CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 5, 2012

pasca exam #2



ALHAMDULILLAH... 
selesai sudah final exam untuk ACER..
ini bermakna secara rasminya, ACER berjaya menamatkan sesi pengajian dalam semester yang keempat.
memang seronok kemain lah kan.
cuti tiga bulan beb...! 
from 3rd july until 7th october..
lama kan..?
kira fair lah..
last year kami cuti sebulan setengah ja.
cuti kena potong gara gara riot.
paper kali ni boleh kata 50-50..
ada yang mild, moderate and severe. 
tengok.
aku kelaskan tahap kepayahan exam pun, dah ghupa tahap penyakit dah.
medical student syndrome bak kata prof aku.
lepas ni, plan aku berjimba jimba kat bumi mesir.
oleh sebab aku sayang mesir lebih, so aku stay lama sikit. 
(padahal nyesal sebab beli tiket lambat)
flight aku 15hb july. 
so sempat lah nak shopping bagai kat sini.
esok ada program productive muslim kat cairo.
so untuk mengisi masa senggang, baik aku pegi dengar talk tu.
at least dapat lah mengisi hati yang sedia kosong ni kan. 
as preparation untuk ramadhan akan datang.
after program PM tu, aku stay cairo. 
sebab nak shopping kat souq (pasar) hussain.
memang keja aku nak habiskan duit aje kan.
ish nas ni.....
xpe lah. 
aku beli pun bukan untuk orang lain
untuk family tersayang jugak.
cuma kali ni aku harap aku dapat abehkan cuti aku dengan buat benda benda berpekdah.
berbaloi la jugak cuti panjang cenggini kan..?
dengar dengar cuti ni ramai yang plan nak buat kerja kerja amal.
ada rezeki, boleh la aku nak join. 
dari dok buang masa besarkan badan je kan.
ok lah.
kepada semua ACER, selamat bercuti, dan selamat pulang ke malaysia.
ingat pesan UPP kita.
'' jaga hati, jaga iman, jaga diri..''
selamat berpuasa...!
persiapkan diri kita menjelang ramadhan ni yok..!
Allahumma balighna fi ramadhan..
inshaAllah... =)


counting for the day.... =)

paper module CVS (heart)

paper module respiratory system

paper module epidemiology


14 hari lagi...! can't wait to see ramadhan... =)

Monday, July 2, 2012

the history maker

VIVA ESPANA....! =)

SPAIN = the history maker
macam yang kita semua tau, awal pagi tadi (waktu malaysia) ada final EURO 2012 kan.
aku memang dari zaman world cup dok sokong spain.

spain ni memang terkenal dengan passing game diorang.
manjang je main 4-6-0
lepas tu pass till death.
game spain dh ghupa bedtime story dah bagi aku.
asal tengok je tido.
asal tido je tengok.
eh.

so final tadi antara spain and italy.
melihat kepada corak game italy dengan german masa semi hari tu, ramai dok kata italy boleh menang.
sebab italy main laju gila.
and spain main slow.
even aku sokong spain pun, aku rasa macam italy akan lagi banyak attack.
sekali, haa kau. 4-0 spain bantai italy.


statistik match tadi.. =)

dengan kemenangan spain tadi, so spain jadi the first team ever yang berjaya berangkul 3 kejuaraan utama dunia. (EURO 2008, WORLD CUP 2010, EURO 2012)
torres jadi permain pertama yang skor dalam 2 perlawanan akhir EURO.
casillas berjaya dapat kemenangan yang ke 100 sepanjang karier beliau.
torres berjaya dinobatkan sebaga penerima golden boot award.
and spain become the first team yang berjaya mengekalkan kejuaraan EURO 2 kali berturut turut.


adidas Golden Boot Award


terus tukar dp and cover photo.. punya semangat.! 


finally, berakhir sudah EURO 2012


perjalanan juara dunia
.

melompat lompat aku tengok diorang menang


world champion ever...!


4-0.. gila sayur itali. kahhh..!

sebenarnya aku takut internet rumah aku buat hal je tadi.
disebabkan sekarang ni awal bulan.
duit internet pun baru bayar semalam kan.
so internet still unstable.
slow tahap siput.

tapi tadi masa game, laju ja streaming.
sumpah puas gak la tengok game tu.
dengan spain banyak gila attack.
bahagian midfield yang laju
defend yang hebat
dengan casillas lagi.
memang puas gila lah kan.

pagi tadi aku skype dengan abah.
sempat ja lagi abah pesan.

