CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 14, 2013

pasca GIT exam

fuh fuh fuh *tiup sawang kat blog*
rasanya dekat sebulan dah haa aku mendiamkan diri.
mahap mahap.
orang bizi cenggini, tak mampu nak buat apa. eh.
takde lah. aku tak bizi mana pun.
cuma takde topik nak tulis.
ini pun aku takde point sangat ni.
tapi nak tulis jugak. *gatai*

Alhamdulillah, 11hb hari tu aku baru selesai exam end of GIT module.
soalan dia jangan cakap la.
boleh benam kepala dalam tanah bila baca soalan.
ok. stop cakap pasal exam.

semalam after exam tu, terus aku pecut balik rumah.
sebab bakal pengantin nak datang bertandang.
omoo..! sorang demi sorang kawan aku nak kawen.
tinggal aku kesorangan.
takpe. aku yakin bahawa Allah simpan seseorang yang terbaik untuk aku. *kesat kesat air mata*

kawan aku yang bakal kahwin tu, Ismatul Nabila namanya.
tapi orang panggil dia metot sebab badan dia kecik dan comel. haha.
dia satu batch kat SMAP dulu.
honestly, masa kat SMAP, aku memang tak rapat dengan dia.
maybe sebab aku baru masuk masa form 4.
dia pulak kat SMAP since form 1.
tapi bila kat Mesir, baru slow-slow rapat dengan dia.
dia pulak rajin datang Alex. kalau datang, mesti tidur kat rumah aku.
so, memang kebanyakan masalah aku, aku cerita kat dia.
and dia punya nasihat tu, memang tangkap leleh baq hang.
makan dalam seyh.
masa aku dapat tau dia nak kahwin balik ni, memang menjerit la aku.
terkejut plus tumpang gembira dengan beliau.

so dia datang Alex ni, sebab nak jumpa aku. sebab kitorang dah lama gila tak jumpa. last dia datang masa bulan 12 dulu kot.
terharu ok bila dia cakap dia datang sebab nak jumpa aku. plus dia nak tengok tengok barang yang dia boleh beli untuk walimah nanti.
masa dia sampai tu, memang bercerita habis la kami.
korek korek cerita dia.
and dia pun korek korek cerita aku. cerita pasal crush lah semua. LOL.
malam tu, layan tengok movie dengan dia.
masing-masing berjaga sampai subuh.
omoo.. after dia kahwin nanti, mesti aku rindu moment ni. (potong bawang)

lepas tu pegi Mansyiah untuk pegi beli barang.
awalnya aku plan nak borong tudung. sebab aku nak tukar semua tudung aku.
sekali aku terlupa hari tu hari ahad. kedai semua abeh tutup.
yang ada, kedai untuk si metot ni cari barang dia.
tengok crown, brooch, beads.
lepas tu buat gila kejap dengan metot dan tiqah. bergambar sambil pakai crown.
aku nak tunggu pakai crown, konpem konpem lambat lagi.
bergambar dengan bakal pengantin kejap pun jadi lah.
malam last dia kat Alex, kami layan movie lagi. sambil2 tu, berinai sekali.
saja nak merasa berinai dengan metot. sebab masa dia nikah nanti, aku tak leh datang.
aku mampu skype dari Mesir ja. T__T
sedih kot bila tak dapat nak join kenduri dia.
rasa nak ja masuk beg sape2, then fly balik mesia.
tapi metot cakap dia nak buat majlis kat Tanta.
so aku akan pastikan aku dapat datang nanti..! hee~

masa metot nak balik tu, rasa sayu ja.
sebab rasa ni last time aku jumpa dia as seorang yang single.
after ni pi mana mana mesti dia dengan inche suami.

