Wednesday, August 31, 2011
tahajud di iskandariah
Tuesday, August 30, 2011
syawal di perantauan
"Allahu akbar.. Allahu akbar.. Allahu akbar.. Laa ilaha illallahu wallahu akbar.. Allahu akbar walillahil hamd..."
ALHAMDULILLAH..
malam raya di perantauan
Sunday, August 14, 2011
jalan-jalan alexandria
MANSHIA? MANSYIAH? Apa2 pun ejaan, tetap membawa maksud yang sama. Mana yang taktau tu, mesti tertanya2 kan, apa tu manshia? Ada apa kat manshia tu? kat mana?
Sebenarnya manshia ni satu tempat shopping2 brg borong laa. Kira kalo kt Malaysia tu, ala2 Nilai 3 ataupun roadwalk (penang). Macam2 boleh jumpa kat manshia ni ; kedai jual jubah, jual kain ela, jual barang2 dapur, barang2 letrik. Pendek kata, cakap ja hampa nk beli apa. insyaAllah, semua ada kat manshia ni. Kalo nak pegi manshia ni, memang naek teksi je lah. Tapi kalo bagi yang teringin nak badan macam model tu, silakan lah berjalan kaki. Silap2 raya kedua kang baru sampai. Naek teksi pun, dalam 15-20 minit. Tu pun kalo jalan clear lah. Tapi pernah ke jalan kat mesir ni clear. Kalo keluar pukul 2-3 pagi pun, still banyak gak kereta kat jalan ni.
Nak di’shortcut’kan cerita, aku and metot sebenarnya plan nak pegi manshia ni since semalam lagi. Tapi disebabkan ketiadaan musyrif, terpaksalah kami postpone plan tu ke malam ni. Nak pegi petang2, boleh aje. Cuma panas lah. Bila panas, cepat penat. Bila penat, cepat lapar. Bila lapar, xdk tenaga. Bila xdak tenaga, xlarat nak jalan banyak. Bila xlarat nak jalan, sia2 je lah kan g manshia tu. dah la jauh, pastu xdapat nak beli apa. Kang, apa pun xboleh.
Lepas isyak tu, agak2 pukul 9.15, encik musyrif dah tpon kata on the way nak datang rumah. Dah la aku dengan baru bangun tido nya, memang kalut lah aku nak bersiap. Dah siap2 semua tu, turun lah gi tunggu teksi. Nak dapat teksi ni pulak, satu hal. Mungkin ujian Allah nak bagi kan. Sabar je la smbil dengar imam tarawikh baca quran.
Dekat setengah jam jugak laa tunggu teksi. Finally ada jugak ‘ammu yang sanggup nak hantar kami g manshia. Tapi ‘ammu tu dah cakap awal2, dia xkan turunkan kami kat tempat biasa sebab jalan jem. So, kami akur laa. Better than nothing bak kata inche IR-to-be apat. Dah sampai kat manshia tu, kena pulak berjalan cari kedai yang ada jual jubah. Banyak je kedai tu actually. Tapi kalau nak cari yang padan dengan badan ni, memang susah la. ada satu kedai tu, saiz jubah dia 4XL. Kalo kat Malaysia, triple XL pn org dh kata besar, ni pulak 4XL. Lagi besar la kan. Tapi yang bestnya, boleh pulak ‘ammu tu cakap 4XL ni paling kecik. Ala2 saiz XS. Paling kecik ok! Bukan paling besar. Kalo paling besar tu, aku taktau lah ada saiz apa. Silap2 10XL tu paling besar mungkin.
Masa kat first 3 kedai yang kami singgah tu, ada je yang cantik2. Metot pun dah aim dah mana yang dia suka. Tapi, untuk memuaskan hati, kena laa gi survey banyak2 lagi kan. Malam masih muda. Xsampai pukul 11 lagi. Bajet nak jalan ke arah dalam lagi laa. Tapi xsedar yang dua2 orang xtau jalan. So, kami maen redah je la. jalan punya jalan, last2 terjumpa kedai yang jual kain ela. Metot ajak aku gi tengok2. Then dia tunjuk kain cotton Egypt. Sangat2 cantik ok. Mostly kain tu tanah putih, corak bunga kecik2. Bila tengok kain2 tu, teringat pulak kat ibu. Teringin nak bawak balik untuk ibu, along, angah, alang, and meme. Lepas tu, buat baju raya. Harga pun murah. Semeter 25genih=RM13. Murah la tu kan???kalo kat Malaysia, mana nak jumpa Egyptian cotton murah macam ni. Dah laa kain dia lembut. Xjarang pulak tu. nanti lah bila nak balik Malaysia, aku borong banyak2 kain cotton tu. tiba2 rasa macam nak belajar jahit baju kurung. Kalau pndai jahit, knpem aku dh beli kain tu buat baju raya. Huh!