''ina, jangan lupa tau bola malam ni. tapi study dulu. kalau malas study, pi kerja kutip bola dekat spain.''

masa ni aku dok tayang tayang jersi spain aku.
sebab kakak aku tanya aku sokong mana.
abah, ina tak pernah lupa pasal bola. don't worry. kahhh...!


serius aku excited gila dengan game tadi.
corak game spain memang berubah 360 abeh lah.
nampak teratur.
balotelli yang orang dok kata akan score pun, banyak miss.
casillas save memang best.
tabik aku kat dia
defend spain hari ni mantap.
tapi still aku suka puyol and pique kat centerback.
itu lagi mantap.


kalau ikutkan aku, nak buat exercise lah sambil sambil tengok bola.
sebab selalunya game spain ni bosan sikit. 
asal final je, score 1-0..
sekaliiiiiii....
game mantap habes.
terus tutup buku.
fokus dekat game.


ni ghupa meja study aku tadi. 


ok lah.
untuk siapa siapa yang tak dapat tengok game semalam, ni ada link highlights.
tengok lah sampai lebam.
aku nak sambung study.
esok (3hb) last payperr.
lepas tu berjimba jimba kejap kat mesir before balik malaysia 15h ni. 
yeay....!





spain win...! =)

Saturday, June 30, 2012

pasca exam

Alhamdulillah...
selesai satu paper...
two down, one more to go..!
dua paper yang before ni, module dia berat sikit.
bila dah abeh tadi, rasa lega tu, tak tau nak describe macam mana.
rasa macam bila kena pikul 10kg beras, lepas tu ada orang lain tolong amek beban tu.
lega sangat......

tapi, tak boleh nak seronok lagi.
last payperrr masih menanti 3hb Julai ni.
paper epidemiology..
aku suka paper ni sebab banyak kira kira..
cenggini lah kalau dah budak suka math amek medic..
even dapat kira 1+1=2 dalam medic ni pun, rasa boleh sengih sampai raya tahun depan..

lepas ja 3hb ni, memang berjimba sakan lah budak budak ACE nih..
aku balik Malaysia 15hb.
so, ada 2 minggu untuk dihabiskan kat mesir ni.
apa lagi...
aim aku, SHOPPING lahh..!
nak borong jubah bagai.
as souvenier untuk family.

molek lah kan..
nak shopping banyak banyak, lepas tu taktau nak sumbat macam mana.
tak pa..
dengan skill yang diturunkan oleh ibu aku,
nak packing kang, kita buat sesi sumbat menyumbat.
dengan jubah nak bisnes, hadiah kahwin angah lagi.
fuhhh. berpeluh aku nak menyumbat kang.

haihhh.
ni laa padah lama tak balik malaysia.
belum abeh exam lagi, dah fikir macam macam.
nas, fokus...!
even paper epidemiology ni sikit, but still kena study.
kalau tak, menganga ja dalam exam hall tu kang.

oh, ya.
esok final EURO..
antara spain dengan italy.
frust sebenarnya germany tak dapat masuk final.
sebab aku target germany spain masa final kang.
takpe lah.
germany kalah sebab tanak bagi aku rasa serba salah.
sebab aku sokong dua dua team.
andai kata dua dua tu masuk final,
jawabnya aku pakai jersi spain sambil menyokong germany.
kalau cenggini gaya aku masuk stadium,
konpem kena baling botol air.
silap silap kena kad merah.
suruh keluar stadium.

malam ni plan nak pulun study.
then esok malam tengok final sambil pakai jersi spain.
yeahhh.
aku harap spain menang.
tapi aku rasa italy boleh menang..
sebab italy main sumpah laju.
even defend germany pun tak boleh nak mark forward germany.
ni kan pulak spain.
spain tu dah la pass till death.
sepanjang aku tengok game spain ni,
ada lah 3/5 dari game tu, aku tido..
sebab sumpah bosan..!
david villa tak main, lepas tu dengan bosque suka main formation 4-6-0..
bila dah tak letak forward tu, memang tak dak penggerak kat depan.
bila tak dak penggerak, langkah langkah untuk memulakan goal tu jadi hambar dan slow.

esok ni aku harap bosque letak torres as first 11.
sebab torres ni stail lambat panas.
before ni kalau dia masuk as sub, mesti dia tak score.
tapi kalau dia masuk awal, sampai dua bijik dia pulun.
hishh. aku yang tengok dari benua lain pun boleh nampak, takkan laa si bosque tu takleh nampak.
takpe lah.
maybe dia ada percaturan dia sendiri KOT.....
apa apa pun, kita tunggu dan lihat ja esok.
kalau game hambar, aku flip meja study aku tu. *ok, hiperbola sangat*
tapi aku harap game esok ni best lah.
sebab ni first final EURO yang aku dapat tengok.
EURO 2008 dulu, aku takleh nak tengok sebab aku dok asrama.
dah nama pun dok asrama.
haruslah berdisiplin dengan mengikut segala peraturan yang ada.. (ayat budak skema)
so, masa tu aku dengar je la budak budak laki cerita.
diorang siap tampal schedule EURO kat dalam kelas aku.
fuhh. semangat nau.

