Alhamdulillah..
alhamdulillah..
alhamdulillah..
8.03 pagi, 9 OGOS 1992
aku telah selamat dilahirkan di sebuah klinik di pulau pinang. dari saat itu lah,bermulanya hikayat hidup aku di muka bumi ciptaan ALLAH ini.
bila dah umo 19 ni, baru la aku sedar yang zaman kanak2 tu merupakan zaman yang paling seronok. ni kalo ikut zaman kanak2 aku dulu la. taktau pulak macam mana budak2 sekarang rasa pasal zaman kanak2 diorang. tambah pulak aku dulu membesar kt kawasan kampung. so, siapa2 yang dok kampung tu, mesti hampa tau kan macam mana nikmatnya jadi budak kampung.
zaman kami dulu2 mana ada facebook, twitter, psp, ps3, xbox segala bagai ni. (playstation dh wujud je. cuma tak kencang macam sekarang) tiap2 petang, lepas je balik ngaji, agak2 pukul 5 tu dah dengar dah suara kawan2 panggil main. kadang2 tu xsempat nak cabut baju kurung, hentam je kluar maen ngan baju kurung. tapi tu bukan aku lah, orang lain. aku xsuka nak maen2 pakai baju kurung ni. kang kalo nak maen kejar2, satu hal pulak aku nak berlari smbil pegang kain. alih2, ngan kain skali aku lempar. panjat pokok, curi rambutan, redah "mini jungle", tuju kasut, tuju tin, tu dah kira mainan wajib bg budak2 kampung. tak payah nak guna duit beribu. dengan berbekalkan bahan sedia ada, macam2 permainan boleh main. gaduh2 antara budak kampung tu, dah kira normal dah. xdk la smpai nk bertumbuk. lawan mulut ja lebih. lepas tu kalau balik lambat, kena marah ngan mak. silap2 kena tibai. tapi, salah sendiri kan. budak perempuan balik maghrib2 spa suruh. memang cari nahas la kan.
Tipu la kalo hampa cakap hampa xdk kenangan masa zaman kanak2 dulu. Aku teringat satu peristiwa ni. Masa tu, aku, kakak aku n kawan aku yang lain pegi main basikal. Aku senyap2 keluar masa tu. Tengah hari kot. Mana ada mak bapak yang bagi anak2 dia main tengah2 hari buta tu. Tapi sebab aku dah janji ngn kawan aku, aku pn kluar la. Niat tu nak maen beskal je pun. Bukannya buat benda2 xelok. Nak dijadikan cerita, masa tu aku bawak beskal turun dari jalan yg agak curam la. Sebab smua nak tunjuk aksi masing2, nak lawan siapa hebat. Bila sampai ja turn aku, tiba2 muncul teksi dari arah yg berlawanan. Memang gelabah la aku.dh tu,boleh pulak brek aku rosak. Jawabnya, melelong la beskal yang aku bawak tu.sedar2 ja, aku kt semak. Teruk gak la aku luka. Bibir aku pecah. Banyak gak la darah yg keluar. Dah teruk macam tu, taknak gak balik rumah. Sebab takut kena marah. So, aku lepak je rumah kawan aku. Dia yg tolong sapu ubat smua. Agak2 dah petang sikit, baru aku balik. Sampai je rumah, memang kena soal laa. Sampai sekarang aku ingat lagi. Beskal yang aku naek tu, kaler merah. Memang brek dia rosak, tapi gatal nak naek jugak.
itu kisah 10 tahun yang lalu. sedar tak sedar, sekarang aku dh 19 tahun. dah xboleh dah maen kejar2 macam dulu. akhlak sebagai seorang muslimah perlu dijaga. dah tak boleh keluar lepak suka2 hati macam dulu. dah xboleh panjat pokok. sekarang ni aku ada tanggungjawab yang lagi besar yang perlu aku laksanakan. tambah pulak hidup di perantauan, jauh dari keluarga. dah kena pandai manage masa sendiri. kena pandai kawal diri dan nafsu, kena kuat untuk hadapi dugaan. tak boleh nak terlalu mengharap keluarga. kena pandai settlekan sendiri.
aku bersyukur sebab ibu dan abah dah mendidik ku supaya menjadi diriku sekarang. masih banyak kekurangan, tapi tetap boleh diperbaiki. aku rasa kalo ibu dan abah xtegas waktu aku kecik2 dulu, memang aku dh jadi liar kot sekarang. Na'uzubillah...
sekarang dah 9 OGOS 2011. Sekali lagi aku sambut birthday aku sorang2. Aku rindu nasi lemak yang ibu masak. Siapa2 yang pernah rasa nasi lemak tu, hampa tau la kan kat mana yang special nya nasi lemak tu. ye laa. Sejak aku tadika, sampai lah aku form 3. Menu wajib masa birthday aku adalah nasi lemak. Dan chef yang wajib masak ialah ibu. Kalau orang lain tu, harap maaf. Memang aku taknak. Hari tu, aku ada mesej ngan ibu.
Aku : ibu masak apa untuk berbuka nanti? Rindulah masakan ibu~
Ibu : ibu berbuka kat ofis, tapi ibu dah masak untuk alang ngn baby kat rumah. Sabar la. Dah abes belajar nanti, balik, boleh ibu masakkan apa saja.
See! Ni yang buat aku xsabar nak balik ni. insyaAllah, nanti kalau ada rezeki, aku balik Malaysia, dan first sekali aku nak makan masakan ibu. Lepas tu makan durian puas2. Gila jelez bila aku tengok gambar makcik aku balik kampung, kutip durian. Penuh satu bonet dia dengan durian ja. Takpe2. Sekarang ni sabar je dulu. Kita rasa dulu raya kat perantauan ni.
Apa2 pun, terima kasih ibu dan abah atas semua tunjuk ajar dari mula ina bernafas sampai lah sekarang. Halalkan segala makan minum, dan apa jua yang ibu dan abah bagi. Doakan ina kat sini berjaya menjadi seorang muslimah yang dapat menggenggam segulung ijazah. insyaAllah. INA SAYANG IBU DAN ABAH. J
uitt...sayang ibu ngn abah je ker...huhu..l.u.v. u s.i.s.t.a =)
ReplyDelete