CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, June 30, 2012

pasca exam

Alhamdulillah...
selesai satu paper...
two down, one more to go..!
dua paper yang before ni, module dia berat sikit.
bila dah abeh tadi, rasa lega tu, tak tau nak describe macam mana.
rasa macam bila kena pikul 10kg beras, lepas tu ada orang lain tolong amek beban tu.
lega sangat......

tapi, tak boleh nak seronok lagi.
last payperrr masih menanti 3hb Julai ni.
paper epidemiology..
aku suka paper ni sebab banyak kira kira..
cenggini lah kalau dah budak suka math amek medic..
even dapat kira 1+1=2 dalam medic ni pun, rasa boleh sengih sampai raya tahun depan..

lepas ja 3hb ni, memang berjimba sakan lah budak budak ACE nih..
aku balik Malaysia 15hb.
so, ada 2 minggu untuk dihabiskan kat mesir ni.
apa lagi...
aim aku, SHOPPING lahh..!
nak borong jubah bagai.
as souvenier untuk family.

molek lah kan..
nak shopping banyak banyak, lepas tu taktau nak sumbat macam mana.
tak pa..
dengan skill yang diturunkan oleh ibu aku,
nak packing kang, kita buat sesi sumbat menyumbat.
dengan jubah nak bisnes, hadiah kahwin angah lagi.
fuhhh. berpeluh aku nak menyumbat kang.

haihhh.
ni laa padah lama tak balik malaysia.
belum abeh exam lagi, dah fikir macam macam.
nas, fokus...!
even paper epidemiology ni sikit, but still kena study.
kalau tak, menganga ja dalam exam hall tu kang.

oh, ya.
esok final EURO..
antara spain dengan italy.
frust sebenarnya germany tak dapat masuk final.
sebab aku target germany spain masa final kang.
takpe lah.
germany kalah sebab tanak bagi aku rasa serba salah.
sebab aku sokong dua dua team.
andai kata dua dua tu masuk final,
jawabnya aku pakai jersi spain sambil menyokong germany.
kalau cenggini gaya aku masuk stadium,
konpem kena baling botol air.
silap silap kena kad merah.
suruh keluar stadium.

malam ni plan nak pulun study.
then esok malam tengok final sambil pakai jersi spain.
yeahhh.
aku harap spain menang.
tapi aku rasa italy boleh menang..
sebab italy main sumpah laju.
even defend germany pun tak boleh nak mark forward germany.
ni kan pulak spain.
spain tu dah la pass till death.
sepanjang aku tengok game spain ni,
ada lah 3/5 dari game tu, aku tido..
sebab sumpah bosan..!
david villa tak main, lepas tu dengan bosque suka main formation 4-6-0..
bila dah tak letak forward tu, memang tak dak penggerak kat depan.
bila tak dak penggerak, langkah langkah untuk memulakan goal tu jadi hambar dan slow.

esok ni aku harap bosque letak torres as first 11.
sebab torres ni stail lambat panas.
before ni kalau dia masuk as sub, mesti dia tak score.
tapi kalau dia masuk awal, sampai dua bijik dia pulun.
hishh. aku yang tengok dari benua lain pun boleh nampak, takkan laa si bosque tu takleh nampak.
takpe lah.
maybe dia ada percaturan dia sendiri KOT.....
apa apa pun, kita tunggu dan lihat ja esok.
kalau game hambar, aku flip meja study aku tu. *ok, hiperbola sangat*
tapi aku harap game esok ni best lah.
sebab ni first final EURO yang aku dapat tengok.
EURO 2008 dulu, aku takleh nak tengok sebab aku dok asrama.
dah nama pun dok asrama.
haruslah berdisiplin dengan mengikut segala peraturan yang ada.. (ayat budak skema)
so, masa tu aku dengar je la budak budak laki cerita.
diorang siap tampal schedule EURO kat dalam kelas aku.
fuhh. semangat nau.

ok lah.
takat ni ja.
aku baca entry aku ni, dah rupa pewaris Hasbullah Awang dah.
aku kalau bab bab bola ni., semangat dia lain macam sikit.
tadi jumpa anith pun, abeh segala analisis game germany italy semua keluar.
ni belum lagi jumpa geng aku, si syed tu kat Malaysia.
kalau dok semeja dengan dia, sampai ke tengah malam pun tak sedar.
keja sembang pasal bola ja.
penah sekali tu, lepak kat McD dengan dia.
orang lain kalau tengok laki perempuan dok semeja ni, semua bajet stail sweet couple lah kan.
aku dengan si syed ni lain.
dok semeja, riuh sembang pasal bola.
oops. jangan salah faham. si syed ni boleh dikira pangkat BFF till death dah.
bestfriend aku dunia akhirat.
kawan merapu merepek sama sama.

so, conclusionnya,
boleh la nak jadi pengulas bola sepak wanita pertama kat Malaysia.
tapi aku nak international soccer.
sebab aku tak minat bola sepak dalam Malaysia.
jangan tanya aku sebab apa.

dua fokus aku setakat ni. but of course lah fokus lebih kat buku biru hijau tu. =)

No comments:

Post a Comment