ok lah.
takat ni ja.
aku baca entry aku ni, dah rupa pewaris Hasbullah Awang dah.
aku kalau bab bab bola ni., semangat dia lain macam sikit.
tadi jumpa anith pun, abeh segala analisis game germany italy semua keluar.
ni belum lagi jumpa geng aku, si syed tu kat Malaysia.
kalau dok semeja dengan dia, sampai ke tengah malam pun tak sedar.
keja sembang pasal bola ja.
penah sekali tu, lepak kat McD dengan dia.
orang lain kalau tengok laki perempuan dok semeja ni, semua bajet stail sweet couple lah kan.
aku dengan si syed ni lain.
dok semeja, riuh sembang pasal bola.
oops. jangan salah faham. si syed ni boleh dikira pangkat BFF till death dah.
bestfriend aku dunia akhirat.
kawan merapu merepek sama sama.

so, conclusionnya,
boleh la nak jadi pengulas bola sepak wanita pertama kat Malaysia.
tapi aku nak international soccer.
sebab aku tak minat bola sepak dalam Malaysia.
jangan tanya aku sebab apa.

dua fokus aku setakat ni. but of course lah fokus lebih kat buku biru hijau tu. =)

Sunday, June 24, 2012

the new EGYPT.. =)

ALHAMDULILLAH... ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH..


made by UPP ACE


seperti mana yang kita semua tau, 
akhirnya Dr. Muhammad Mursi dengan rasminya telah dilantik sebagai Presiden Mesir yang baru selepas revolusi 25 Januari 2011.


bersyukur sangat sebab diberi peluang untuk menuntut ilmu kat Mesir.
bersyukur sangat sebab diberi peluang untuk melihat dan merasai nikmat kemenangan Islam di bumi Anbiya' ni.
bersyukur sangat sebab diberi peluang untuk menyaksikan proses kebangkitan Islam kat sini.
Alhamdulillah.. =)


perjuangan Imam as-syahid Hassan al-Banna dalam menegakkan Islam selama ini akhirnya membuahkan hasil.
tak sia sia penantian rakyat mesir selama ini.
tak sia sia mereka yang berkampung di medan tahrir.
segala pengorbanan mereka, akhirnya terbalas dengan kemenangan dr. Mursi pada hari ini.
benar, jalan kejayaan bukan mudah.
jika jalan perjuangan menuju kejayaan ini mudah, sudah pasti ramai orang muda yang menyertainya
hanya mereka yang benar benar mampu, akan terus berjuang dalam usaha untuk menegakkan Islam.


"wahai ikhwan, perlengkapkanlah dirimu dengan mendapat tarbiyah yang sahih dan pengalaman serta ujian yang terperinci... ujilah para bakal pejuang dengan amal yang kuat yang banyak, yang tidak disukai oleh mereka, yang membebankan mereka dan pisahkanlah mereka dengan hawa nafsu dan kebiasaan mereka agar mereka tahu apa itu HAKIKAT PERJUANGAN..."


nanti dah ada anak cucu, boleh cerita pasal pengalaman yang dirasai dari before revolusi sampai saat kemenangan Islam ni.
itu lah.
apa yang Allah tetapkan ni adalah yang terbaik.
Allah tunjukkan kekuasaan-Nya untuk jadikan kami lebih dekat dengan Allah.
Allahuakbar.


kemenangan Islam di bumi Mesir ni merupakan kunci kepada kebangkitan Islam di negara negara Islam yang lain.
kemenangan yang sangat ditunggu tunggu oleh seluruh umat Islam terutamanya mereka di Palestin.
moga dengan kemenangan ini, akan dapat membebaskan bumi Palestin dari terus dijajah oleh pihak zionis.


namun kemenangan ini bukan bermakna perjuangan telah berakhir.
ini sebenarnya garis permulaan bagi kebangkitan Islam.
inshaAllah, sama sama kita doakan Islam terus bangkit di mata dunia.


sebenarnya aku nak cerita pengalaman yang aku dapat tengok sepanjang jalan jalan kat Alex ni.
aku plan nak tengok live pengumuman rasmi tu.
tapi Allah tak izinkan.
tertidur aku sampai pukul 5.
itu pun terjaga sebab bunyi mercun.
bangun bangun tidur, terus on laptop.
tengok status kawan kawan pasal kemenangan dr. Mursi.
serius. aku sebak kot bila baca status status tu.
air mata kegembiraan hampir mengalir tadi.
bersyukur sangat sangat atas kemenangan ni.


