CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 1, 2013

lawatan ke Darul 'Afaf

tiga minggu cuti sudah hampir ke penghujungnya.
rasa rugi kalau sepanjang cuti ni, kita tak buat something yang berfaedah.
so, aku amek kesempatan ni untuk join program yang aku rasa sangat best.
dekat Alex ni, ada satu kelab yang diberi nama Yalla.
kelab ni more on charity la.

and semalam, kelab ni ada buat satu program lawatan ke rumah anak yatim.
dari dok terbongkang kat rumah tak buat hape, baik join charity ni.
ini pun, kawan aku yang ajak,
aku pun apa lagi. dengan bosan dok umahnya.
join ja aktiviti ni.
mulanya kami berkumpul kat Fathalla.
Fathalla ni kira pasar borong lah kat sini.
pegi beli barang barang untuk Darul 'Afaf tu.

antara barang yang dibeli

antara krew2 Yalla Foundation

sampai Darul 'Afaf tu dalam asar.
sebab jalan jam.
Darul 'Afaf ni rumah anak yatim untuk lelaki sahaja.
ada berbelas belas jugak lah penghuni Darul 'Afaf tu.
paling tua, 11 tahun kalau tak salah.
disebabkan Darul 'Afaf ni terletak kat kawasan orang berada, so banyak lah bantuan terhadap rumah ni.
masa sampai tu. kami disambut dengan senyum oleh mudirah (baca : pengetua) rumah tu.
mula mula, anak anak adik adik tu macam awkward sikit la dengan most of us.
masing masing muka grumpy gila.

Saad, Yusof and Samy

layan karenah adik adik tersayang

ini Hassan

tak ingat nama baby ni. tapi dia baru 11 bulan rasanya

Hassan =)

aktiviti kami dimulakan dengan makan.
kami diminta untuk amek sorang satu budak and suap diorang.
kalau dah awkward tu, memang awkward jugak lah kan.
budak yang aku amek tu nama dia Saad.
bak kata kak Fatimah, Saad tu merupakan budak paling pemalu kat rumah tu,
tak payah kata la.
puas aku nak suap makanan.
pizza lah, ayam lah.
tapi dia taknak pulak nganga.
siap kena tegur dengan musyrifah (baca : penjaga)
last last kak Fatimah datang and join aku layan budak tu.
after dah kena tegur tu, Saad redha je aku nak suap.
haa kau.
dekat dua ketul ayam abeh kat dia sorang.
tapi yang tak boleh blah, masa tengah makan tu boleh pulak si Saad tu tido.
dengan mulut penuh KFC.
comel gila kot.
seronok tengok adik adik ni makan.
tengok muka diorang pun, rasa tenang ja.

Tamer and Hossam

Samy, Abdel Rahman and Hassan

layan diorang ni makan

si Saad tengah tido

Saad yang pemalu

habis makan, kami main main kejap dengan depa.
main kejar kejar lah semua.
then solat Asar berjemaah.
adik adik ni pun join sekali.
after solat Asar, kawan aku Anis buat demonstrasi how to brush your teeth.
semangat tengok diorang ni dengar explaination Anis.
before start demonstration tu, diorang main main dengan glove yang dokter selau pakai.
buat belon lah.
then ada yang pakai, and cakap 'ana duktur'.
Allah. mudah mudahan mereka akan menjadi bakal doktor yang berjaya kelak.
inshaAllah.

tolong diorang pakaikan glove





seronok main dengan 'gigi'

khusyuk dengar demonstrasi berus gigi by Dr. Anis

semua khusyuk tengok video kat ipad

Hassan

Hassan dan 'safinah' (baca : kapal)

after demonstration tu, kami sambung main.
mula mula main kejar kejar.
lepas tu ada sorang crew Yalla ni buatkan diorang origami bentuk kapal.
apa lagi.
semua pakat pegi amek kertas and mintak kami buatkan 'safinah'
ada yang mintak buatkan kapal terbang.
buat bentuk burung pun ada jugak.
so, kami layankan aje.
seronok tengok diorang ni happy.

masuk ja maghrib, kami solat jemaah sama sama.
after solat maghrib, semua sambung main.
masa ni aku dah rapat dah dengan si Saad tu.
siap mintak nak chocolate lagi.
3 bar jugak abeh kat dia sorang.
yang comelnya, before makan chocolate tu dia mintak izin kat musyrifah dia.
after dah dapat izin, baru dia makan.

dekat dekat Isya', kami kena balik.
sebab malam tu ada kelas Tafaqquh dengan Ustaz Akli.
sedih jugak la nak tinggal depa.
takpa.
nanti ada masa, ada peluang, kami datang lagi ye adik adik.

