramadhan=4 ogos. 6 ogos dah start exam module 4. Aku mulakan hari ni dengan bersahur with my housemates, Hanna and Syifa. Makan lauk yang MM sediakan semalam. Sambil2 sahur, borak2 dengan diorang. Gelak sama2. Rindu sangat nak sahur dan berbuka dengan adik beradik kat Malaysia, ALONG, ANGAH, ALANG N MEME.rindu IBU n ABAH. Tapi bila fikirkan yang ni semua keputusan tekad aku sendiri, aku kena terima. Kalau ada dekat2, takkan rasa rindu macam ni.

Aku ada sehari lebih je lagi untuk habiskan sesi ulangkaji module ni. Mengharapkan hari ni berjalan dengan lancar. kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Sekali lagi Allah menguji hamba-Nya ini. Masalah yang timbul akibat perbuatan aku sendiri. Tanpa aku sedari sebenarnya. Langsung tak terlintas kat hati ni nak bagi siapa2 terasa. Sebenarnya niat aku baik. Cuma menasihati sebagai seorang teman. Mungkin caraku itu tak sesuai. Lalu berlakunya salah faham antara kami. Mungkin Allah turunkan ujian ini untuk membersihkan diriku dari dosa2 yang telah aku lakukan.

“Allah takkan uji seseorang hamba-Nya itu jika Dia tahu hamba-Nya itu tak mampu untuk menghadapi ujian tersebut”.

Aku harap aku kuat untuk hadapi semua ujian yang Allah bagi ni. Namun aku hanya insan yang lemah. Tak dapat ku tahan air mata ini untuk terus mengalir. Menyesali apa yang telah aku lakukan. Tapi apa kan daya, aku xmampu mengundurkan semula waktu. Aku biarkan juga air mata ini terus sebab air mata tu sebenarnya kekuatan seorang wanita. Taknak lagi perasaan ini mengganggu diriku untuk belajar.

Mujur aku mempunyai seorang teman, Nawar, teman yang banyak membantu aku masa aku susah. Selepas aku mengadu kepada-Nya, aku ceritakan semuanya pd Nawar. Mengharapkan nasihat yang mmpu menaikkan semula semangat aku untuk terus mencari keredhaan-Nya. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana mmberi aku seorang teman yang sejati. Terima kasih Nawar atas segala nasihat tu. insyaAllah, doakan aku terus kuat dalam menghadapi apa jua ujian yang diberikan dari-Nya. Semakin banyak ujian yang kita hadapi, semakin kuatnya rasa sayang Allah terhadap kita. Aku kena terima semua ni dengan positif. Tanpa ujian2 yang Allah bagi ni, aku xrasa aku boleh jadi lebih kuat. Semua ni membuatkan aku lebih matang dalam hidupku yang jauh dari keluarga.

Apa2 pun, aku kena jadikan semua ni sebagai pengajaran buat diriku agar lebih berhati2 dalam sesuatu perkara yang aku lakukan. insyaAllah, kejadian ini akan ku ingat sampai bila2.

Terima kasih buat yang sudi membaca. Jadikan Ramadhan ini lebih baik dari yang sebelumnya dan beribadatlah umpama Ramadhan ini merupakan Ramadhan terakhir buat kita semua. insyaAllah.

Salam ramadhan dari bumi iskandariyah.

1 comment:

  1. sis, kuat..belajar utk telan semua kepahitan..wish u all da best..anything just mail me..nampak jer along garang but i do luv u sista..salam ramadhan~

    ReplyDelete