malam tadi kami batch ACE ada program solat hajat sempena musim imtihan ni.
masa on the way nak pergi bangunan MARA, boleh nampak kereta kereta dok mengibarkan bendera Mesir.
tersenyum aku melihat gelagat diorang tu.
sungguh. rakyat Mesir sangat sangat meraikan kejayaan ni.
dari saat pengumuman rasmi selepas Asar tadi, sampai lah selepas Isya', bunyi hon kereta tak berhenti.
letupan bunga api dan mercun kelihatan di semua kawasan.
masa naik teksi tadi pun, pakcik teksi tersenyum lebar.
tergambar kegembiraan di wajah pakcik tu.
seronok dia menceritakan tentang dr. Mursi dekat kami.


masa program solat hajat tengah berlangsung pun, dok dengar bunyi orang arab bersorak kegembiraan.
ada kawan aku bawak bendera mesir.
terasa bangga bila dapat mengibarkan bendera mesir di puncak sutuh. (aisehhh. ayat nak berbunga aje)
masa nak balik pun, tengok banyak gila kedai yang tutup. 
semua keluar beramai ramai bagi meraikan kemenangan dr. Mursi.
jalan jalan kat Alex ni pun dihiasi dengan lampu lampu yang berwarna warni.
sampai jammed lah jalan jalan kat sini sebab diorang dok berkumpul ramai ramai. 
ni baru Alex. belum lagi kat Cairo and medan tahrir tu haa.
lagi meriah.
sangat seronok tengok orang orang Mesir ni tersenyum sepanjang jalan.
even pakcik teksi pun bagi diskaun tambang.


ini yang buat aku lagi sayang Mesir ni.
walaupun orang dok kata orang Mesir ni panas baran, suka menipu and macam macam lagi.
tapi diorang ni sebenarnya ramai yang baik.
diorang dok buat perangai macam tu, mungkin sebab pemimpin terdahulu.
harapnya dengan perlantikan dr. Mursi, rakyat mesir pun dapat menunjukkan revolusi sikap mereka.
dan aku harap sangat agar diberi peluang untuk menyaksikan lagi kebangkitan dan perubahan Mesir di bawah pemerintahan dr. Mursi kelak.
inshaAllah!
sama sama kita doakan.



Antara ayat yang diucapkan Dr. Morsi, Presiden Mesir Ke-5 dalam ucapan julung kalinya, adalah ayat yang sama diucapkan oleh Sayyiduna Abu Bakr As-Siddiq bilamana diangkat menjadi Khalifah menggantikan Rasulullah SAW;
"Taatilah aku selagi mana aku benar, dan jika aku salah, jangan taati aku."
Ada ke mana-mana pemimpin nombor satu negara lain berani nak cakap macam ni depan jutaan rakyatnya? Moga-moga Dr. Morsi benar-benar amanah insyaAllah, dan rakyat Mesir terus bersama mendukungnya.

''Kalau di Mesir, kita begitu cakna dengan segala perkembangan politik yang berlaku,Kalau di Mesir, kita begitu inginkan kemenangan buat yang membawa Islam,Kalau di Mesir, kita mengharapkan bersatunya pendokong-pendokong Islam di bawah satu naungan demi kekuatan yang jitu,Bagaimana pula dengan negara Malaysia tercinta kita?Semoga Islam terus mekar bersama jiwa-jiwa yang berjalan di atas titian cinta RabbNya'' -Timbalan Pengerusi II PERUBATAN Cawangan Iskandariah


kat bawah ni, aku selitkan beberapa gambar saat saat kemenangan dr. Mursi yang diraikan di seluruh Mesir.
cilok dari facebook je semua gambar ni.

kemeriahan sambutan kemenangan dr. Mursi di medan tahrir


bendera mesir yang gah dikibarkan di medan tahrir

ucapan tahniah khas dari ACERs. =)

rakyat Mesir yang berkampung di medan tahrir melaksanakan sujud syukur setelah kemenangan dr. Mursi diumumkan

bila kemenangan dr. Mursi diumumkan, rakyat Mesir keluar dari kereta untuk sujud syukur. moga aku dapat tengok suasana ni di Malaysia suatu hari nanti. 

ucapan tahniah dari rakyat Malaysia... 

ini yang sepatutnya kita banggakan.. ALLAHUAKBAR! 




