entry kali ni khas pasal pendakian aku ke Gunung Sinai @ Jabal Musa.
Gunung Sinai ni setinggi 2285 meter. half from ketinggian Gunung Kinabalu.
Gunung ni takdak hutan hutan macam gunung gunung kat Malaysia tu.
hanya batu dan pasir semata mata.
and kami kena melalui laluan sepanjang hampir 12km.
after dah selesai pre-pendakian ni, kami balik ke bilik masing masing.
berehat sebelum memulakan pendakian sebenar.
tepat jam 12.30 tengah malam, kami berkumpul kat depan hotel.
pakaian tu memang tebal lah.
aku
siap pakai 6 lapis baju (2 inner, 2 tshirt, 1 sweater, 1 bubble winter
coat) , 4 lapis seluar (2 inner, jeans and tracksuit) and 3 lapis
stokin.
naseb tudung aku tak bawak banyak.
kalau tak, berlapis lapis jugak lah tudung aku tu kang
sebelum start mendaki |
perjalanan kami ke kaki gunung ambil masa dalam 10 minit ja.
sampai ja sana, kami pegi beli tongkat.
tu untuk siapa2 yang nak ja.
aku rasa aku kena beli.
pakcik tu jual tongkat dah ghupa jual pisang goreng panas dah.
kejap ja habes tongkat dia,
Alhamdulillah, rezeki pakcik tu dapat customer macam kami ni.
pada jam 1 pagi, dengan lafaz Bismillah, kami memulakan pendakian kami.
semangat kami dan azam kami untuk sampai ke puncak begitu tebal.
Ustaz Ammar sentiasa ingatkan kami.
"puncak Gunung Sinai tu ada tempat munajat Nabi Musa. tu tempat
mustajab doa. rugi kalau kamu dah sampai tapi tak dapat berdoa kat situ.
jadikan ni sebagai motivasi buat kamu untuk sampai ke puncak..''
aku memang dah pegang azam tu dari hari first aku jejakkan kaki ke bumi Sinai ni.
aku nak sampai ke puncak!
aku nak duduk kat tempat yang sama Nabi Musa duduk untuk bermunajat kepada-Nya!
aku nak berdoa banyak banyak selagi aku mampu!
sepanjang pendakian aku tu, banyak jugak laa rintangan yang aku kena lalui.
kesihatan aku sebenarnya kurang memuaskan.
sejak kebelakangan ni, aku selalu pening pening.
sakit belakang aku pun selalu datang balik.
tapi, aku tau, Allah nak uji kesungguhan aku untuk sampai ke puncak.
aku taknak give up awal awal.
aku kuatkan semangat aku.
aku lupakan sakit yang aku rasa.
gunung ni ada 12 checkpoints.
dari checkpoint 1 sampai 7, boleh choose either nak naik unta atau nak guna kaki ja.
terbit gak kat hati aku ni nak naik unta.
tapi aku nak rasa sendiri macam mana Nabi Musa mendaki Gunung Sinai berulang kali untuk menerima wahyu dari Allah.
aku terus mendaki dan mendaki.
dah nama pun mendaki tengah tengah malam kan.
memang wajib ada lampu suluh.
aku just guna torchlight yang abah bagi dari Malaysia.
sekali torchlight tu just boleh guna tiga per empat dari pendakian aku.
makin tinggi, makin malap pulak lampu tu.
rasa nak campak gaung pun ada jugak sebenarnya.
tapi aku tetap bergantung kepada torchlight tu disamping mintak tolong nawar suluhkan jalan aku.
tips dari Ustaz Ammar sepanjang pendakian kami ni,
''kalau penat, minum air manis sikit sikit. jangan minum air masak''
so dalam poket masing masing memang dah sedia air kotak and coklat.
boleh makan makan sepanjang kami mendaki gunung tu.
start dari checkpoint 8, jalan nak daki ke atas dah mula makin curam.
kena daki susunan batu yang membentuk tangga untuk sampai ke puncak.
kalau ada tempat berpegang tu, boleh tahan.
ini, kiri kanan tu gaung.
memang ketaq abeh laa kaki ni nak panjat.
tapi Allah bagi aku kekuatan untuk terus mendaki.
aku nak sampai sebelum abes waktu subuh.
aku nak solat kat puncak
tu niat aku masa tu
and Alhamdulillah, jam 5.45 pagi, aku berjaya sampai ke puncak.
perasaan aku masa tu, memang Allah ja yang tau.
sedih, terharu, gembira, bersyukur, kagum, semua ada.
bercampur baur.
aku memang rasa nak menangis ja masa tu.
dengan kekuatan yang ada, aku amek wudhuk and terus tunaikan solat subuh.