metot, just want you to know that I am happy for you..!
nanti after kau nikah, aku buat entri khas untuk kau deh? inshaAllah.
ok. nak sambung buat esaimen.
baru dapat tajuk hari ni, then kena present next week. *pengsan*

me with ze metot at Gua Kelam



Thursday, April 11, 2013

the day we become champions



sepertimana yang kalian semua sedia maklum, hari Jumaat lepas aku ada netball tournament kat Mansoura.
so entry kali ni aku nak cerita serba sedikit pasal tournament tu.
Alex Uni hantar 3 team.
Alex 1, Alex 2, Alex 3.
Alex 2 team senior.
aku include dalam Alex 1.
gerak dari Alex hari khamis malam.
bas pukul 8 dari MARA.
masa pegi tu, masing masing semua dah eksaited dah.
yela. pegi wakil uni kan.
masa dalam bas tu, aku tak dapat nak tido langsung.
maybe sebab bukan waktu tido aku kot.

sampai Mansoura pukul 11 malam rasanya.
kat sana aku tumpang rumah kawan kepada kawan aku.
kawan dia tu AJK pelaksana tournament ni.
masa mula mula turun bas tu, menggigil seyh. sumpah sejuk,
aku dah la tak bawak sweater.
terpaksa la menahan sejuk dengan menggunakan lemak lemak yang ada. eh.
masa sampai tu, kami pegi makan. lapar kot.
last dinner pukul 5 petang.
itu pun makan nasi impit ngan rendang.
tapi makan malam tu tak berat sangat pun.
makan kek.
sebab letih mengatasi segalanya.
dengan ngantuknya.
memang rasa nak cepat sampai rumah.

sampai je rumah kawan tu, siap siap basuh muka, gosok gigi semua, terus tido.
tapi still aku takleh nak tido jugak.
golek punya golek, pukul 2 pagi baru aku lelap.
padahal pukul 8 pagi dah start pendaftaran.

bangun pagi esoknya, siap siap mandi, makan, terus keluar rumah.
rupanya tak ramai pun lagi yang ada.
bajet macam dah lambat.
masa taklimat, diberitahu yang ada 10 team.
3 from Alex, 7 from Mansoura.
terkejut gak la bila dapat tau kami ja dari luar Mansoura.

Alex 2 and 3 group A.
team aku, Alex 1 group B.
johan and naib johan kumpulan akan masuk semi.
as usual lah kan.

jadual match kitorang

after match penentuan tempat ketiga

nak dipendekkan cerita, Alex 1 and Alex 2 berjaya jadi juara kumpulan.
so, masa semi tu agak berkobar2 jugak la nak menang.
biar final Alex lawan Alex.
sekali, takdak rezeki.
team aku a.k.a Alex 1 sangkut kat semi.
kalah tipis.
7-6 kalau tak salah.
takpelah. nak buat guane kan.
tapi Alex 2 berjaya pegi final. Alhamdulillah.
before start final match, ada match penentuan tempat ketiga.
match ni bagi aku sangat-sangat sengit
serius. masing masing nak menang.
pada mulanya, team aku lead match tu. sekali team Mansoura dapat kejar and depa pulak lead.
masa tu aku memang dah cuak gila dah. takut kalah.
sekali Alex 1 dapat kejar balik.
and menang tipis jugak. Alhamdulillah.
tak dapat masuk final, dapat no 3 pun jadi lah kan.

Alex 1


Alex 1. the third place winner. =)

final match tu depa buat malam.
quite ramai jugak la yang datang tengok.
siap dengan coordinator of international program depa sekali turun.
masa final ni, aku suka tengok semangat kontijen Alex.
semua saling support each other.
sampai abeh dah suara ni haa.
bersorak punya pasal.
and finally, Alhamdulillah, johan menjadi milik team Alex 2 dengan kemenangan 16 gol berbalas 7.
masa nak balik tu, pengarah program dia cakap yang Alex ni hebat. hantar 3 team. 2 team menang. Alhamdulillah.