random thoughts #3

ALHAMDULILLAH...
selesai satu module.
one down, two more to go!
lepas ni 30hb final untuk module cardiovascular system (CVS) and 3hb final untuk epidemiology..
after that, merdeka!
cuti cuti malaysia.
sumpah tak sabar gila nak balik malaysia.
kawan kawan aku yang balik malaysia summer lepas pun dok gaduh homesick.
aku yang dekat 2 tahun tak jejak tanah malaya tu apatah lagi kan.
list aku balik ni mostly nak makan aje.
lantak lah naik berapa kilo pun.
asal perut aku bahagia. ehh.
(padahal ada orang tu dah warning suruh diet)

tadi paper module repiratory system..
ku harap panas hingga ke petang. rupanya ribut di tengah hari.
menggoreng ja kerja aku hari ni.
dah la first time exam tengah tengah hari buta.
takpe lah.
dah lepas pun kan.
doa je banyak banyak.

next ni paper CVS.
belajar asal jantung.
masa form 3 dulu dah penah belajar pasal heart.
tapi kali ni belajar lagi detail.
jantung kita ni besar penumbuk ja.
tapi proses dia tu, banyak kemain lagi.
memang hebat lah ciptaan Allah ni.

my heart.. =)

serius.
belajar medic ni buat aku lagi dekat dengan Allah.
sebab kita boleh tau segala tok nenek proses yang berlaku dalam badan.
dari sekecil kecil neuron tu, sampai la ke sebesar besar organ.
setiap detail metabolism bagai, semua kena tau.
Subhanallah.....

ada lagi seminggu before next paper.
bak kata raihan,
''may Allah ease us to study the heart by heart!''
inshaAllah, doakan yang terbaik buat ACERs!

oh ya.
sebelum terlupa.
esok inshaAllah pengumuman siapa yang bakal jadi presiden Mesir.
khabar angin sekarang ni, ada yang kata Mursi, ada yang kata calon fulul mubarak.
apa apa pun, doakan kemenangan Islam ye.
moga sekecil kecil usaha kita ni, dipandang mulia di sisi Allah. inshaAllah.

ok lah.
gua mau tido.
mata dah rupa mata panda.
tadi masa game spain pun, dua kali aku lelap.
naseb spain menang.
caya lah xabi alonso!
(sempat lagi)
trimas buat yang sudi membaca.
moga redha Allah mengiringi apa jua urusan kita. =)

from Alex with love.. =)

p/s : kalau perasan, tajuk entry aku kali ni sama aje dengan yang lepas. malas nak fikir tajuk punya pasal. lantak lah. 

Monday, June 18, 2012

random thoughts #2

debat..
ada apa dengan debat ni?
best sangat ke debat?

well. kalau tanya pendapat seorang pendebat, for sure dia akan kata debat ni best.
aku start join debat ni dari aku darjah 6.
masa tu debat kanak kanak je.
baca teks kat depan.
gila noob.
pastu bila masuk sekolah menengah, aku dah stop debat.
sebab aku rasa kurang keyakinan diri.
masa form 4 baru aku berjinak jinak nak masuk balik debat.
masa audition tu, tergagap gagap kat depan sambil baca teks.
baca teks ok! xmain laa bawak kertas kosong nih.

masuk SMAP pulak, aku start join ENGLISH DEBATE.
kat sini la aku belajar bercakap tanpa teks.
mula mula tu sangat blurr kat depan tu.
dah lama lama, jadi ok dah.
join HKSBP masa form 5. dapat kawan baru, pengalaman baru.
abeh form 5, aku senyap balik.
sampai umo dah jejak dua ploh ni, baru join debat balik.
join suka suka je actually.
naseb jumpa dengan senior SMAP dulu.
dia pun tengah cari geng debat.
aku pun direkruit masuk team dia.
target masuk final sebenarnya. (punya dok bajet hebat)
tapi xlepas.
sangkut sampai semi ja.
kalah tipis dengan team 2nd year jugak.
sengit jugak lah match tu.
tapi still bersyukur sebab sampai semi.

ok. apa yang best sangat debat ni.
seriously, debat ni mengajar kita cara critical thinking.
macam mana nak carik idea last minute before debat.
macam mana nak goreng fakta kes untuk dibentangkan.
cara cakap kena yakin even fakta kes merapu.
dibuat masa kita tengah berdebat, pihak lawan bangun bagi izin laluan.
haa kau. memang terkial kejap lah nak goreng isi untuk jawab izin laluan dia tu.
masa debat ni jugak lah, pengetahuan am aku melimpah limpah masuk dalam kepala.
walaupun sebelum ni macam nak taknak tau je kan, tapi bila masuk debat, WAJIB tau semua benda.
baru best nak berdebat.
ni kalau otak kosong ja, nak berdebat pun jadi bosan.
best sebenarnya debat ni.
seriously korang2 kat luar sana, kena try berdebat walaupun sekali.
sumpah lepas tu gian. *ok, itu aku tipu*
tapi serius ah. korang kena try jugak berdebat.

