CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 1, 2013

lawatan ke Darul 'Afaf

tiga minggu cuti sudah hampir ke penghujungnya.
rasa rugi kalau sepanjang cuti ni, kita tak buat something yang berfaedah.
so, aku amek kesempatan ni untuk join program yang aku rasa sangat best.
dekat Alex ni, ada satu kelab yang diberi nama Yalla.
kelab ni more on charity la.

and semalam, kelab ni ada buat satu program lawatan ke rumah anak yatim.
dari dok terbongkang kat rumah tak buat hape, baik join charity ni.
ini pun, kawan aku yang ajak,
aku pun apa lagi. dengan bosan dok umahnya.
join ja aktiviti ni.
mulanya kami berkumpul kat Fathalla.
Fathalla ni kira pasar borong lah kat sini.
pegi beli barang barang untuk Darul 'Afaf tu.

antara barang yang dibeli

antara krew2 Yalla Foundation

sampai Darul 'Afaf tu dalam asar.
sebab jalan jam.
Darul 'Afaf ni rumah anak yatim untuk lelaki sahaja.
ada berbelas belas jugak lah penghuni Darul 'Afaf tu.
paling tua, 11 tahun kalau tak salah.
disebabkan Darul 'Afaf ni terletak kat kawasan orang berada, so banyak lah bantuan terhadap rumah ni.
masa sampai tu. kami disambut dengan senyum oleh mudirah (baca : pengetua) rumah tu.
mula mula, anak anak adik adik tu macam awkward sikit la dengan most of us.
masing masing muka grumpy gila.

Saad, Yusof and Samy

layan karenah adik adik tersayang

ini Hassan

tak ingat nama baby ni. tapi dia baru 11 bulan rasanya

Hassan =)

aktiviti kami dimulakan dengan makan.
kami diminta untuk amek sorang satu budak and suap diorang.
kalau dah awkward tu, memang awkward jugak lah kan.
budak yang aku amek tu nama dia Saad.
bak kata kak Fatimah, Saad tu merupakan budak paling pemalu kat rumah tu,
tak payah kata la.
puas aku nak suap makanan.
pizza lah, ayam lah.
tapi dia taknak pulak nganga.
siap kena tegur dengan musyrifah (baca : penjaga)
last last kak Fatimah datang and join aku layan budak tu.
after dah kena tegur tu, Saad redha je aku nak suap.
haa kau.
dekat dua ketul ayam abeh kat dia sorang.
tapi yang tak boleh blah, masa tengah makan tu boleh pulak si Saad tu tido.
dengan mulut penuh KFC.
comel gila kot.
seronok tengok adik adik ni makan.
tengok muka diorang pun, rasa tenang ja.

Tamer and Hossam

Samy, Abdel Rahman and Hassan

layan diorang ni makan

si Saad tengah tido

Saad yang pemalu

habis makan, kami main main kejap dengan depa.
main kejar kejar lah semua.
then solat Asar berjemaah.
adik adik ni pun join sekali.
after solat Asar, kawan aku Anis buat demonstrasi how to brush your teeth.
semangat tengok diorang ni dengar explaination Anis.
before start demonstration tu, diorang main main dengan glove yang dokter selau pakai.
buat belon lah.
then ada yang pakai, and cakap 'ana duktur'.
Allah. mudah mudahan mereka akan menjadi bakal doktor yang berjaya kelak.
inshaAllah.

tolong diorang pakaikan glove





seronok main dengan 'gigi'

khusyuk dengar demonstrasi berus gigi by Dr. Anis

semua khusyuk tengok video kat ipad

Hassan

Hassan dan 'safinah' (baca : kapal)

after demonstration tu, kami sambung main.
mula mula main kejar kejar.
lepas tu ada sorang crew Yalla ni buatkan diorang origami bentuk kapal.
apa lagi.
semua pakat pegi amek kertas and mintak kami buatkan 'safinah'
ada yang mintak buatkan kapal terbang.
buat bentuk burung pun ada jugak.
so, kami layankan aje.
seronok tengok diorang ni happy.

masuk ja maghrib, kami solat jemaah sama sama.
after solat maghrib, semua sambung main.
masa ni aku dah rapat dah dengan si Saad tu.
siap mintak nak chocolate lagi.
3 bar jugak abeh kat dia sorang.
yang comelnya, before makan chocolate tu dia mintak izin kat musyrifah dia.
after dah dapat izin, baru dia makan.

dekat dekat Isya', kami kena balik.
sebab malam tu ada kelas Tafaqquh dengan Ustaz Akli.
sedih jugak la nak tinggal depa.
takpa.
nanti ada masa, ada peluang, kami datang lagi ye adik adik.

sungguh.
dengan tengok adik adik ni, aku rasa tenang sangat.
memang lupa sungguh segala masalah yang ada.
yelah. sebab diorang ni kan insan terpilih.
dipilih oleh Allah.
dimuliakan di sisi Allah.
''Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga dekat dan tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya yang kamu miliki. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri.'' [4:36]
aku harap aku dapat join program program macam ni kelak.
agar aku jumpa ketenangan yang bersembunyi sebelum ni.
inshaAllah.


solat jemaah bersama




Samy

Adel

Yalla crew bersama anak anak Darul 'Afaf



No comments:

Post a Comment