sungguh.
dengan tengok adik adik ni, aku rasa tenang sangat.
memang lupa sungguh segala masalah yang ada.
yelah. sebab diorang ni kan insan terpilih.
dipilih oleh Allah.
dimuliakan di sisi Allah.
''Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga dekat dan tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya yang kamu miliki. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri.'' [4:36]
aku harap aku dapat join program program macam ni kelak.
agar aku jumpa ketenangan yang bersembunyi sebelum ni.
inshaAllah.


solat jemaah bersama




Samy

Adel

Yalla crew bersama anak anak Darul 'Afaf



Thursday, February 28, 2013

travelog day 3 #Luxor part 2

after kitorang pegi Alabasta tu, kitorang terus gerak pegi Hatshepsut temple.
Hatshepsut ni adalah satu2nya firaun perempuan yang pernah memerintah mesir selama 20 tahun.
all by herself. takdak firaun lain yang tolong.
kira dia ni antara firaun yang berkuasa and hebat lah masa tu.
and kalau tak salah aku, mister Ali tu penah cerita.
masa Hatshepsut nak naik takhta, ada someone bagitau dia.
yang kalau dia nak jadi seorang yang berkuasa, dia kena bina temple.
and atas sebab ni lah, terbinanya Hatshepsut temple or kalau kat tiket masuk tu, diberi nama as Al-Deir Al-Bahari temple.

tiket masuk temple tu

yang uniknya, binaan temple ni berbeza from other temples.
dia ada 3 tingkat kalau tak salah.
tingkat first tu takdak apa2 lukisan, so orang tak pegi tengok kat situ. tapi tingkat 2 and 3 tu banyak ukiran and patung patung.
dekat depan temple ni, ada dua batang pokok (sekarang tinggal akar ja) yang dibawa masuk oleh Hatshepsut from Punt.
mister Ali ada cakap nama sekarang Punt tu.
tapi aku lupa. maap lah ye. tanya inche Wiki kot.
tapi if tengok temple ni depan depan, memang rasa macam tengah tengok lukisan.
and sekeliling temple ni, ada macam cave. diorang buat as tempat perlindungan.
berlindung dari panas terik semua tu haa.
temple ni dekat ja rasanya dengan Valley of the Kings tu.
sampai Queen Hatshepsut request untuk hubungkan temple dia ni dengan tomb dia yang terletak kat Valley of the Kings tu.

Hatshepsut Temple

gunung yang mengelilingi Hatshepsut Temple

kami berenam lagi. =)

ni statue Hatshepsut kat depan temple tu

ni pokok yang Hatshepsut bawak from Punt

struktur kat tingkat 3 temple ni

ni pintu masuk temple tu kalau tak salah

taktau kenapa, aku suka gambar ni. =p

habis je pusing Hatshepsut temple ni, kitorang terus gerak pegi Colossi of Memnon.
kat sini bukan temple pun.
just 2 massive statues of Amenhotep III.
masa stop kat sini, dengaq dah suara pokcik drebar tu.
''khamsah daqaiq bas! (5 minit cukup!)''
ustaz kata turun untuk amek gambaq ja.
tapi aku tak turun. malas. panas. heh.

Colossi of Memnon

after Colossi of Memnon ni, kami pegi lunch. masa tu dah pukul 2 lebih dah rasanya.
pegi lunch kat satu international restaurant.
bayar 35EGP untuk buffet style.
berbaloi gak la.
masa ni, nyesal kot pegi makan pakai jeans.
makanan yang boleh diisi adalah terhad.
tapi quite banyak jugak aku makan.
ayam, ikan, nasi, sayur, ruz bi laban (nasi+susu), buah buahan.
itu pun dah full tank dah haa.

the restaurant

habis lunch, terus gerak pegi Luxor temple.
asalnya nak pegi Karnak temple.
Karnak temple ni kira salah satu temple yang wajib pegi if datang ke Luxor.
tapi disebabkan kekangan masa, kami tak sempat pun pegi Karnak temple.
sedih tu ada la. cuma nak buat guane. dah takdak rezeki kan.
sebab keluar dari restaurant tu pun dah pukul 4.30 petang.
and kaunter tiket Karnak temple tu tutup pukul 4.30 petang. memang lah tak sempat.