first match with MT PCI

semi final

my team =)

2nd year debaters

Alhamdulillah.. =)

pendebat bajet. =)

with kak awe (my senior kat SMAP)

kalah tapi gembira.. 

le me tengah berdebat


Sunday, June 17, 2012

random thoughts

fuhh.. fuhh.. fuhh.. *buang sawang sawang kat blog*
lama gila kot aku tak update.
orang bizi lah kan. (bajet je lebih. haihh)

entry kali ni pun aku nak merepek je.
tension study punya pasal.
kat mesir, kat malaysia, sekarang sama je.
EXAM FEVER~

poster EXAM FEVER CAMPAIGN by ACE


dah nama pun exam fever, tu yang sampai berderet deret yang demam.
empunya diri yang tengah menaip ni pun, dok pening pening lalat lagi.
baru baik demam. punya lama aku demam. dekat seploh hari.
dengan batuk yang sangat..............
aku taktau nak describe apa. hanya Allah ja yang tau apa yang aku rasa.

semalam pegi jumpa dokter kat hospital salama.
hospital ni hospital swasta. (tanak kalah kau nas. nak swasta aje)
no offense. aku memang suka swasta. sebab service bagus. tak menyakitkan hati.
sekali daftar, kena la dalam 75EGP (~RM40)..
tu daftar aje okeh. belum masuk ubat.

sekali dokter check, dia kata aku ada pharyngitis. tu yang batuk aku jadi macam ni.
dah sembang sembang bagai dengan dokter tu, dia prescribe ubat Augmentin untuk pharyngitis and Trimed Flu untuk flu.
untuk ubat, kena lagi 73EGP.
so, dalam satu malam je, 148EGP terbang macam tu ja. xpelah. untuk kebaikan sendiri jugak kan.

oh ya. sekarang ni batch aku dah ada official name. kalau dulu asek ''malaysian student'' je kan.
sekarang ni nama batch aku, A.C.E.
ala ala running man gitu.

we are ACER! 

ACE stands for Alexandria Caliph of Endevour..
kalau ahli2 ACE, kami panggil ACER (dah ghupa laptop dah haa)
nama ni dirasmikan masa Lancement de Batch or LDB hari tu.
kira lunch batch lah. xleh panggil dinner sebab buat tengah2 hari.
kalau ikutkan, aku join LDB tu. tapi dah nama pun orang sakit, buat lah cara sakit ye dok? baring diam diam atas katil dan tidur. tak payah gatal nak berjimba kat LDB tu.

so, sekarang ni ACERs tengah study leave.
baru habis paper practical untuk module respiration khamis lepas. sabtu ni paper MCQ and ESEI respiration pulak.
inshaAllah, doakan yang terbaik untuk kami kat sini.

ACERs' important dates

and satu lagi.
sekarang ni kat mesir tengah hangat pilihanraya second round.
round ni penentu siapa yang bakal pegang tampuk pimpinan mesir.
antara dua calon.
calon yang bakal membawa kegemilangan Islam dan calon yang bakal memusnahkan Islam.
pohon sangat semua yang baca blog ni.
doakan kemenangan Islam kat bumi Mesir ni.
walaupun orang cakap Mesir ni kotor and sebagainya, aku sayang Mesir.
sebab bi'ah kat sini, susah nak jumpa kat Malaysia.
sumpah, aku tak tipu.
kalau tak percaya, meh dok sini setahun dua.
korang akan paham apa yang aku cakap ni.
tolong eh.
tolong doakan dalam solat. (kalau tak solat pun boleh doakan)
kalau mesir ni jatuh kat tangan calon fulul (pro mubarak), aku tak dapat bayangkan nasib Islam plus nasib kami as student kat sini.
kalau ada ops Piramid kali ke2, besar kemungkinan kami tak dapat sambung study kat sini.
sedih ok kalau jadi macam tu.

inshaAllah, all mumtaz!

ok lahhh. panjang sangat dah aku membebel ni.
dah pukul 5 pagi kot. nak tido dulu. esok ada SC (usrah) pulak.
all the best untuk semua yang tengah final exam sekarang ni.
usaha sebaik mungkin, dan tawakal kepada Allah.
''kalau kita tolong agama ALLAH, ALLAH akan tolong kita.''
itu janji DIA.
inshaAllah kheir.. =)





Friday, February 24, 2012

jaulah sinai-dahab #3

entry kali ni khas pasal pendakian aku ke Gunung Sinai @ Jabal Musa.

