CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, March 2, 2013

travelog day 4 #Giftun Island

ok.
sambung cerita. kali ni kat Hurghada pulak.
kat Hurghada ni takdak la temple temple macam yang aku pegi before ni.
yang ada just laut yang super jernih dan bersih.

ze Red Sea
kami sampai Hurghada dah dekat tengah malam dah.
masing masing turun bas dengan muka kepenatan.
and aku dengan semangatnya jadi orang first yang check in dan amek kunci.
terus aku ajak kawan aku pegi masuk bilik.
sementara tunggu yang lain habis check in, aku ngan roomate lepak kejap dalam bilik.
sebab kitorang kena turun balik untuk dinner kat restaurant hotel ni.
bayangkan la kami semua dinne pukul 11 lebih.
ini dah bukan dinner.
dah boleh kira supper dah haa.
cuma dinner ni aku takleh nak makan sangat.
kenyang lagi from lunch kat Luxor tu.
disebabkan kawan aku cakap lauk daging tu sedap, aku decide untuk amek daging tu ja.
hmm. not bad lah.
daging tu lembut. cuma kuah dia masin.

after makan, kami enam sekawan pegi jalan jalan around hotel.
hotel tu pulak memang betul betul sebelah pantai.
so kami pegi la lepak tepi pantai kejap.
masa tu dah la sejuk yang tahap gigil semua.
aku yang pakai sweater pun, still terasa sejuk lagi.
dekat sejam jugak lah lepak tepi pantai.
tengok bulan, tengok bintang, tengok laut.
kan aku bercuti ni sebab nak cari ketenangan.
so memang kali ni aku mentadabbur alam ciptaan-Nya untuk dapatkan ketenangan tu.
Subhanallah MashaAllah.

esok pagi pagi, kami sarapan kat restaurant hotel tu.
not bad. sedap. baru terasa sarapan yang sebenar.
roti, omelet, cheese, jus oren dsb.
dah habis makan tu, terus gerak pegi jeti.
untuk snorkeling kali ni, kami ada 3 check points.
checkpoint pertama kat Giftun Island.
checkpoint kedua and ketiga kat deep sea. dan ini baru betul snorkeling.
before naik bot, kami kena pegi amek snorkeling equipments. mask and flaps semua tu.

for the boats, kami dibahagikan kepada 3 boat.
aku and the gang naik bot yang ketiga.
and sejujurnya aku cakap, pemandangan laut merah masa tu, memang sangat cantik.
serius.
sangat jernih air dia.
dan yang paling penting, angin masa tu sangat kuat.
bila dah angin kuat, suhu makin sejuk.
tapi mindset kitorang, biar kat darat sejuk, asalkan air laut tu tak sejuk.
bila dah sampai Giftun Island, kami diberi peluang untuk mandi kat pantai.
Giftun Island ni sangat sangat terjaga.
memang nampak lah kebersihan pulau tu.
even kami tak dibenarkan untuk pakai sebarang kasut kat pulau tu.
kasut kena tinggal kat atas bot.

pemandangan Laut Merah dari jeti

on the way pegi Giftun Island

borak borak hilangkan mabuk

yang pakai sweater tu aku. tengah layan perasaan kejap tengok laut yang super cantik ni. Subhanallah. =)

Giftun Island
perahu yang kami kena naik untuk pegi ke pulau

tengoklah pantai dia yang jernih tu. Subhanallah. 

baru turun dari perahu

pemandangan dari Giftun Island

kami berlima bersama ustaz Rigal

ini kami berenam. =)

Giftun Island
masa turun dari boat tu, lagi terasa kesejukan dia.
dah tu, cari nahas mandi pantai tengah tengah winter.
terima lah akibatnya kan. heh.
masa ni, masing masing tanak jejak air.
sebab sejuk gila.
angin kuat kot.
tapi kalau tak masuk, macam rugi.
so, slow slow lah kan jejak air tu.
bila kaki dah kena air, rasa macam pijak ais.
serius.
bila dah sampai paras perut tu, semua macam beku.
kawan aku cakap macam berenang kat antartika.
tapi kami redah je la. lama lama tu boleh je adapt.

mandi mandi kat pantai tu tak lama.
terus kami semua naik ke darat.
sebab semua dah sejuk.
tapi nak naik tu, satu lagi azab.
dengan angin bertiup kencang.
fuhh. tak dapat gambarkan sejuk dia macam mana.

dah naik darat tu, memang sekian lah kan.
tak dapek nak masuk laut balik. beku.
terus kami berenam pegi jalan jalan sekeliling pulau tu.
pegi tangkap gambar lah, tengok 'dugong' sunbathing lah. eh.

tak lama lepas tu, kami kembali ke boat.
get ready for snorkeling..!
oh ya. aku lupa nak cakap. aku ni sebenarnya mabuk laut.
bukan kata laut, udara, darat semua aku mabuk.
pendek cerita, motion sickness lah senang.
masa nak pegi Giftun Island tu, aku memang tawakkal dah.
harap mabuk aku tak teruk.
and Alhamdulillah, masa nak pegi tu, aku tak berapa nak pening sangat.
malas nak makan ubat. sebab ubat tu buat aku tido je.
so, duduk depan boat, layan kebesaran keindahan ciptaan Allah sambil borak borak dengan ustaz and kawan kawan.