Luxor temple ni, terletak bersebelahan dengan sungai Nil.
kat dalam temple ni, memang boleh nampak banyak gila statue of Ramses II.
nothing yang menarik sebab semuanya lebih kurang sama ja.
masa kat temple ni, mister Ali ada buat sesi briefing.
dia explain lah sikit sikit pasal temple.
tapi disebabkan kekenyangan dan kemalasan yang melanda, aku and the geng tak dengar pun. masing masing sibuk nak snap gambar.
tapi yang aku tau, kat temple ni ada around 20 statues. semuanya statue of Ramses II.
and ada statue yang dah dipancung kepalanya.
gara gara perselisihan between agama pada zaman dahulu.
and semua statue ni dikatakan mengarut.
so most of the statue ni adalah headless.

the headless statue

obelisk kat depan Luxor temple

the obelisk

keadaan kat dalam Luxor temple

statue of Ramses II

the pillar of the temple



head of Ramses II rasanya

the temple after sunset



kat atas temple tu, ada masjid. apa ntah nama masjid tu.
after Luxor temple ni, kami terus gerak pegi Hurghada.
jalan pegi Hurghada ni amek masa 4-5 hours jugak la.
and jalan nak pegi hurghada ni, ada dua.
satu ikut desert. satu lagi ikut jalan pertanian.
jalan desert tu lagi cepat sampai la.
and jalan pertanian tu, macam jalan jauh.
akan sampai 2 jam lewat dari yang sepatutnya.
cumanya jalan desert tu akan ditutup after pukul 5 petang.
ustaz memang mintak kami semua doa supaya kitorang dapat ikut jalan desert tu.
nak sampai Hurghada cepat.
sebab kat Hurghada tu, diorang dah sedia dinner kat hotel.
restaurant kat hotel tu tutup after 9 malam.
so memang kena sampai awal lah kan.
and guess what.
Alhamdulillah, kami berjaya jugak lalu jalan desert tu.
Alhamdulillah. semuanya dipermudahkan.

ok. sampai sini ja travelog untuk third day.
next aku cerita pasal Hurghada.
yang mana aku rasa part ni paling best.
sebab apa? haa, nantikan next entry okeh?






















Wednesday, February 27, 2013

travelog day 3 #Luxor part 1

ok. sambung journey aku pada hari ketiga.
dah settle melawat aswan and abu simbel, kami gerak ke luxor.
sampai kt luxor tu dah malam jugak la. dalam pukul 9 kalau tak salah.
sampai ja luxor, terus check in hotel.
kat luxor ni, kami amek 2 hotel. so, satu bas kat Sunset Hotel, satu lagi bas kat hotel lain.
ustaz bagi kebenaran untuk sesiapa yang nak ronda ronda bandar luxor malam tu.
mula mula aku rasa semangat ja nak keluar jalan jalan.
tapi bila dah masuk bilik, nampak katil, segarkan badan semua, tetiba ja rasa berat kaki nak melangkah keluar. plus hotel tu ada tv.
bagi student atas laut (baca : oversea) yang takdak tv kat rumah macam kami ni, bila ada peluang jumpa tv tu, nak ngadap tv je lelama. even tak paham apa yang dibicarakan.
so, aku duduk bilik, ngadap tv. best je movie malam tu.
english movie ok. cuma subtitle dia arab.

aku ni spesis yang takleh ngadap tv. asal ngadap tv, kompem tv tu yang tengok aku balik.
dalam erti kata yang lain, aku wajib padam bila dah ngadap tv.
tu memang habit aku rasanya.
dari aku kecik lagi,
kalau nak tido, kena bukak tv dulu.
baru boleh lelap.
kalau tak, puas lah aku nak golek golek atas katil tu before boleh lelap.
ok stop. dah jauh sangat dah aku merapu ni.

sambung kisah perjalanan aku kat luxor. kitorang check out pukul 8 pagi. so, heaven sikit la nak tido lelama malam tu.
kat luxor ni, kami diberi pilihan untuk naik hot air balloon. sekepala 500EGP. aku dengan tengah berjimatnya, memang tak join lah kan.
dah la sesape yang join hot air balloon ni, kena gerak pukul 4 pagi.
aku nak bangun pukul 4 pagi? memang wassalam lah jawabnya.
dah sarapan semua, kitorang gerak pegi Valley of the Kings.

