CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 12, 2011

ramadhan seorang perantau

Selesai sudah final exam untuk semester 2. Rasa macam cepat sangat masa berlalu. Macam baru semalam ja aku balik Malaysia. Exam start dari 9 julai dan berakhir 10 Ogos. Sebulan kot. Da rasa macam SPM dah ni. Padahal kelas still ada lagi. Exam selang seminggu. Perghhh. Memang terbaek.

Exam kali ni, melibatkan 4 module. Module 4 (Concept of Health and Diseases), module 5 (Musculoskeletal system), module 6 (Blood, Lymph and Immune system) and module 7 (Professional development). Memandangkan sem 2 start lambat sebab riot hari tu, so, exam kali ni pun habis lambat lah. Memang naseb aku lah nak xleh nak merasa abes exam awal. Mcm dh terkena badi SPM dulu. Start sama2 ngn sekolah lain, abes memang betol2 hari terakhir, 16 Disember.

Ok, dah. Aku xnak lah cerita lebih2 pasal exam ni. Aku just nak cerita pengalaman aku after exam ni. Baru sehari after exam ok. Aku dah rasa bosan nak mati. Sebab bulan puasa kan. Memang xlarat lah nak jalan2 ni. Ye,ye. Aku tau xleh nak jadikan puasa tu alasan ntuk halang aktiviti kita. Tapi mesir ni kan sekarang musim panas. Panas bukan macam kt Malaysia tu. ni panas kering. Kalau nak hujan tu, jangan harap la. silap2 letak cawan kt luar tu, raya thn depan pun blom tntu boleh pnuh ngan air hujan. Kang xpasal penuh pasir je. Huh!

Rutin aku masa bulan puasa ni, xlaa menarik sangat. Disebabkan subuh kat sini pukul 3.45, jadi kami start sahur dalam pukul 3. Untuk 10 hari pertama puasa, budak2 rumah aku xmasak untuk sahur. Bukan sebab malas ye anak2. Ni semua sebab agent MedicMesir sediakan makanan masa exam. So, dah orang bagi makan kan. Xyah la nak berlagak rajin sangat sampai nak masak ayam bakar bagai. Amek je lah lauk orang dah bagi tu. depa sedia sekali bukak puasa n sahur. So, memang xberasap lah dapur tu. waktu siang pulak, aku abeskan masa ngn stdy. Waktu exam je lah. Waktu dah abes exam ni, layan movie ja aku. Dekat 10 kali dah aku pusing2 crita yg sama. Nak download, internet slow pulak.

Bukak puasa pukul 7. Solat maghrib, then siap2 gi tarawikh. Kadang2 kalau rajin, g laa tarawih kat masjid nur islam. Msa frst day puasa hari tu, aku brbuka kat rumah kak farah. Ye laa, si Sheila ngn metot ada skali kan. So, aku ngn tiqah join je laa. Rumah kak farah tu dah ghupa pusat berkumpul ex-smap dah. Kak farah serumah dgn kak suha, kak sored ngn kak mimi. Bila budak2 smap turun alex, mostly smua lepak2 kt situ. Dah brbuka smua, solat maghrib Jemaah. Lps tu, kak farah ajak g tarawikh kt masjid nur islam. Plan sbnar nak g solat kt gamie’ Ibrahim. Tapi jauh la pulak. masjid nur islam ni laa yang paling dekat. Aku malas nak pakai proper. So, aku sarung je telekung. Macam nk g solat tarawikh kat smap dulu. Nak solat tarawikh kat sini ni, jangan harap laa dapat solat dlm bangunan. Memang solat atas jalan je la. berbumbungkan langit, bersejadahkan tikar. Sebijik macam tarawikh kat smap dulu. Rindu kot nak tarawikh kat datarn lagi. Huhu.

Stail tarawikh kat Egypt ni lain sikit. Antara solat tu, xdk nk zikir2 macam kt Malaysia. Abes2 je salam, terus bangun. Dah tu pulak, depa lg suka abeskan satu juzuk dalam masa sehari. Jadi ada laa dalam 2 muka setengah satu rakaat. Tu baru satu, blom 8. Jadi, untuk menghilangkan rasa tak khusyuk tu, boleh laa nak solat sambil pegang alQuran.dulu aku selalu tengok kat tv ja orang solat sambil pegang alQuran. Time solat tarawikh kt Mekah. Sekarang ni dah boleh buat sendiri. Seronok kot. Boleh ikut bacaan imam tu. apa yg xbestnya, kalau kita xtau muka surat mana yg imam tu baca. Haa, kau. Menggagau nak mencari. Imam ni baca, srius xterasa lama. Sedap ja dia baca. Agak2 pukul 10 lbih tu, abes laa solat ni.

Tiap kali lepas tarawikh pulak, aku ngan metot selalu g beli asir (jus buah). Nak hilangkan dahaga masa tarawikh kan. Yang bestnya kt mesir ni, jus buah dia sangat2 asli. Memang xkan jumpa laa gula2 yg unsaturated kt dasar gelas tu. sedap pn sedap jugak. Segenih satu cawan. Puas laa minum. Kami pulak suka minum jus tebu. Sedaaapppp sangat.

Balik2 tarawikh, smbung stdy tengok movie. Selalunya, aku xtidur after tarawikh tu. terus tunggu sampai sahur. Ye laa. Kalau dh abes tarawikh dkt2 pkul 11, sahur pulak pukul 3. Memang xpejam lah mata ni. Berjaga ja. Kalo tdo kang, memang aku sahur dalam mimpi. Jangan harap aku nak bangun. Aku ni dah laa tdo stail xamek kisah hal dunia. Kalau siapa2 yang prnah try call aku masa aku tdo tu, depa tau laa apa akibat dia. Buta2 ja aku reject. Xsuka orang kacau aku tdo. Huh! Rasa nak cepuk ja orang tu.

Ni laa antara rutin2 harian aku sepanjang 11 hari aku puasa kat sini. Seronok tengok orang arab ni sambut bulan puasa. Kalo kluar g kedai petang2 tu, sedia2 lah tangan nak terima buah kurma. Pakcik2 arab ni suka bagi kurma. Tambah lak hari tu aku balik dengan hanna dari amek lauk kat kedai. Lepas tu, dengar ada pakcik panggil. “ya malizi. Gamil2.” Sambil bagi kurma kat kami. Terharu sebab pakcik tu cakap kami gamil. Hahaha.

Dan aku xsabar sebenarnya nak tunggu 10 malam terakhir. Depa cakap, lagi meriah. Solat kat tepi pantai semua. Seronok pulak nak join. insyaAllah, aku harap dapat lah aku abeskan ramadhan kat sini dengan sempurna.

Notakaki : malizi = Malaysia, gamil = jamil (cantik)

1 comment:

  1. menarik la cite ko Nas...=) selamat menyambut Ramadhan syg...<3

    ReplyDelete