le champion, le first runner-up and le second runner-up


Alex hebat..! *tengok muka memasing yang berkilat tu*

sepanjang tournament ni, aku dah jadi macam mediaPERUBATAN dah.
tiap match aku update score kat fb.
takpe lah.
menyampaikan khabar gembira dan mohon doa sahabat sahabat kat Alex jugak kan.
program ni habis around pukul 9.
siap siap solat bagai, 10.30malam baru gerak balik Alex.
dah la naik tramco. fyi, tramco ni macam van la.
bayangkan dari Mansoura ke Alex naik van. plus cara depa drive yang macam hape dah ni.
konpem2 mabuk.
aku dah cuak dah. sebab aku tak bawak ubat aku.
tapi kawan aku cakap, masing2 penat. so masuk tramco tu karang, tido tak sedar hape.
sekali betul.
aku memang tak sedar hape dah. masuk2 tramco, terus lelap.
sedar2 je dah sampai Alex.
dah la sabtu tu kami kelas pagi. pukul 8.
then after lecture ada sesi photoshoot kelas.
dengan muka tengah terbakar ni.
fuhh.
tawakkal gila ghupa aku dalam gambar tu.

kami sampai Alex around 2.30 pagi.
and kalau dah sampai pagi2 buta tu, wajib ada musyrif.
musyrif ni adalah sorang ikhwah yang ber'chromosome' XY yang perlu ada untuk menemani akhawat pulang ke rumah or ke mana saja dia pergi pada waktu malam bagi memastikan keselamatan akhawat tersebut.
ada paham?
kalau tak paham pun, buat buat paham.
kami kat sini dah macam satu family.
perlu ada support system antara kami.
tambah pulak baru ni ada kes orang arab pecah masuk rumah akhawat and buat benda tak senonoh.
dah la benda tu jadi kat batch aku sendiri.
masa tu boleh nampak la para ikhwah ni menyuarakan rasa cakna diorang terhadap keselamatan akhawat.
dah macam cubit peha kanan, peha kiri rasa sakit.
kat sini kami jauh dari family.
so kami just ada sahabat2 yang membantu untuk memastikan keselamatan masing masing terjaga.

sampai rumah dalam pukul 3 pagi.
subuh pukul 4 pagi. so dah alang2 tu, berjaga terus sampai subuh.
after solat, letak kepala terus lelap.
sedar2 dah pukul 7.20.
tak ke macam nak melompat aku dari katil tu.
dengan baju tak iron lagi.
tapi naseb sempat siap on time.
rushing jugak la. sampai tak sempat nak sarapan.
pegi ja kelas, semua tegur muka burn.
sedih gila. muka aku ni dah la lama gila nak hilang burn tu.
sekali kena jemur tengah panas dari pagi sampai terbenam matahari.
mau tak burn.

balik ja dari Mansoura, terus aku demam.
batuk, selsema, muntah tu jangan cakap la.
quite teruk gak sebenarnya. dekat seminggu aku dok batuk.
sapa yang pernah dengar aku batuk, boleh imagine la kot seminggu direct aku batuk macam tu.
suara pun serak serak ja.
dengan sengaunya. fuh. horror gila bila dengar suara sendiri.
tu yang aku take time nak siapkan entry ni.
sekarang ni pun aku still batuk batuk lagi. selsema dah ok.
aku ni jenis yang jarang gila kena selsema. tapi once dah kena tu, memang betul2 azab la.
kotak tisu wajib ada kat sisi sepanjang masa.
mata pun dok berair ja. ikut hati, nak ponteng kelas.
tapi, memikirkan subjek yang susah ni, terpaksa la aku batalkan niat tu.
sahabat2, doakan kesihatan aku deh.
esok ni ada program dengan adik adik usrah.
program berlari bersama diorang.
tiap minggu aku dok berlari.
kurus lah aku lepas ni. eh.

program dengan adik-adik usrah tahun 1 


Wednesday, April 3, 2013

exam. exam. exam.