Lpas dah puas pusing2, n metot pun dah beli jubah dia, aku n metot decide nak beli pizza je ntuk sahur. Lagipun kt rumah tu dah xdk apa2. Semua dh abes. So, berjalan lagi laa kami untuk beli pizza. One large pizza kat sini boleh dapat dalam 25 genih= RM13. Dah la murah, banyak cheese pulak tu. kalau kat Malaysia, mau kena tambah bayaran baru blh dapat cheese lebih. Cuma yang xbestnya pizza mesir ni, kalau dah sejuk, pizza tu jadi masin gila. Memang xdk selera nak makan. Tapi kalau panas2 tu, perghhhh, memang masyuk ahh.
Dah selesai beli pizza, kena tahan teksi untuk balik rumah. Masa tu pun dah pukul 12 tgh malam. Konpem susah nak dapat teksi. Last2 dekat pukul 12.30 gak la baru dapat. Tu pn ‘ammu tu mintak bayar 15genih. Padahal biasa aku bayar 8 genih je. Tapi malas nak tunggu punya pasal, kami pn trima je lah. Masa nak balik tu, berhenti kejap kat kedai jus. Aku penah crita kat entry yg lepas2 ni pasal jus buah kat sini kan. Si metot ni lah yang teringin nak minum asir untuk sahur. Aku ikut je. Xkisah pun dapat minum ke x. hehe.
Sampai rumah ja, dah pukul 1. Memang penat lah perjalanan kami hari ni. Selasa ni, nak gerak gi tanta pulak. Giliran metot untuk jadi tuan rumah.
Notakaki : psstt… 2 minggu lagi nak raya ni. Excited2! J
Friday, August 12, 2011
ramadhan seorang perantau
Selesai sudah final exam untuk semester 2. Rasa macam cepat sangat masa berlalu. Macam baru semalam ja aku balik Malaysia. Exam start dari 9 julai dan berakhir 10 Ogos. Sebulan kot. Da rasa macam SPM dah ni. Padahal kelas still ada lagi. Exam selang seminggu. Perghhh. Memang terbaek.
Exam kali ni, melibatkan 4 module. Module 4 (Concept of Health and Diseases), module 5 (Musculoskeletal system), module 6 (Blood, Lymph and Immune system) and module 7 (Professional development). Memandangkan sem 2 start lambat sebab riot hari tu, so, exam kali ni pun habis lambat lah. Memang naseb aku lah nak xleh nak merasa abes exam awal. Mcm dh terkena badi SPM dulu. Start sama2 ngn sekolah lain, abes memang betol2 hari terakhir, 16 Disember.
Ok, dah. Aku xnak lah cerita lebih2 pasal exam ni. Aku just nak cerita pengalaman aku after exam ni. Baru sehari after exam ok. Aku dah rasa bosan nak mati. Sebab bulan puasa kan. Memang xlarat lah nak jalan2 ni. Ye,ye. Aku tau xleh nak jadikan puasa tu alasan ntuk halang aktiviti kita. Tapi mesir ni kan sekarang musim panas. Panas bukan macam kt Malaysia tu. ni panas kering. Kalau nak hujan tu, jangan harap la. silap2 letak cawan kt luar tu, raya thn depan pun blom tntu boleh pnuh ngan air hujan. Kang xpasal penuh pasir je. Huh!
Rutin aku masa bulan puasa ni, xlaa menarik sangat. Disebabkan subuh kat sini pukul 3.45, jadi kami start sahur dalam pukul 3. Untuk 10 hari pertama puasa, budak2 rumah aku xmasak untuk sahur. Bukan sebab malas ye anak2. Ni semua sebab agent MedicMesir sediakan makanan masa exam. So, dah orang bagi makan kan. Xyah la nak berlagak rajin sangat sampai nak masak ayam bakar bagai. Amek je lah lauk orang dah bagi tu. depa sedia sekali bukak puasa n sahur. So, memang xberasap lah dapur tu. waktu siang pulak, aku abeskan masa ngn stdy. Waktu exam je lah. Waktu dah abes exam ni, layan movie ja aku. Dekat 10 kali dah aku pusing2 crita yg sama. Nak download, internet slow pulak.
