CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, March 9, 2013

travelog day 5 #Safari Desert

fuhh. dah lama dah aku kata nak sambung. baru hari ni sempat sambung.
kan aku dah kata. if start kelas ni, memang takdak masa nak merapu semua.
bizi manjang. bukan bizi apa.
sebab aku ni bukan lah AJKT Perubatan.
bukanlah timbalan ketua batch.
bukanlah AJK batch ke hape.
cuma sibuk dengan kelas.
module kali ni macam tough sikit compared to module before.
so tiap kali abes kelas, kena stay untuk study group.
then training netball.
lepas tu nak kena buat usrah adik adik.
belum lagi kerja kerja USAL.
takpe. aku suka sibukkan diri.
bukan jadi penyibuk.
sibuk ni buat aku lagi pandai nak manage masa.
sibuk ni buat aku lupa benda yang aku tanak ingat.
benda apa? lu pikirlah sendiri.

sambung travelog terakhir aku.
ini kira last day aku kat hurghada.
check out tengah hari.
pagi tu kitorang pegi Safari Desert untuk naik quad bike/ATV.
aktiviti ni adalah optional.
so siapa yang tanak join, boleh tunggu kat hotel.
tapi aku tak penah naik ATV lagi before ni.
ni la peluang aku untuk naik ATV.
kat padang pasir pulak tu.
kat Malaysia mana nak jumpa pula padang pasir bagai ni kan.

after breakfast, kami kumpul sambil tunggu tramco a.k.a van untuk pegi ke Safari Desert tu.
perjalanan amek masa dekat setengah jam jugak rasanya.
sampai sana, kami diberi penerangan tentang quad bike tu.
macam mana nak tunggang, apa yang boleh, and apa yang tak boleh.
and untuk naik ATV ni, kami kena pakai selendang or anything yang boleh cover mulut dan mata.
nak cover mata tu, pakai shades la kan. takkan nak lilit dengan selendang jugak.

me and my partner
bersedia untuk mulakan perjalanan.

kami naik ni secara double.
sebab untuk sampai ke check point, amek masa almost one hour.
54km untuk sehala.
jauh la tu kan.
so nak mengelakkan tangan dari cramp sebab tekan minyak terlampau lama, ustaz syorkan kami naik secara double. dengan bayaran EGP80/orang.
kalau tak larat, boleh lah nak bergilir.
and aku choose untuk jadi first driver.

before start perjalanan tu, kami diberi peluang untuk testdrive seround kat provided area.
dah first time driver kan. mestilah tak dapat nak control atv tu.
aku xtau la masalah atv tu or masalah aku sendiri.
abeh melelong lelong dah atv tu aku kerjakan.
terus pakcik arab tu letak kitorang kat last row. sebab bawak lambat sangat. kehh.
jalan yang kitorang lalu ni memang 100% padang pasir.
so jangan mimpi lah nak jumpa jalan rata.
abeh semua jalan macam papillae kat permukaan lidah.
atau dalam bahasa rakyat jelatanya, jalan kurang rata lah.
sampai sakit belakang aku ni dibuatnya. fuhh.

pasir pasir yang berterbangan tu, jangan cakap ah.
ada student yang bawak beg putih, terus bertukar warna jadi coklat.
diselaputi pasir.
itu tak kira kalau pakai jaket putih.
nanges kat situ jugak aku rasa.

padang pasir

bergambar dulu sementara tunggu yang lain

jaket dah selamat kena 'serang' dengan pasir

after sejam, kitorang sampai kat destinasi yang dituju. kalau ikutkan, kami pegi perkampungan Badwi sebenarnya.
tapi maybe sebab kekangan masa kot.
so kami berhenti kat 'sand mountain'.
kenapa nama dia 'sand mountain'?
dah memang bukit tu pasir semata.
oh. plus batu2 jugak.
nak panjat tu, kami panjat batu batu.
sampai kat atas tu, tengok pemandangan padang pasir.
pemandangan yang aku rasa tak jumpa kat Malaysia.
Subhanallah MashaAllah.
masa kat atas tu, kami diberi masa untuk bergambar.

me and my partner kat puncak Sand Mountain

aku berlatarbelakangkan padang pasir. Subhanallah

tuan punya blog. again.

wakil ACE di puncak Sand Mountain

kami. again. 

aku masa nak turun from ze mountain

dah puas bergambar bagai, kami diminta untuk turun from the mountain.
masa tu bajet turun guna batu batu jugak.
sekali tengok pakcik arab tu turun dari kawasan yang consists of pasir semata.
pakcik tu siap terjatuh lagi okeh.
kau bayangkan lah.
pasir sehalus halus pasir tu.
memang senang ah nak tergolek golek semua.
masa ni semua pakat hesitate gila nak turun.
budak ikhwah initiate dulu.
diorang tu siap golek golek lagi sampai ke bawah.
aku turun dengan penuh hati hati. eh.
punya nak cover tanak jatuh kan.
dah turun ke bawah tu, amek ATV masing2 and start perjalanan balik.
kali ni partner aku pulak yang bawak. aku duduk belakang.
menikmati permandangan keindahan ciptaan-Nya.
Subhanallah MashaAllah.

ni tempat yang kitorang kena guna untuk turun from ze mountain

bersedia untuk balik

dah settle semua, kami gerak balik hotel.
baju semua memang penuh dengan pasir.
so, balik hotel, tukar baju, buat apa yang patut.
yang geng geng ustaz, siap terjun masuk swimming pool.
tapi aku tak sanggup ah nak terjun.
badan berlengas gila dengan pasir pasir tu.
after lunch, kitorang gerak balik Alex.
sampai Alex dalam tengah malam jugak lah.
dekat pukul 1 pagi.
then 8 pagi kemudiannya tu, aku ada training netball.
boleh bayang tahap kepenatan tu macam mana?
dengan baru lepas naik ATV lagi.
sakit satu badan kot.
masa main netball tu pun, aku takleh nak lari sangat.
sakit okeh. tapi seronok ah dapat lepas gian nak main netball..
lagipun tak lama lagi akan ada tournament.
and untuk tournament tu, just main 5 on 5.
position wing kena buang.
so, tinggal center (C), goal attacker (GA), goal defender (GD), goal keeper (GK) and goal shooter (GS).
aku amek position GD/GK.
tapi mostly aku main GD.
C, GD, GA memang pancit ah. nak kena cover position wing.
dah dengan stamina tak kuat macam dulu.
ni nak suruh aku kurus la ni. eh.





No comments:

Post a Comment