rasa tenang sangat bila dapat sujud kepada Allah di puncak and tempat yang sama wahyu-Nya diturunkan kepada Nabi Musa.
habis solat, aku terus join group aku lalu melafazkan Asmaul Husna di puncak Gunung Sinai.
rasa diri aku ni sangat kerdil kalau nak dibandingkan dengan kehebatan dan kekuasaan Allah.
memuji kebesaran-Nya di puncak Sinai. |
sunrise at puncak Sinai |
sunrise |
sunrise at puncak Gunung Sinai |
tempat munajat Nabi Musa. (credit to pakcik Google) |
selesai bergambar semua, aku masuk ke tempat munajat Nabi Musa.
aku amek kesempatan tu untuk muhasabah diri dan berdoa kepada-Nya.
satu lagi pesan Ustaz Ammar buat kami kalau nak berdoa kat tempat tu,
''selain berdoa untuk diri kamu, berjaya dalam peperiksaan, jodoh, rezeki kamu, jangan lupa doakan saudara kita di Syria.. mereka memerlukan doa kita. doakan supaya kekejaman pemerintah Syria dibalas dengan balasan yang setimpal oleh Allah..''
selepas dah berdoa, bergambar semua, kami berkumpul untuk mendengar kisah selanjutnya mengenai Nabi Musa dan Bani Israel daripada Ustaz Ammar.
satu lagi view dari puncak gunung |
Masjid di puncak gunung |
we did it! :) |
view dari puncak. |
pendaki pendaki tahun 2 fakulti Perubatan Universiti Iskandariah |
muka muka kegembiraan |
sirah Nabi oleh Ustaz Ammar |
dah selesai semua, kami bersedia untuk turun dari puncak.
sedih sebenaqnya nak tinggalkan puncak Sinai ni.
rasa nak dok lama lagi kat dalam tempat munajat Nabi Musa tu.
rasa tenang.
rasa lapang sangat dada ni.
lupa kejap semua masalah waktu tu.
ALLAH....
aku dan nawar masa nak turun dari gunung Sinai |
kalau tak larat, boleh naik unta |
jalan yang perlu kami lalui untuk turun dari puncak Gunung Sinai |
perjalanan nak turun pun bukan semudah yang disangka.
bila suasana dah terang ni, mula nak nampak ketinggian sebenar.
lagi gayat bila pandang bawah.
dalam hati ni takut jugak tempat tinggi.
tapi aku selalu ingat pesan ibu.
''ina kena kuat! lawan semua perasaan negatif dalam diri tu. jangan psycho diri sendiri. mindset tu kena sentiasa positif! ''
terima kasih ibu atas semangat dan nasihat yang diberikan.
aku mampu jugak turun dengan selamat.
bila dah sampai ke bawah tu, kaki aku mula rasa sakit.
tempat kaki aku pernah patah 10 tahun lepas, dah mula sakit balik.
tapi aku ketepikan dulu perasaan sakit tu.
aku jalan sambil menikmati keindahan ciptaan-Nya.
terima kasih Nawar sebab jadi teman aku sepanjang pendakian ni.
mintak maaf seandainya kau ada terasa dengan perbuatan aku.
aku bersyukur sebab diberi peluang untuk sampai ke puncak Sinai.
aku bersyukur sebab diberi peluang untuk duduk di tempat Nabi Musa.
aku bersyukur sebab diberi peluang untuk berdoa di tempat Nabi Musa.
ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH..
kalau ada peluang, aku nak tawan puncak Sinai sekali lagi.
aku nak duduk lama lama kat tempat munajat Nabi Musa tu.
INSYAALLAH..
dah selesai semua, kami bersiap untuk pulang ke Iskandariah.
based on jadual yang ditetapkan, kami akan sampai Iskandariah pukul 8 malam.
namun atas sebab keselamatan, kami kena pusing ikut jalan jauh.
kena turun ke selatan dan naik balik ke utara.
macam kalau dari pahang nak pegi penang la.
patut boleh lalu Cameron Highlands kan. ni tak.
kena turun pegi JB dulu, then baru naik ke penang.
bayangkan laa jauh mana kami kena lalu.
dekat 20 jam jugak kami dok atas bas tu.
sampai iskandariah pukul 7 pagi esoknya.
penat tapi puas hati.
Alhamdulillah..
jaulah kali ni memberi kami 1001 ibrah yang tak mungkin kami dapat kat tempat lain.
semoga semua pengajaran di sebalik jaulah kami ni akan berkekalan dalam diri kami sampai ke akhir hayat kami.
semakin luas perjalanan kita, semakin bertambah tempat kita untuk sujud kepada-Nya.
insyaAllah.