Bukak puasa pukul 7. Solat maghrib, then siap2 gi tarawikh. Kadang2 kalau rajin, g laa tarawih kat masjid nur islam. Msa frst day puasa hari tu, aku brbuka kat rumah kak farah. Ye laa, si Sheila ngn metot ada skali kan. So, aku ngn tiqah join je laa. Rumah kak farah tu dah ghupa pusat berkumpul ex-smap dah. Kak farah serumah dgn kak suha, kak sored ngn kak mimi. Bila budak2 smap turun alex, mostly smua lepak2 kt situ. Dah brbuka smua, solat maghrib Jemaah. Lps tu, kak farah ajak g tarawikh kt masjid nur islam. Plan sbnar nak g solat kt gamie’ Ibrahim. Tapi jauh la pulak. masjid nur islam ni laa yang paling dekat. Aku malas nak pakai proper. So, aku sarung je telekung. Macam nk g solat tarawikh kat smap dulu. Nak solat tarawikh kat sini ni, jangan harap laa dapat solat dlm bangunan. Memang solat atas jalan je la. berbumbungkan langit, bersejadahkan tikar. Sebijik macam tarawikh kat smap dulu. Rindu kot nak tarawikh kat datarn lagi. Huhu.
Stail tarawikh kat Egypt ni lain sikit. Antara solat tu, xdk nk zikir2 macam kt Malaysia. Abes2 je salam, terus bangun. Dah tu pulak, depa lg suka abeskan satu juzuk dalam masa sehari. Jadi ada laa dalam 2 muka setengah satu rakaat. Tu baru satu, blom 8. Jadi, untuk menghilangkan rasa tak khusyuk tu, boleh laa nak solat sambil pegang alQuran.dulu aku selalu tengok kat tv ja orang solat sambil pegang alQuran. Time solat tarawikh kt Mekah. Sekarang ni dah boleh buat sendiri. Seronok kot. Boleh ikut bacaan imam tu. apa yg xbestnya, kalau kita xtau muka surat mana yg imam tu baca. Haa, kau. Menggagau nak mencari. Imam ni baca, srius xterasa lama. Sedap ja dia baca. Agak2 pukul 10 lbih tu, abes laa solat ni.
Tiap kali lepas tarawikh pulak, aku ngan metot selalu g beli asir (jus buah). Nak hilangkan dahaga masa tarawikh kan. Yang bestnya kt mesir ni, jus buah dia sangat2 asli. Memang xkan jumpa laa gula2 yg unsaturated kt dasar gelas tu. sedap pn sedap jugak. Segenih satu cawan. Puas laa minum. Kami pulak suka minum jus tebu. Sedaaapppp sangat.
Balik2 tarawikh, smbung stdy tengok movie. Selalunya, aku xtidur after tarawikh tu. terus tunggu sampai sahur. Ye laa. Kalau dh abes tarawikh dkt2 pkul 11, sahur pulak pukul 3. Memang xpejam lah mata ni. Berjaga ja. Kalo tdo kang, memang aku sahur dalam mimpi. Jangan harap aku nak bangun. Aku ni dah laa tdo stail xamek kisah hal dunia. Kalau siapa2 yang prnah try call aku masa aku tdo tu, depa tau laa apa akibat dia. Buta2 ja aku reject. Xsuka orang kacau aku tdo. Huh! Rasa nak cepuk ja orang tu.
Ni laa antara rutin2 harian aku sepanjang 11 hari aku puasa kat sini. Seronok tengok orang arab ni sambut bulan puasa. Kalo kluar g kedai petang2 tu, sedia2 lah tangan nak terima buah kurma. Pakcik2 arab ni suka bagi kurma. Tambah lak hari tu aku balik dengan hanna dari amek lauk kat kedai. Lepas tu, dengar ada pakcik panggil. “ya malizi. Gamil2.” Sambil bagi kurma kat kami. Terharu sebab pakcik tu cakap kami gamil. Hahaha.
Dan aku xsabar sebenarnya nak tunggu 10 malam terakhir. Depa cakap, lagi meriah. Solat kat tepi pantai semua. Seronok pulak nak join. insyaAllah, aku harap dapat lah aku abeskan ramadhan kat sini dengan sempurna.
Notakaki : malizi = Malaysia, gamil = jamil (cantik)
Tuesday, August 9, 2011
rintihan anak perantauan
Alhamdulillah..
alhamdulillah..
alhamdulillah..