GIT is fun. serious.


dari waktu sekarang ni, tinggal lagi 11 jam je before exam aku start.
[nak exam pun sempat lagi kan nak hapdet]
malas tulis pepanjang.

senior cakap module GIT (Gastrointestinal Tract) paling susah.
paling tough.
paling banyak nak kena cover. 
kesat peluh.

just nak mintak doakan kami batch ACE dipermudahkan untuk jawab soklan nanti.
walaupun exam ni just 10% carry marks, tapi 10% tu yang akan membezakan result final nanti.
10% tu yang akan menentukan kami dapat naik 4th year nanti ke tak.
ok. cuak.
mintak maap if ada salah silap.
mintak halal semua hutang.
*kalau taknak halal, meh pm aku hutang-hutang tu*

after exam esok, kena settle court untuk basketball. 
kena settle peralatan untuk Basketball Intersection Championship jumaat ni.
kena settle kemas bilik.
Khamis pagi meeting.
Khamis petang dah nak gerak pegi Mansoura.
hari jumaat ada netball tournament kat sana.
doakan kemenangan kami kontijen Iskandariah.

doakan. doakan. doakan.
doakan kami di bumi Mesir ni.
doakan kejayaan kami.
doakan kami mampu menjadi bakal doktor Muslim yang cemerlang dunia akhirat.

ghupa meja aku tengah2 malam gini


Saturday, March 23, 2013

sepi


a short entry from me.
aku terjumpa gambar ni kat facebook.
rasa macam kena setepek kat dahi.
mungkin betul.
aku perlu menyepi untuk mencari kekuatan.
sebab itu yang aku cuba lakukan.
biarpun payah, aku perlu paksa jugak diri aku untuk menyepi.
kerana kadangkala sepi itu indah.
senyum. (:

Thursday, March 21, 2013

I'm a busy woman


haa, yang atas ni planner untuk bulan Mac.
dua minggu terakhir ni, schedule aku memang packed.
dengan training netballnya, kelas arabnya, Basketball Intersection Championship lagi.
tu yang takleh nak update blog ni.
maap lah.

ok. secara ringkasnya, aku nak cerita.
baru baru ni aku join usrah or nama femes kat sini, SC (Smart Circle)
kebetulan murabbi aku tu baru balik dari Turki.
so, dapatlah souvenier dari bumi Istanbul kan.
nak tau hadiah apa?
kami ahli SC Bushra dapat sorang satu beg kain Turki and satu buku berkaitan hadis/doa yang diterjemahkan dalam bahasa turki.
jadi, in order untuk faham terjemahan tu, kena la melakukan gerak kerja untuk menterjemah bahasa turki.
pecah peluh jugak okeh.
nak harap google translate, ke laut jadinya ayat tu.
tapi best sebab dapat belajar certain bahasa turki. Alhamdulillah.

and sebagai penutup entry kali ni, aku sertakan salah satu hadis yang berjaya aku cari makna terjemahannya.
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:

Bahwa Nabi saw. bersabda: Tatkala Allah menciptakan makhluk, Allah telah menuliskan dalam kitab catatan-Nya yang berada di sisi-Nya di atas arsy bahwa sesungguhnya kasih sayang-Ku mengalahkan murka-Ku. (Shahih Muslim No.4939)

40 Hadis berkaitan Rahmat

Saturday, March 9, 2013

travelog day 5 #Safari Desert

fuhh. dah lama dah aku kata nak sambung. baru hari ni sempat sambung.
kan aku dah kata. if start kelas ni, memang takdak masa nak merapu semua.
bizi manjang. bukan bizi apa.
sebab aku ni bukan lah AJKT Perubatan.
bukanlah timbalan ketua batch.
bukanlah AJK batch ke hape.
cuma sibuk dengan kelas.
module kali ni macam tough sikit compared to module before.
so tiap kali abes kelas, kena stay untuk study group.
then training netball.
lepas tu nak kena buat usrah adik adik.
belum lagi kerja kerja USAL.
takpe. aku suka sibukkan diri.
bukan jadi penyibuk.
sibuk ni buat aku lagi pandai nak manage masa.
sibuk ni buat aku lupa benda yang aku tanak ingat.
benda apa? lu pikirlah sendiri.

sambung travelog terakhir aku.
ini kira last day aku kat hurghada.
check out tengah hari.
pagi tu kitorang pegi Safari Desert untuk naik quad bike/ATV.
aktiviti ni adalah optional.
so siapa yang tanak join, boleh tunggu kat hotel.
tapi aku tak penah naik ATV lagi before ni.
ni la peluang aku untuk naik ATV.
kat padang pasir pulak tu.
kat Malaysia mana nak jumpa pula padang pasir bagai ni kan.

