CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 30, 2011

malam raya di perantauan






ALHAMDULILLAH...

aku diberikan satu lagi peluang untuk menyambut kedatangan bulan syawal. cuma syawal kali ni sgt2 brbeza. maklum lahh. dah brgelar perantau sekarang ni kan. takde laa nak jumpa salam2 raya dengan family.

tipu lah kalo cakap xsedih raya kat perantauan ni. first time ok aku raya AIDILFITRI dengan kawan2. kalau raya secara umum tu, dah masuk kali ketiga. first time masa form 5. raya haji kat SMAP dengan kawan2. then, raya haji kat mesir.

rindu sebenarnya nak sambut raya dengan family. malam raya tu, tugas rasmi aku adalah tukang gosok baju raya. sepasang 2 hinggit. mahal x mahal, aku pedulik hape. kau ingat seronok duduk bersila lama2 kat lantai tu?? family aku dah laa ramai. 7 orang. (sorang laki, 6 perempuan) kalau dah nama perempuan tu, bayang la baju raya banyak mana kan. aku bukan iron untuk raya prtama ja. sekali letak tu, haa kau. 2 3 pasang sekali. darab lah dengan 7. tak ke banyak tu. memang kematu lah bontot kau duduk lama2 atas lantai kayu.

tapi bila rasa malam raya kt perantauan ni, siyes aku rindu dengan suasana tu. siapa laa yang iron baju raya depa kan. agak2 depa rindu tak dgn 'tukang gosok baju' ni?? kalau rindu tu, sila sponsor tiket balik raya thn depan ye. terima kasih.

tapi, yang ironinya raya kat mesir ni, adalah penentuan bila raya tu. dari minggu lepas lagi sebenarnya aku dengar ramai cakap raya hari selasa. so, mind set aku, raya selasa je lah. tapi dah 29 ramadhan ni, kat alex kecoh2 kata raya hari rabu. aku dah sedih dah sebab kt malaysia raya selasa.

then, kalau ikutkan kat Kafe Seri Putra @ KSP tu ada program takbir raya malam ni. dah dok kecoh kata raya hari rabu ni, cancel lah program tu. tyme tengah2 berbuka tu, tiba2 aku terbaca status kawan aku yang raya selasa@ESOK! memang kelam kabut lah kau nak bersiap bagai. kesian kat AJK program laa. last minit kena masak.

masa sampai kat KSP tu, dah dengar takbir raya. sebak jugak laa. cuma tak tangkap leleh ja. aku pn xtau np aku xleh nak nanges. dah jadi gagah kot. ehh,ntahhh.

dah selesai solat isyak smua, ada laa sikit2 ucapan dari walid dan senior2 sementara nak tunggu 'chef' siap masak. menu malam ni, soto. teringat pulak kat abah ngn ibu. tiap kali nak balik kampung, mesti singgah R&R ulu bernam. sebab abah suka sangat makan soto kat situ. memang dia xpernah nak order makanan lain. hanya SOTO.

dah malam tu, ingat nak balik awal laa sebab plan nak masak rendang. sekali tengok depa nak anyam ketupat. teringin lak aku nak refresh macam mana nak anyam ketupat. last aku anyam ni, masa form 3. hiasan dewan untuk smbutan hari raya. tyme form 3 kan PMR before raya. so, dah abes exam tu, keja lepak2 kat rumah warden je laa. cikgu fuziah ngn cikgu nurol yg ajar kami anyam ketupat. memang memerlukan kemahiran tangan dan kesabaran yang tinggi. siapa yang rasa2 tak menepati ciri2 tu, baik xyah laa try. ehh, boleh ja kalo nak try. tp kalau tiba2 dapat migrain tu, jangan cari aku lah ek. aku yang dah lama xbuat ni pun, berbelit2 tangan aku nak anyam. baru siap 6, kepala aku dah berpusing. dah bagi hint suruh aku stop la tu. cess.

untung lah kalau jari panjang. kalau dapat jari montel macam aku nih haa,
xke azab kau nak anyam ketupat tu. dan hasilnya.......

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


jeng!!! berjaya disiapkan selepas setengah jam


pukul 2 pagi baru aku sampai rumah. tu pun, banyak lagi yang xsiap. tapi dah smua org penat, kami balik je laah. aku pun dah pening2 lalat ni. mata aku dah bagi hint suruh pakai spek dengan kadar yang segera. power aku mendadak naik ni. banyak sangat tengok projector agaknya.

sekarang dah pukul 3 pagi. kang pukul 4 nak bangun, masak semur. kalo xmasak, memang xdak apa la nak makan before g smbahyang raya nanti. haihhh. mata panda laa lagi aku pagi kang. orang pagi raya ni, mekap lawa2. aku dengan bermata panda je kang pegi sambutan hari raya kat KSP. lantak lahh. aku pedulik hape. heh~

btw, aku amek kesempatan ni untuk ucapkan SELAMAT HARI RAYA maaf zahir dan batin buat semua yang mengenali diri ini.


p/s : bajet nak call ibu, abah dan family. tapi memandangkan kampung kat pahang tu xde coverage. xdapat laa aku nak bermaafan di pagi raya. -.-''



antara persiapan untuk majlis sambutan hari raya



juadah sementara menunggu menu sebenar siap dimasak.



suasana malam raya kat mesir. ni pukul 1 pagi ok.. ramai gila orang.


puding strawberi, ceri, mangga. sedappppp. :)



half dari ni, hasil tangan aku. seronok2... :)

No comments:

Post a Comment