8.03 pagi, 9 OGOS 1992
aku telah selamat dilahirkan di sebuah klinik di pulau pinang. dari saat itu lah,bermulanya hikayat hidup aku di muka bumi ciptaan ALLAH ini.
bila dah umo 19 ni, baru la aku sedar yang zaman kanak2 tu merupakan zaman yang paling seronok. ni kalo ikut zaman kanak2 aku dulu la. taktau pulak macam mana budak2 sekarang rasa pasal zaman kanak2 diorang. tambah pulak aku dulu membesar kt kawasan kampung. so, siapa2 yang dok kampung tu, mesti hampa tau kan macam mana nikmatnya jadi budak kampung.
zaman kami dulu2 mana ada facebook, twitter, psp, ps3, xbox segala bagai ni. (playstation dh wujud je. cuma tak kencang macam sekarang) tiap2 petang, lepas je balik ngaji, agak2 pukul 5 tu dah dengar dah suara kawan2 panggil main. kadang2 tu xsempat nak cabut baju kurung, hentam je kluar maen ngan baju kurung. tapi tu bukan aku lah, orang lain. aku xsuka nak maen2 pakai baju kurung ni. kang kalo nak maen kejar2, satu hal pulak aku nak berlari smbil pegang kain. alih2, ngan kain skali aku lempar. panjat pokok, curi rambutan, redah "mini jungle", tuju kasut, tuju tin, tu dah kira mainan wajib bg budak2 kampung. tak payah nak guna duit beribu. dengan berbekalkan bahan sedia ada, macam2 permainan boleh main. gaduh2 antara budak kampung tu, dah kira normal dah. xdk la smpai nk bertumbuk. lawan mulut ja lebih. lepas tu kalau balik lambat, kena marah ngan mak. silap2 kena tibai. tapi, salah sendiri kan. budak perempuan balik maghrib2 spa suruh. memang cari nahas la kan.
Tipu la kalo hampa cakap hampa xdk kenangan masa zaman kanak2 dulu. Aku teringat satu peristiwa ni. Masa tu, aku, kakak aku n kawan aku yang lain pegi main basikal. Aku senyap2 keluar masa tu. Tengah hari kot. Mana ada mak bapak yang bagi anak2 dia main tengah2 hari buta tu. Tapi sebab aku dah janji ngn kawan aku, aku pn kluar la. Niat tu nak maen beskal je pun. Bukannya buat benda2 xelok. Nak dijadikan cerita, masa tu aku bawak beskal turun dari jalan yg agak curam la. Sebab smua nak tunjuk aksi masing2, nak lawan siapa hebat. Bila sampai ja turn aku, tiba2 muncul teksi dari arah yg berlawanan. Memang gelabah la aku.dh tu,boleh pulak brek aku rosak. Jawabnya, melelong la beskal yang aku bawak tu.sedar2 ja, aku kt semak. Teruk gak la aku luka. Bibir aku pecah. Banyak gak la darah yg keluar. Dah teruk macam tu, taknak gak balik rumah. Sebab takut kena marah. So, aku lepak je rumah kawan aku. Dia yg tolong sapu ubat smua. Agak2 dah petang sikit, baru aku balik. Sampai je rumah, memang kena soal laa. Sampai sekarang aku ingat lagi. Beskal yang aku naek tu, kaler merah. Memang brek dia rosak, tapi gatal nak naek jugak.
itu kisah 10 tahun yang lalu. sedar tak sedar, sekarang aku dh 19 tahun. dah xboleh dah maen kejar2 macam dulu. akhlak sebagai seorang muslimah perlu dijaga. dah tak boleh keluar lepak suka2 hati macam dulu. dah xboleh panjat pokok. sekarang ni aku ada tanggungjawab yang lagi besar yang perlu aku laksanakan. tambah pulak hidup di perantauan, jauh dari keluarga. dah kena pandai manage masa sendiri. kena pandai kawal diri dan nafsu, kena kuat untuk hadapi dugaan. tak boleh nak terlalu mengharap keluarga. kena pandai settlekan sendiri.
aku bersyukur sebab ibu dan abah dah mendidik ku supaya menjadi diriku sekarang. masih banyak kekurangan, tapi tetap boleh diperbaiki. aku rasa kalo ibu dan abah xtegas waktu aku kecik2 dulu, memang aku dh jadi liar kot sekarang. Na'uzubillah...
sekarang dah 9 OGOS 2011. Sekali lagi aku sambut birthday aku sorang2. Aku rindu nasi lemak yang ibu masak. Siapa2 yang pernah rasa nasi lemak tu, hampa tau la kan kat mana yang special nya nasi lemak tu. ye laa. Sejak aku tadika, sampai lah aku form 3. Menu wajib masa birthday aku adalah nasi lemak. Dan chef yang wajib masak ialah ibu. Kalau orang lain tu, harap maaf. Memang aku taknak. Hari tu, aku ada mesej ngan ibu.