after breakfast, kami kumpul sambil tunggu tramco a.k.a van untuk pegi ke Safari Desert tu.
perjalanan amek masa dekat setengah jam jugak rasanya.
sampai sana, kami diberi penerangan tentang quad bike tu.
macam mana nak tunggang, apa yang boleh, and apa yang tak boleh.
and untuk naik ATV ni, kami kena pakai selendang or anything yang boleh cover mulut dan mata.
nak cover mata tu, pakai shades la kan. takkan nak lilit dengan selendang jugak.

me and my partner
bersedia untuk mulakan perjalanan.

kami naik ni secara double.
sebab untuk sampai ke check point, amek masa almost one hour.
54km untuk sehala.
jauh la tu kan.
so nak mengelakkan tangan dari cramp sebab tekan minyak terlampau lama, ustaz syorkan kami naik secara double. dengan bayaran EGP80/orang.
kalau tak larat, boleh lah nak bergilir.
and aku choose untuk jadi first driver.

before start perjalanan tu, kami diberi peluang untuk testdrive seround kat provided area.
dah first time driver kan. mestilah tak dapat nak control atv tu.
aku xtau la masalah atv tu or masalah aku sendiri.
abeh melelong lelong dah atv tu aku kerjakan.
terus pakcik arab tu letak kitorang kat last row. sebab bawak lambat sangat. kehh.
jalan yang kitorang lalu ni memang 100% padang pasir.
so jangan mimpi lah nak jumpa jalan rata.
abeh semua jalan macam papillae kat permukaan lidah.
atau dalam bahasa rakyat jelatanya, jalan kurang rata lah.
sampai sakit belakang aku ni dibuatnya. fuhh.

pasir pasir yang berterbangan tu, jangan cakap ah.
ada student yang bawak beg putih, terus bertukar warna jadi coklat.
diselaputi pasir.
itu tak kira kalau pakai jaket putih.
nanges kat situ jugak aku rasa.

padang pasir

bergambar dulu sementara tunggu yang lain

jaket dah selamat kena 'serang' dengan pasir

after sejam, kitorang sampai kat destinasi yang dituju. kalau ikutkan, kami pegi perkampungan Badwi sebenarnya.
tapi maybe sebab kekangan masa kot.
so kami berhenti kat 'sand mountain'.
kenapa nama dia 'sand mountain'?
dah memang bukit tu pasir semata.
oh. plus batu2 jugak.
nak panjat tu, kami panjat batu batu.
sampai kat atas tu, tengok pemandangan padang pasir.
pemandangan yang aku rasa tak jumpa kat Malaysia.
Subhanallah MashaAllah.
masa kat atas tu, kami diberi masa untuk bergambar.

me and my partner kat puncak Sand Mountain

aku berlatarbelakangkan padang pasir. Subhanallah

tuan punya blog. again.

wakil ACE di puncak Sand Mountain

kami. again. 

aku masa nak turun from ze mountain

dah puas bergambar bagai, kami diminta untuk turun from the mountain.
masa tu bajet turun guna batu batu jugak.
sekali tengok pakcik arab tu turun dari kawasan yang consists of pasir semata.
pakcik tu siap terjatuh lagi okeh.
kau bayangkan lah.
pasir sehalus halus pasir tu.
memang senang ah nak tergolek golek semua.
masa ni semua pakat hesitate gila nak turun.
budak ikhwah initiate dulu.
diorang tu siap golek golek lagi sampai ke bawah.
aku turun dengan penuh hati hati. eh.
punya nak cover tanak jatuh kan.
dah turun ke bawah tu, amek ATV masing2 and start perjalanan balik.
kali ni partner aku pulak yang bawak. aku duduk belakang.
menikmati permandangan keindahan ciptaan-Nya.
Subhanallah MashaAllah.

