CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 10, 2011

USRATI..


ok. yang tanda BALIK tu, bukan saya ye. tu orang lain. saya xbalik malaysia pun. nampak yg highlight kuning tu?? its 9th august. gila sedih bila birthday waktu exam ni. tapi xpa, mesti ada hikmah yang Allah nak bagi kan. :)

salam 'alaik kawan-kawan.
dah lama jugak kan saya tak update blog ni. maklum lah. orang dah start exam final. tgk gambar kat atas tu. semua yang warna warni tu, adalah tarikh untuk exam final. dalam masa 3 minggu lebih, ada 7 exam besar. memang penat lah nak study. tapi, kita as student, kena lah terima kan. doakan saya kuat untuk exam nanti ye kawan-kawan.

dalam entry kali ni, saya nak cerita sikit pasal satu aktiviti yang saya involve since dari saya form one dulu. selalu kat sekolah2, orang akan sebut USRAH kan. tapi kalau kat sini, kami panggil SMART CIRCLE or SC. ada sebabnya kenapa tak digelar usrah ni. tapi malas saya nak cerita sebab saya sendiri tak pasti cerita sebenar. nak cerita benda tak betul nanti, dah dikira fitnah kan. :)

10 JULAI 2011 merupakan tarikh keramat bagi group SC saya. sebab apa? tarikh ni merupakan sesi terakhir bagi SC sesi tahun ni. firstly, saya nak jugak la cerita serba sedikit pasal ahli-ahli SC saya ni. yela, bak kata orang, tak kenal maka tak cinta kan. so, SC saya ni dikendalikan oleh seorang senior tahun 3 iaitu KAK SYAMILA. dan ahli2nya pulak terdiri daripada saya sendiri, nurul iman, jannah, lubna, izzati, anis nadia, khadijah dan aeishah. walaupun saya jarang join SC ni, tapi ahli2 SC saya ni sangat2 best. semuanya sporting. proud to be one of them actually.

setelah dirancang2, tarikh ini menjadi pilihan untuk sesi SC terakhir kami. dan dah nama pun yg terakhir, mesti lah nak buat yang gempak sikit kan? so, kami decide untuk pergi greenplaza beramai2. eksaited sebenarnya nak pegi sebab saya tak pernah pegi. saya dok kat mesir ni, malas nak berjalan2. tambah2 pulak dah panas ni kan. lagi malas la saya keluar rumah.

kebetulan, hari ni, saya dan iman ada kelas straight dari 8 sampai 4. mula2 kami plan nak gerak dari kampus ja. tapi disebabkan lubna berseorangan di asrama MARA, jadi saya dan iman balik ke asrama MARA dan bertolak sekali dengan lubna. pada mulanya, ALLAH dah pun menguji kami semua. kami terpaksa menunggu teksi di tengah cuaca yang panas dan keadaan kami yang sangat keletihan. tetapi disebabkan semangat untuk menghadiri SC yang terakhir ni, kami gagahkan jugak diri kami untuk terus menunggu teksi. Alhamdulillah, akhirnya ada jugak teksi yang sanggup menghantar kami ke green plaza yang perjalanannya mengambil masa lebih kurang setengah jam dari bangunan MARA. dengan tambang sebanyak 10LE, kami pun memulakan perjalanan kami ke green plaza. sampai ja kat sana, terus kami pegi cari surau untuk menunaikan solat asar. yela, before nak melaksanakan apa2 rutin atau nak berseronok, apa salahnya kalau kita pegi melaksanakan tugas WAJIB kita sebagai umat Islam. Dia lebih utama dari apa jua tugas kita.

puas jugak lah kami berjalan2 di keliling plaza tu sebab nak cari musolla. Alhamdulillah, berbekalkan panduan yang diberi oleh kawan2 yang lain, akhirnya kami jumpa jugak musolla. and kesabaran kami dibalas dengan nikmat yang sangat indah. musolla tu ada aircond! di tengah2 panas terik ni, bila dah jumpa aircond tu, memang terasa nikmat sangat. syukur ya ALLAH.. selepas semua dah menunaikan solat asar secara berjemaah, saya, lubna dan iman berehat kat musolla tu sambil menunggu rakan2 SC yang lain.

after semua dah sampai, kami decide untuk divide to 2 groups. one group akan order pizza n the other group akan pegi cari kek untuk kak syamila. sebenarnya, kami secara diam2 telah berpakat untuk menyambut hari ulangtahun kak syamila yg dah lepas. (tarikh sebenar 16 JUN) tapi sekarang ni baru berkesempatan nak sambut.

bila kak syamila dah sampai, kami pun memulakan majlis dengan ucapan alu2an oleh anis , aeishah selaku ketua SC dan akhir sekali ucapan dari kak syamila. tapi ucapan xboleh lama2 sebab semua dah lapar. lepas ja kak syamila berucap, kami pun mengeluarkan kek yang telah kami beli secara sorok2.

jadi, saya malas nak cerita panjang. penat makan tiga slice pizza+kek aiskrim+lasagna tak habis lagi ni. korang tengok lah gambar2 yang sempat saya tangkap sewaktu SC tadi.memang kenangan yang terbaik lah SC kali ni.thanx to all of you. insyaAllah, kalau ada umur yang panjang, kita jumpa lagi dalam sesi SC thn depan ye kawan2. :)



saya, iman, izzati dan lubna. ahli meja yang sgt gempak. riuh ja kita makan kan?


ahli2 SC saya. sorang je yang xada. khadijah. diorang cakap dia sakit gigi. syafakillah! :)


seafood pizza.gara-gara buy 1 free 1, kami pilih pizza paling mahal sebagai pizza free. untung sangat. mana nak jumpa kat malaysia, buy 1 pizza free 1 pizza ni. its not promotion. but memang restoran ni amalkan macam tu.heaven kot.


the other ahli meja. senyap ja diorang ni makan. tak macam kami. :)


yang tengah potong kek tu, kak syamila, akak SC saya. sebelah dia tu, jannah.

ni kek aiskrim. standard kat sini bawah 50LE@RM25 dah boleh dapat. kat malaysia, saya tak pernah makan kek aiskrim selalu mengidam je lah nak makan viennetta tu. tapi kat sini, setiap kali birthday, konpem dapat makan kek aiskrim. ALHAMDULILLAH. :)

kalau lah ada sumur di ladang, boleh la kita menumpang mandi..
kalau ada umur yang panjang, INSYAALLAH berjumpa lagi.. :)

2 comments: