ALHAMDULILLAH... ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH..
made by UPP ACE |
seperti mana yang kita semua tau,
akhirnya Dr. Muhammad Mursi dengan rasminya telah dilantik sebagai Presiden Mesir yang baru selepas revolusi 25 Januari 2011.
bersyukur sangat sebab diberi peluang untuk menuntut ilmu kat Mesir.
bersyukur sangat sebab diberi peluang untuk melihat dan merasai nikmat kemenangan Islam di bumi Anbiya' ni.
bersyukur sangat sebab diberi peluang untuk menyaksikan proses kebangkitan Islam kat sini.
Alhamdulillah.. =)
perjuangan Imam as-syahid Hassan al-Banna dalam menegakkan Islam selama ini akhirnya membuahkan hasil.
tak sia sia penantian rakyat mesir selama ini.
tak sia sia mereka yang berkampung di medan tahrir.
segala pengorbanan mereka, akhirnya terbalas dengan kemenangan dr. Mursi pada hari ini.
benar, jalan kejayaan bukan mudah.
jika jalan perjuangan menuju kejayaan ini mudah, sudah pasti ramai orang muda yang menyertainya
hanya mereka yang benar benar mampu, akan terus berjuang dalam usaha untuk menegakkan Islam.
"wahai ikhwan, perlengkapkanlah dirimu dengan mendapat tarbiyah yang sahih dan pengalaman serta ujian yang terperinci... ujilah para bakal pejuang dengan amal yang kuat yang banyak, yang tidak disukai oleh mereka, yang membebankan mereka dan pisahkanlah mereka dengan hawa nafsu dan kebiasaan mereka agar mereka tahu apa itu HAKIKAT PERJUANGAN..."
nanti dah ada anak cucu, boleh cerita pasal pengalaman yang dirasai dari before revolusi sampai saat kemenangan Islam ni.
itu lah.
apa yang Allah tetapkan ni adalah yang terbaik.
Allah tunjukkan kekuasaan-Nya untuk jadikan kami lebih dekat dengan Allah.
Allahuakbar.
kemenangan Islam di bumi Mesir ni merupakan kunci kepada kebangkitan Islam di negara negara Islam yang lain.
kemenangan yang sangat ditunggu tunggu oleh seluruh umat Islam terutamanya mereka di Palestin.
moga dengan kemenangan ini, akan dapat membebaskan bumi Palestin dari terus dijajah oleh pihak zionis.
namun kemenangan ini bukan bermakna perjuangan telah berakhir.
ini sebenarnya garis permulaan bagi kebangkitan Islam.
inshaAllah, sama sama kita doakan Islam terus bangkit di mata dunia.
sebenarnya aku nak cerita pengalaman yang aku dapat tengok sepanjang jalan jalan kat Alex ni.
aku plan nak tengok live pengumuman rasmi tu.
tapi Allah tak izinkan.
tertidur aku sampai pukul 5.
itu pun terjaga sebab bunyi mercun.
bangun bangun tidur, terus on laptop.
tengok status kawan kawan pasal kemenangan dr. Mursi.
serius. aku sebak kot bila baca status status tu.
air mata kegembiraan hampir mengalir tadi.
bersyukur sangat sangat atas kemenangan ni.
malam tadi kami batch ACE ada program solat hajat sempena musim imtihan ni.
masa on the way nak pergi bangunan MARA, boleh nampak kereta kereta dok mengibarkan bendera Mesir.
tersenyum aku melihat gelagat diorang tu.
sungguh. rakyat Mesir sangat sangat meraikan kejayaan ni.
dari saat pengumuman rasmi selepas Asar tadi, sampai lah selepas Isya', bunyi hon kereta tak berhenti.
letupan bunga api dan mercun kelihatan di semua kawasan.
masa naik teksi tadi pun, pakcik teksi tersenyum lebar.
tergambar kegembiraan di wajah pakcik tu.
seronok dia menceritakan tentang dr. Mursi dekat kami.
masa program solat hajat tengah berlangsung pun, dok dengar bunyi orang arab bersorak kegembiraan.
ada kawan aku bawak bendera mesir.
terasa bangga bila dapat mengibarkan bendera mesir di puncak sutuh. (aisehhh. ayat nak berbunga aje)
masa nak balik pun, tengok banyak gila kedai yang tutup.
semua keluar beramai ramai bagi meraikan kemenangan dr. Mursi.
jalan jalan kat Alex ni pun dihiasi dengan lampu lampu yang berwarna warni.
sampai jammed lah jalan jalan kat sini sebab diorang dok berkumpul ramai ramai.
ni baru Alex. belum lagi kat Cairo and medan tahrir tu haa.
lagi meriah.
sangat seronok tengok orang orang Mesir ni tersenyum sepanjang jalan.
even pakcik teksi pun bagi diskaun tambang.
ini yang buat aku lagi sayang Mesir ni.
walaupun orang dok kata orang Mesir ni panas baran, suka menipu and macam macam lagi.
tapi diorang ni sebenarnya ramai yang baik.
diorang dok buat perangai macam tu, mungkin sebab pemimpin terdahulu.
harapnya dengan perlantikan dr. Mursi, rakyat mesir pun dapat menunjukkan revolusi sikap mereka.
dan aku harap sangat agar diberi peluang untuk menyaksikan lagi kebangkitan dan perubahan Mesir di bawah pemerintahan dr. Mursi kelak.
inshaAllah!
sama sama kita doakan.
Antara ayat yang diucapkan Dr. Morsi, Presiden Mesir Ke-5 dalam ucapan julung kalinya, adalah ayat yang sama diucapkan oleh Sayyiduna Abu Bakr As-Siddiq bilamana diangkat menjadi Khalifah menggantikan Rasulullah SAW;
"Taatilah aku selagi mana aku benar, dan jika aku salah, jangan taati aku."
Ada ke mana-mana pemimpin nombor satu negara lain berani nak cakap macam ni depan jutaan rakyatnya? Moga-moga Dr. Morsi benar-benar amanah insyaAllah, dan rakyat Mesir terus bersama mendukungnya.
''Kalau di Mesir, kita begitu cakna dengan segala perkembangan politik yang berlaku,Kalau di Mesir, kita begitu inginkan kemenangan buat yang membawa Islam,Kalau di Mesir, kita mengharapkan bersatunya pendokong-pendokong Islam di bawah satu naungan demi kekuatan yang jitu,Bagaimana pula dengan negara Malaysia tercinta kita?Semoga Islam terus mekar bersama jiwa-jiwa yang berjalan di atas titian cinta RabbNya'' -Timbalan Pengerusi II PERUBATAN Cawangan Iskandariah
kat bawah ni, aku selitkan beberapa gambar saat saat kemenangan dr. Mursi yang diraikan di seluruh Mesir.
cilok dari facebook je semua gambar ni.
kemeriahan sambutan kemenangan dr. Mursi di medan tahrir |
bendera mesir yang gah dikibarkan di medan tahrir |
ucapan tahniah khas dari ACERs. =) |
rakyat Mesir yang berkampung di medan tahrir melaksanakan sujud syukur setelah kemenangan dr. Mursi diumumkan |
bila kemenangan dr. Mursi diumumkan, rakyat Mesir keluar dari kereta untuk sujud syukur. moga aku dapat tengok suasana ni di Malaysia suatu hari nanti. |
ucapan tahniah dari rakyat Malaysia... |
ini yang sepatutnya kita banggakan.. ALLAHUAKBAR! |
No comments:
Post a Comment