ni tempat yang kitorang kena guna untuk turun from ze mountain

bersedia untuk balik

dah settle semua, kami gerak balik hotel.
baju semua memang penuh dengan pasir.
so, balik hotel, tukar baju, buat apa yang patut.
yang geng geng ustaz, siap terjun masuk swimming pool.
tapi aku tak sanggup ah nak terjun.
badan berlengas gila dengan pasir pasir tu.
after lunch, kitorang gerak balik Alex.
sampai Alex dalam tengah malam jugak lah.
dekat pukul 1 pagi.
then 8 pagi kemudiannya tu, aku ada training netball.
boleh bayang tahap kepenatan tu macam mana?
dengan baru lepas naik ATV lagi.
sakit satu badan kot.
masa main netball tu pun, aku takleh nak lari sangat.
sakit okeh. tapi seronok ah dapat lepas gian nak main netball..
lagipun tak lama lagi akan ada tournament.
and untuk tournament tu, just main 5 on 5.
position wing kena buang.
so, tinggal center (C), goal attacker (GA), goal defender (GD), goal keeper (GK) and goal shooter (GS).
aku amek position GD/GK.
tapi mostly aku main GD.
C, GD, GA memang pancit ah. nak kena cover position wing.
dah dengan stamina tak kuat macam dulu.
ni nak suruh aku kurus la ni. eh.





Saturday, March 2, 2013

travelog day 4 #Giftun Island

ok.
sambung cerita. kali ni kat Hurghada pulak.
kat Hurghada ni takdak la temple temple macam yang aku pegi before ni.
yang ada just laut yang super jernih dan bersih.

ze Red Sea
kami sampai Hurghada dah dekat tengah malam dah.
masing masing turun bas dengan muka kepenatan.
and aku dengan semangatnya jadi orang first yang check in dan amek kunci.
terus aku ajak kawan aku pegi masuk bilik.
sementara tunggu yang lain habis check in, aku ngan roomate lepak kejap dalam bilik.
sebab kitorang kena turun balik untuk dinner kat restaurant hotel ni.
bayangkan la kami semua dinne pukul 11 lebih.
ini dah bukan dinner.
dah boleh kira supper dah haa.
cuma dinner ni aku takleh nak makan sangat.
kenyang lagi from lunch kat Luxor tu.
disebabkan kawan aku cakap lauk daging tu sedap, aku decide untuk amek daging tu ja.
hmm. not bad lah.
daging tu lembut. cuma kuah dia masin.

after makan, kami enam sekawan pegi jalan jalan around hotel.
hotel tu pulak memang betul betul sebelah pantai.
so kami pegi la lepak tepi pantai kejap.
masa tu dah la sejuk yang tahap gigil semua.
aku yang pakai sweater pun, still terasa sejuk lagi.
dekat sejam jugak lah lepak tepi pantai.
tengok bulan, tengok bintang, tengok laut.
kan aku bercuti ni sebab nak cari ketenangan.
so memang kali ni aku mentadabbur alam ciptaan-Nya untuk dapatkan ketenangan tu.
Subhanallah MashaAllah.

esok pagi pagi, kami sarapan kat restaurant hotel tu.
not bad. sedap. baru terasa sarapan yang sebenar.
roti, omelet, cheese, jus oren dsb.
dah habis makan tu, terus gerak pegi jeti.
untuk snorkeling kali ni, kami ada 3 check points.
checkpoint pertama kat Giftun Island.
checkpoint kedua and ketiga kat deep sea. dan ini baru betul snorkeling.
before naik bot, kami kena pegi amek snorkeling equipments. mask and flaps semua tu.

for the boats, kami dibahagikan kepada 3 boat.
aku and the gang naik bot yang ketiga.
and sejujurnya aku cakap, pemandangan laut merah masa tu, memang sangat cantik.
serius.
sangat jernih air dia.
dan yang paling penting, angin masa tu sangat kuat.
bila dah angin kuat, suhu makin sejuk.
tapi mindset kitorang, biar kat darat sejuk, asalkan air laut tu tak sejuk.
bila dah sampai Giftun Island, kami diberi peluang untuk mandi kat pantai.
Giftun Island ni sangat sangat terjaga.
memang nampak lah kebersihan pulau tu.
even kami tak dibenarkan untuk pakai sebarang kasut kat pulau tu.
kasut kena tinggal kat atas bot.