buat yang taktau tu, Valley of the Kings ni merupakan kawasan lembah yang terdapat banyak kawasan perkuburan firaun firaun dahulu kala.
ramses III lah, ramses IX lah, and ada jugak kubur/tomb of tutankhamun.
siapa yang tak kenal tutankhamun ni, sila bukak buku sejarah form 4.
tak salah aku, dalam tu ada.
kalau takdak, maybe aku yang bermimpi. eh.
dengan bayaran sebanyak 40EGP, kami hanya dibenarkan masuk 3 tombs ja.
entah hape yang kitorang masuk tu, aku lupa nak amek port.
sebabnya masa kitorang sampai ni, kiranya sama time dengan satu rombongan budak arab ni.
kalau orang arab yang jenis tertib lentik sopan santun tu, tak kisah la.
ni bak kata ustaz Rigal 'kekampungan' gitu.
serius baq ang.
masuk tomb tu dah ghupa masuk kelab malam.
bising yang tahap boleh pecah ear drum masing masing.
so untuk mengelakkan dari masuk tomb yang sama dengan diorang, kami amek route yang lain.
diorang gi kanan, kitorang gi kiri. diorang naik atas, kitorang turun bawah.
punya nak elak dari jumpa puak diorang ni haa.
sampai tak amek tau pun nama nama tombs yang kami masuk.

tapi kat sini tak dibenarkan sama sekali untuk amek gambar. even kamera pun kena letak luar.
so, korang tak dapek lah nak tengok gambar Valley of the Kings ni.
kalau nak tengok sangat, mungkin boleh mintak kat inche Google.
oh ya, kat Valley of the Kings ni jugak la, kami terjumpa sorang single dad yang sangat sweet.
masa tu memang tengah panas.
and terpaksa tunggu mini train untuk masuk ke dalam tu.
kebetulan masa tu memang tengah ramai tourists from other countries.
and tetiba ja tengok sorang mat saleh tu dengan anak dia tengah duduk kat pintu masuk.
mat saleh tu macam bengang kat tourist guide dia sebab anak dia tak happy.
kalau korang boleh tengok muka anak dia masa tu, memang nampak grumpy gila.
taktau la atas sebab apa kan.
then tengok cara mat saleh tu layan anak dia, pegangkan teddy anak dia, bagi anak dia minum semua, fuhh. cair beb.
suka gila tengok cara mamat tu treat anak dia.
rugi ja sebab tak dapat snap gambaq.

credit to inche Google.
setiap tomb tu kat bawah tanah.
so every time jalan kat laluan nak ke bawah tanah tu, ada lah ukiran dan lukisan kat dinding.
memang pure and ori dilukis masa zaman firaun dulu.
even still ada warna lagi,
Subhanallah, MashaAllah. masa tu memang sangat kagum la macam mana tempat yang dah berusia ribuan tahun, masih boleh kekal sampai ke hari ni.
memang betul lah Allah dah sebut dalam al-Quran :
''maka apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di bumi, lalu mereka memperhatikan bagaimana kesudahan orang orang yang sebelum mereka. mereka itu lebih banyak dan lebih hebat kekuatannya serta (lebih banyak) peninggalan-peninggalan peradabannya di bumi, maka apa yang mereka usahakan itu tidak dapat menolong mereka.'' [40:82]
cumanya yang tinggal kat sini just keranda firaun. mumia semua ada kat muzium Cairo.
and satu-satunya mumia yang tinggal adalah mumia Firaun Tutankhamun.
tapi nak masuk pegi tengok mumia tu, kena bayar 100EGP lagi.
so kami decide untuk tak pegi tengok pun.
masing masing dah malas nak bayar.

after Valley of the Kings ni, kami pegi singgah Alabasta.
Alabasta ni tempat jual hiasan yang diperbuat daripada batu.
ada granite stone lah, onyx lah semua.
kat sini tengok cara orang ukir batu.
lepas tu shopping shopping sikit.
aku beli satu jenis batu yang selalunya orang buat lampu.
aku plan balik nak buat aromatherapy.
semangat nak study lah katakan.
satu batu tu, harga dia 150EGP.
aku pakat dengan kawan aku, if amek dua, nak mintak 200EGP ja.
memang tak dapek lah kan.
pakcik tu mula mula bagi 270.
aku mintak 250.
mula mula dia taknak turunkan lagi.
sebab bak kata dia, gara gara aku mintak, dia turunkan 270.
kalau kawan aku tu mintak, dia tak bagi langsung.
heh. typical arab.
after dok buat aktiviti tawar menawar dengan pokcik tu, last2 dapat 250. jadi lah daripada takdak kan.

ni dia tengah mengukir batu hokeh. bukan mengukir kayu.

dia guna air untuk bagi batu tu lembut

proses nak buat lubang kat batu tu.

bermacam macam jenis batu

pokcik2 yang hebat dalam proses mengukir batu2.

ni dia tengah ukir nama kat batu tu kalau tak salah aku.

pakcik ni ukir batu tu jadi bentuk 'the key of life''

macam dah panjang sangat dah post aku kali ni.
ok lah. esok aku sambung part 2 pulak deh?
aku dah start sakit belakang.
so, time untuk golek golek sambil stretching belakang ni.
eh.