Aku : ibu masak apa untuk berbuka nanti? Rindulah masakan ibu~
Ibu : ibu berbuka kat ofis, tapi ibu dah masak untuk alang ngn baby kat rumah. Sabar la. Dah abes belajar nanti, balik, boleh ibu masakkan apa saja.
See! Ni yang buat aku xsabar nak balik ni. insyaAllah, nanti kalau ada rezeki, aku balik Malaysia, dan first sekali aku nak makan masakan ibu. Lepas tu makan durian puas2. Gila jelez bila aku tengok gambar makcik aku balik kampung, kutip durian. Penuh satu bonet dia dengan durian ja. Takpe2. Sekarang ni sabar je dulu. Kita rasa dulu raya kat perantauan ni.
Apa2 pun, terima kasih ibu dan abah atas semua tunjuk ajar dari mula ina bernafas sampai lah sekarang. Halalkan segala makan minum, dan apa jua yang ibu dan abah bagi. Doakan ina kat sini berjaya menjadi seorang muslimah yang dapat menggenggam segulung ijazah. insyaAllah. INA SAYANG IBU DAN ABAH. J
Thursday, August 4, 2011
monolog seorang hamba
4 RAMADHAN 1432H (err.dah macam nak buat diari ramadhan rafiq dah)
Hmm. 4 ramadhan=4 ogos. 6 ogos dah start exam module 4. Aku mulakan hari ni dengan bersahur with my housemates, Hanna and Syifa. Makan lauk yang MM sediakan semalam. Sambil2 sahur, borak2 dengan diorang. Gelak sama2. Rindu sangat nak sahur dan berbuka dengan adik beradik kat Malaysia, ALONG, ANGAH, ALANG N MEME.rindu IBU n ABAH. Tapi bila fikirkan yang ni semua keputusan tekad aku sendiri, aku kena terima. Kalau ada dekat2, takkan rasa rindu macam ni.
Aku ada sehari lebih je lagi untuk habiskan sesi ulangkaji module ni. Mengharapkan hari ni berjalan dengan lancar. kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Sekali lagi Allah menguji hamba-Nya ini. Masalah yang timbul akibat perbuatan aku sendiri. Tanpa aku sedari sebenarnya. Langsung tak terlintas kat hati ni nak bagi siapa2 terasa. Sebenarnya niat aku baik. Cuma menasihati sebagai seorang teman. Mungkin caraku itu tak sesuai. Lalu berlakunya salah faham antara kami. Mungkin Allah turunkan ujian ini untuk membersihkan diriku dari dosa2 yang telah aku lakukan.
“Allah takkan uji seseorang hamba-Nya itu jika Dia tahu hamba-Nya itu tak mampu untuk menghadapi ujian tersebut”.
Aku harap aku kuat untuk hadapi semua ujian yang Allah bagi ni. Namun aku hanya insan yang lemah. Tak dapat ku tahan air mata ini untuk terus mengalir. Menyesali apa yang telah aku lakukan. Tapi apa kan daya, aku xmampu mengundurkan semula waktu. Aku biarkan juga air mata ini terus sebab air mata tu sebenarnya kekuatan seorang wanita. Taknak lagi perasaan ini mengganggu diriku untuk belajar.
Mujur aku mempunyai seorang teman, Nawar, teman yang banyak membantu aku masa aku susah. Selepas aku mengadu kepada-Nya, aku ceritakan semuanya pd Nawar. Mengharapkan nasihat yang mmpu menaikkan semula semangat aku untuk terus mencari keredhaan-Nya. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana mmberi aku seorang teman yang sejati. Terima kasih Nawar atas segala nasihat tu. insyaAllah, doakan aku terus kuat dalam menghadapi apa jua ujian yang diberikan dari-Nya. Semakin banyak ujian yang kita hadapi, semakin kuatnya rasa sayang Allah terhadap kita. Aku kena terima semua ni dengan positif. Tanpa ujian2 yang Allah bagi ni, aku xrasa aku boleh jadi lebih kuat. Semua ni membuatkan aku lebih matang dalam hidupku yang jauh dari keluarga.
Apa2 pun, aku kena jadikan semua ni sebagai pengajaran buat diriku agar lebih berhati2 dalam sesuatu perkara yang aku lakukan. insyaAllah, kejadian ini akan ku ingat sampai bila2.
Terima kasih buat yang sudi membaca. Jadikan Ramadhan ini lebih baik dari yang sebelumnya dan beribadatlah umpama Ramadhan ini merupakan Ramadhan terakhir buat kita semua. insyaAllah.
Salam ramadhan dari bumi iskandariyah.