Gunung Sinai ni setinggi 2285 meter. half from ketinggian Gunung Kinabalu.
Gunung ni takdak hutan hutan macam gunung gunung kat Malaysia tu.
hanya batu dan pasir semata mata.
and kami kena melalui laluan sepanjang hampir 12km.

after dah selesai pre-pendakian ni, kami balik ke bilik masing masing.
berehat sebelum memulakan pendakian sebenar.
tepat jam 12.30 tengah malam, kami berkumpul kat depan hotel.
pakaian tu memang tebal lah.
aku siap pakai 6 lapis baju (2 inner, 2 tshirt, 1 sweater, 1 bubble winter coat) , 4 lapis seluar (2 inner, jeans and tracksuit) and 3 lapis stokin. 
naseb tudung aku tak bawak banyak.
kalau tak, berlapis lapis jugak lah tudung aku tu kang


sebelum start mendaki

perjalanan kami ke kaki gunung ambil masa dalam 10 minit ja.
sampai ja sana, kami pegi beli tongkat.
tu untuk siapa2 yang nak ja.
aku rasa aku kena beli.
pakcik tu jual tongkat dah ghupa jual pisang goreng panas dah.
kejap ja habes tongkat dia,
Alhamdulillah, rezeki pakcik tu dapat customer macam kami ni.

pada jam 1 pagi, dengan lafaz Bismillah, kami memulakan pendakian kami.
semangat kami dan azam kami untuk sampai ke puncak begitu tebal. 
Ustaz Ammar sentiasa ingatkan kami.
       
         "puncak Gunung Sinai tu ada tempat munajat Nabi Musa. tu tempat mustajab doa. rugi kalau kamu dah sampai tapi tak dapat berdoa kat situ. jadikan ni sebagai motivasi buat kamu untuk sampai ke puncak..''

aku memang dah pegang azam tu dari hari first aku jejakkan kaki ke bumi Sinai ni. 
aku nak sampai ke puncak!
aku nak duduk kat tempat yang sama Nabi Musa duduk untuk bermunajat kepada-Nya!
aku nak berdoa banyak banyak selagi aku mampu!

sepanjang pendakian aku tu, banyak jugak laa rintangan yang aku kena lalui.
kesihatan aku sebenarnya kurang memuaskan.
sejak kebelakangan ni, aku selalu pening pening.
sakit belakang aku pun selalu datang balik.
tapi, aku tau, Allah nak uji kesungguhan aku untuk sampai ke puncak.
aku taknak give up awal awal.
aku kuatkan semangat aku.
aku lupakan sakit yang aku rasa.

gunung ni ada 12 checkpoints.
dari checkpoint 1 sampai 7, boleh choose either nak naik unta atau nak guna kaki ja.
terbit gak kat hati aku ni nak naik unta.
tapi aku nak rasa sendiri macam mana Nabi Musa mendaki Gunung Sinai berulang kali untuk menerima wahyu dari Allah.
aku terus mendaki dan mendaki.
dah nama pun mendaki tengah tengah malam kan.
memang wajib ada lampu suluh.
aku just guna torchlight yang abah bagi dari Malaysia.
sekali torchlight tu just boleh guna tiga per empat dari pendakian aku. 
makin tinggi, makin malap pulak lampu tu.
rasa nak campak gaung pun ada jugak sebenarnya.
tapi aku tetap bergantung kepada torchlight tu disamping mintak tolong nawar suluhkan jalan aku.

tips dari Ustaz Ammar sepanjang pendakian kami ni,
         
                      ''kalau penat, minum air manis sikit sikit. jangan minum air masak''

so dalam poket masing masing memang dah sedia air kotak and coklat. 
boleh makan makan sepanjang kami mendaki gunung tu.

start dari checkpoint 8, jalan nak daki ke atas dah mula makin curam. 
kena daki susunan batu yang membentuk tangga untuk sampai ke puncak. 
kalau ada tempat berpegang tu, boleh tahan. 
ini, kiri kanan tu gaung. 
memang ketaq abeh laa kaki ni nak panjat.
tapi Allah bagi aku kekuatan untuk terus mendaki.
aku nak sampai sebelum abes waktu subuh.
aku nak solat kat puncak
tu niat aku masa tu

and Alhamdulillah, jam 5.45 pagi, aku berjaya sampai ke puncak.
perasaan aku masa tu, memang Allah ja yang tau.
sedih, terharu, gembira, bersyukur, kagum, semua ada.
bercampur baur.
aku memang rasa nak menangis ja masa tu.
dengan kekuatan yang ada, aku amek wudhuk and terus tunaikan solat subuh.
rasa tenang sangat bila dapat sujud kepada Allah di puncak and tempat yang sama wahyu-Nya diturunkan kepada Nabi Musa. 
habis solat, aku terus join group aku lalu melafazkan Asmaul Husna di puncak Gunung Sinai.
rasa diri aku ni sangat kerdil kalau nak dibandingkan dengan kehebatan dan kekuasaan Allah.