pemandangan Laut Merah dari jeti

on the way pegi Giftun Island

borak borak hilangkan mabuk

yang pakai sweater tu aku. tengah layan perasaan kejap tengok laut yang super cantik ni. Subhanallah. =)

Giftun Island
perahu yang kami kena naik untuk pegi ke pulau

tengoklah pantai dia yang jernih tu. Subhanallah. 

baru turun dari perahu

pemandangan dari Giftun Island

kami berlima bersama ustaz Rigal

ini kami berenam. =)

Giftun Island
masa turun dari boat tu, lagi terasa kesejukan dia.
dah tu, cari nahas mandi pantai tengah tengah winter.
terima lah akibatnya kan. heh.
masa ni, masing masing tanak jejak air.
sebab sejuk gila.
angin kuat kot.
tapi kalau tak masuk, macam rugi.
so, slow slow lah kan jejak air tu.
bila kaki dah kena air, rasa macam pijak ais.
serius.
bila dah sampai paras perut tu, semua macam beku.
kawan aku cakap macam berenang kat antartika.
tapi kami redah je la. lama lama tu boleh je adapt.

mandi mandi kat pantai tu tak lama.
terus kami semua naik ke darat.
sebab semua dah sejuk.
tapi nak naik tu, satu lagi azab.
dengan angin bertiup kencang.
fuhh. tak dapat gambarkan sejuk dia macam mana.

dah naik darat tu, memang sekian lah kan.
tak dapek nak masuk laut balik. beku.
terus kami berenam pegi jalan jalan sekeliling pulau tu.
pegi tangkap gambar lah, tengok 'dugong' sunbathing lah. eh.

tak lama lepas tu, kami kembali ke boat.
get ready for snorkeling..!
oh ya. aku lupa nak cakap. aku ni sebenarnya mabuk laut.
bukan kata laut, udara, darat semua aku mabuk.
pendek cerita, motion sickness lah senang.
masa nak pegi Giftun Island tu, aku memang tawakkal dah.
harap mabuk aku tak teruk.
and Alhamdulillah, masa nak pegi tu, aku tak berapa nak pening sangat.
malas nak makan ubat. sebab ubat tu buat aku tido je.
so, duduk depan boat, layan kebesaran keindahan ciptaan Allah sambil borak borak dengan ustaz and kawan kawan.

mula mula tu borak dengan kawan aku ja. kalau dah dok lepak dengan budak laki, takdak topik lain lah. memang topik bola ja.
sekali ustaz Rigal dengaq aku dok sembang pasal bola.
dia tak sangka ada cewek minat bola. terus ustaz ustaz yang lain tanya aku minat mana and minat player mana dalam MU.
bila aku kata aku minat semua player, diorang macam tak percaya.
yelah. perempuan ni kalau minat bola, selalunya akan minat certain player. player yang hot, yang hensem macam kaka, ozil, takpun CR. tapi aku takdak lah nak obses kat certain player.
aku tengok bola sebab game tu. bukan sebab player.
haa, masa ni lah melekat gelaran 'cewek MU' kat aku.
ustaz Rigal lah ni yang start dulu. tiap kali jumpa dia lepas tu, takdak nya dia nak sebut nama lain. cewek MU gak yang keluar dari mulut ustaz.
aku pun layan je lah.

sambung balik pasal mabuk.
masa on the way from Giftun Island nak pegi snorkeling tu, aku dah rasa pening sikit sikit dah.
tambah pulak, baru lepas lunch masa tu.
tapi aku tak berani makan banyak.
sebab takut muntah.
after makan ni, aku decide untuk telan jugak ubat tu.
and it takes half an hour untuk its action.
so, before kesan ubat tu datang, baik aku pegi snorkeling.
kang dah ngantok, tengah laut tu jugak aku bantai tidoq.