mula mula tu borak dengan kawan aku ja. kalau dah dok lepak dengan budak laki, takdak topik lain lah. memang topik bola ja.
sekali ustaz Rigal dengaq aku dok sembang pasal bola.
dia tak sangka ada cewek minat bola. terus ustaz ustaz yang lain tanya aku minat mana and minat player mana dalam MU.
bila aku kata aku minat semua player, diorang macam tak percaya.
yelah. perempuan ni kalau minat bola, selalunya akan minat certain player. player yang hot, yang hensem macam kaka, ozil, takpun CR. tapi aku takdak lah nak obses kat certain player.
aku tengok bola sebab game tu. bukan sebab player.
haa, masa ni lah melekat gelaran 'cewek MU' kat aku.
ustaz Rigal lah ni yang start dulu. tiap kali jumpa dia lepas tu, takdak nya dia nak sebut nama lain. cewek MU gak yang keluar dari mulut ustaz.
aku pun layan je lah.

sambung balik pasal mabuk.
masa on the way from Giftun Island nak pegi snorkeling tu, aku dah rasa pening sikit sikit dah.
tambah pulak, baru lepas lunch masa tu.
tapi aku tak berani makan banyak.
sebab takut muntah.
after makan ni, aku decide untuk telan jugak ubat tu.
and it takes half an hour untuk its action.
so, before kesan ubat tu datang, baik aku pegi snorkeling.
kang dah ngantok, tengah laut tu jugak aku bantai tidoq.

nak snorkeling ni, kena amek turn.
sebab life jacket tak cukup.
and kami semua ramai.
so, terpaksa lah tunggu.
sampai ja turn aku, aku terus terjun. (dengan bantuan 'ammu boat tu)
untuk mengelakkan diri dari dihanyutkan ombak, aku mintak tolong 'ammu Fathi untuk tarik pelampung and bawak kitorang pegi coral spot tu.
'ammu fathi tu boleh dikatakan swimmer yang hebat la. salute dowh tengok dia. berenang ulang alik bawak kitorang semua. from boat to the coral spot.
masa ni aku memang immersed gila dengan dunia hidupan laut.
tengok coral, tengok ikan.
sumpah tenang.
rasa macam ada kat dunia yang lain.
lupa kejap kesejukan kat darat tu.
dah habis satu round, ammu Fathi hantar kitorang kat boat. tapi masa tu aku tak rasa nak naik boat pun lagi.
then ammu Fathi tu nampak aku berpaut, terus dia tanya aku nak join lagi sekali ke.
terus aku berenang pegi kat dia.
pegang tali kat pelampung tu, and aku selamkan muka.
dia bawak pegi spot lain pulak kalau tak salah.
nampak ikan yang bermacam jenis dan warna.
Subhanallah, MashaAllah.
Alhamdulillah sebab diberi kesempatan nak tengok keindahan ciptaan Allah.
''maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?'' [ar-Rahman]

mula aktiviti snorkeling

antara kawasan yang paling cantik bagi aku

snorkeling



mister Fathi ulang alik bawak kitorang

dah habis round kedua, aku pun naik.
penat dah menguis2 kaki berenang.
masa naik tu, aku dah rasa pening balik.
amek port, terus aku landing.
tak heran dah tengah sejuk ke, tengah basah ke.
yang penting aku dapat baring.
letak je kepala, terus aku lelap.
effect ubat tu memang kuat kot.
serius aku tak sedar dah diorang berhenti kat last checkpoint.
sedar sedar je, bot dah nak gerak balik.
muka masa bangun tu, memang bloated tahap yang tak payah nak kata lah.
kawan aku gelak gelak ja.

sampai ja hotel, terus ingat katil.
tau nak landing ja.
sekali pakat ngan kawan nak terjun swimming pool.
apa lagi, sarung la balik baju kitorang mandi laut tu haa.
turun ja kat swimming pool tu, pegi rendam kaki kejap.
ingatkan tak sejuk.
sekali kau. sama ja sejuknya macam kat laut tu.
kawan aku dah terjun dah.
aku rendam kaki.
tanak terjun.
sejuk.
kawan aku cakap aku dah macam mak yang tengah guide anak anak mandi swimming pool.
tapi kami mandi tu pun tak lama.
naik atas sebab nak bersihkan badan from air Laut Merah.
masa ni tak dapat lah nak tengok sunset.
sedih kot. dah la port cantik.
tapelah. takdak rezeki kan.

ze swimming pool

ze swimming pool. again.

malam tu, sepatutnya kami pegi downtown. shopping shopping.
tami disebabkan pergolakan yang berlaku kat Hurghada ni, ustaz cancel plan tu.
so malam tu kira free activity.
kami decide untuk keluar around kawasan hotel tu untuk cari souvenier buat family tersayang.
aku pun nak cari fridge magnet.
oh, itu hobi aku sekarang. kumpul fridge magnet.
kawan aku pegi bercuti serata dunia pn, aku mintak belikan fridge magnet.

and malam tu, ada match Champions League.
between barca and AC Milan.
Barca ni kira fevret team untuk menang la malam tu.
aku ngan kawan kawan aku lepak kedai kopi arab kot gara gara nak tengok game ni.
dari 6 orang, last last yang stay sampai abes game tu, 3 orang ja.
lain semua balik bilik dah.
for the first time kot, aku lepak kedai kopi arab untuk tengok bola.
before ni aku tengok sorang sorang ja.
haih.

ok lah. sampai sini ja.
aku nak kemas barang, and berangkat pegi tido rumah kawan aku.
esok dah start kelas.
nanti aku sambung pengalaman naik ATV kat padang pasir.





ini sunrise kalau tak salah




No comments:

Post a Comment