memuji kebesaran-Nya di puncak Sinai.


sunrise at puncak Sinai

sunrise

sunrise at puncak Gunung Sinai
tempat munajat Nabi Musa. (credit to pakcik Google)


 selesai bergambar semua, aku masuk ke tempat munajat Nabi Musa.
aku amek kesempatan tu untuk muhasabah diri dan berdoa kepada-Nya.
satu lagi pesan Ustaz Ammar buat kami kalau nak berdoa kat tempat tu, 

''selain berdoa untuk diri kamu, berjaya dalam peperiksaan, jodoh, rezeki kamu, jangan lupa doakan saudara kita di Syria.. mereka memerlukan doa kita. doakan supaya kekejaman pemerintah Syria dibalas dengan balasan yang setimpal oleh Allah..''

selepas dah berdoa, bergambar semua, kami berkumpul untuk mendengar kisah selanjutnya mengenai Nabi Musa dan Bani Israel daripada Ustaz Ammar.

satu lagi view dari puncak gunung

Masjid di puncak gunung

we did it! :)

view dari puncak.

pendaki pendaki tahun 2 fakulti Perubatan Universiti Iskandariah

muka muka kegembiraan

sirah Nabi oleh Ustaz Ammar

dah selesai semua, kami bersedia untuk turun dari puncak. 
sedih sebenaqnya nak tinggalkan puncak Sinai ni.
rasa nak dok lama lagi kat dalam tempat munajat Nabi Musa tu.
rasa tenang.
rasa lapang sangat dada ni.
lupa kejap semua masalah waktu tu.
ALLAH....


aku dan nawar masa nak turun dari gunung Sinai

kalau tak larat, boleh naik unta

jalan yang perlu kami lalui untuk turun dari puncak Gunung Sinai

perjalanan nak turun pun bukan semudah yang disangka.
bila suasana dah terang ni, mula nak nampak ketinggian sebenar. 
lagi gayat bila pandang bawah.
dalam hati ni takut jugak tempat tinggi. 
tapi aku selalu ingat pesan ibu. 

''ina kena kuat! lawan semua perasaan negatif dalam diri tu. jangan psycho diri sendiri. mindset tu kena sentiasa positif! ''

terima kasih ibu atas semangat dan nasihat yang diberikan.
aku mampu jugak turun dengan selamat. 
bila dah sampai ke bawah tu, kaki aku mula rasa sakit.
tempat kaki aku pernah patah 10 tahun lepas, dah mula sakit balik.
tapi aku ketepikan dulu perasaan sakit tu. 
aku jalan sambil menikmati keindahan ciptaan-Nya. 
terima kasih Nawar sebab jadi teman aku sepanjang pendakian ni.
mintak maaf seandainya kau ada terasa dengan perbuatan aku.

aku bersyukur sebab diberi peluang untuk sampai ke puncak Sinai.
aku bersyukur sebab diberi peluang untuk duduk di tempat Nabi Musa.
aku bersyukur sebab diberi peluang untuk berdoa di tempat Nabi Musa.
ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH..

kalau ada peluang, aku nak tawan puncak Sinai sekali lagi. 
aku nak duduk lama lama kat tempat munajat Nabi Musa tu.
INSYAALLAH..

dah selesai semua, kami bersiap untuk pulang ke Iskandariah.
based on jadual yang ditetapkan, kami akan sampai Iskandariah pukul 8 malam.
namun atas sebab keselamatan, kami kena pusing ikut jalan jauh.
kena turun ke selatan dan naik balik ke utara. 
macam kalau dari pahang nak pegi penang la. 
patut boleh lalu Cameron Highlands kan. ni tak.
kena turun pegi JB dulu, then baru naik ke penang.
bayangkan laa jauh mana kami kena lalu.
dekat 20 jam jugak kami dok atas bas tu.
sampai iskandariah pukul 7 pagi esoknya.
penat tapi puas hati.

Alhamdulillah..
jaulah kali ni memberi kami 1001 ibrah yang tak mungkin kami dapat kat tempat lain.
semoga semua pengajaran di sebalik jaulah kami ni akan berkekalan dalam diri kami sampai ke akhir hayat kami.
semakin luas perjalanan kita, semakin bertambah tempat kita untuk sujud kepada-Nya.
insyaAllah.