nak snorkeling ni, kena amek turn.
sebab life jacket tak cukup.
and kami semua ramai.
so, terpaksa lah tunggu.
sampai ja turn aku, aku terus terjun. (dengan bantuan 'ammu boat tu)
untuk mengelakkan diri dari dihanyutkan ombak, aku mintak tolong 'ammu Fathi untuk tarik pelampung and bawak kitorang pegi coral spot tu.
'ammu fathi tu boleh dikatakan swimmer yang hebat la. salute dowh tengok dia. berenang ulang alik bawak kitorang semua. from boat to the coral spot.
masa ni aku memang immersed gila dengan dunia hidupan laut.
tengok coral, tengok ikan.
sumpah tenang.
rasa macam ada kat dunia yang lain.
lupa kejap kesejukan kat darat tu.
dah habis satu round, ammu Fathi hantar kitorang kat boat. tapi masa tu aku tak rasa nak naik boat pun lagi.
then ammu Fathi tu nampak aku berpaut, terus dia tanya aku nak join lagi sekali ke.
terus aku berenang pegi kat dia.
pegang tali kat pelampung tu, and aku selamkan muka.
dia bawak pegi spot lain pulak kalau tak salah.
nampak ikan yang bermacam jenis dan warna.
Subhanallah, MashaAllah.
Alhamdulillah sebab diberi kesempatan nak tengok keindahan ciptaan Allah.
''maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?'' [ar-Rahman]

mula aktiviti snorkeling

antara kawasan yang paling cantik bagi aku

snorkeling



mister Fathi ulang alik bawak kitorang

dah habis round kedua, aku pun naik.
penat dah menguis2 kaki berenang.
masa naik tu, aku dah rasa pening balik.
amek port, terus aku landing.
tak heran dah tengah sejuk ke, tengah basah ke.
yang penting aku dapat baring.
letak je kepala, terus aku lelap.
effect ubat tu memang kuat kot.
serius aku tak sedar dah diorang berhenti kat last checkpoint.
sedar sedar je, bot dah nak gerak balik.
muka masa bangun tu, memang bloated tahap yang tak payah nak kata lah.
kawan aku gelak gelak ja.

sampai ja hotel, terus ingat katil.
tau nak landing ja.
sekali pakat ngan kawan nak terjun swimming pool.
apa lagi, sarung la balik baju kitorang mandi laut tu haa.
turun ja kat swimming pool tu, pegi rendam kaki kejap.
ingatkan tak sejuk.
sekali kau. sama ja sejuknya macam kat laut tu.
kawan aku dah terjun dah.
aku rendam kaki.
tanak terjun.
sejuk.
kawan aku cakap aku dah macam mak yang tengah guide anak anak mandi swimming pool.
tapi kami mandi tu pun tak lama.
naik atas sebab nak bersihkan badan from air Laut Merah.
masa ni tak dapat lah nak tengok sunset.
sedih kot. dah la port cantik.
tapelah. takdak rezeki kan.

ze swimming pool

ze swimming pool. again.

malam tu, sepatutnya kami pegi downtown. shopping shopping.
tami disebabkan pergolakan yang berlaku kat Hurghada ni, ustaz cancel plan tu.
so malam tu kira free activity.
kami decide untuk keluar around kawasan hotel tu untuk cari souvenier buat family tersayang.
aku pun nak cari fridge magnet.
oh, itu hobi aku sekarang. kumpul fridge magnet.
kawan aku pegi bercuti serata dunia pn, aku mintak belikan fridge magnet.

and malam tu, ada match Champions League.
between barca and AC Milan.
Barca ni kira fevret team untuk menang la malam tu.
aku ngan kawan kawan aku lepak kedai kopi arab kot gara gara nak tengok game ni.
dari 6 orang, last last yang stay sampai abes game tu, 3 orang ja.
lain semua balik bilik dah.
for the first time kot, aku lepak kedai kopi arab untuk tengok bola.
before ni aku tengok sorang sorang ja.
haih.

ok lah. sampai sini ja.
aku nak kemas barang, and berangkat pegi tido rumah kawan aku.
esok dah start kelas.
nanti aku sambung pengalaman naik ATV kat padang pasir.





ini sunrise kalau tak salah