CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 15, 2011

::hypertension::

assalamualaikum.

tengok tajuk entry ni pun aku dah bengang. tau pasaipa aku bengang?

tadi after kelas, aku dengan nawar plan nak pegi beli syringe+ubat aku kat farmasi. masa tengah on the way tu, ingat nak singgah la kat kedai stationary sebab nak beli glove. kalau takdak glove, tak best nak masuk morgue@bilik mayat tu. tak boleh nak korek pegang mayat tu. bila tak boleh pegang, memang tak boleh nampak la segala urat saraf, urat darah, glands, atau muscle. nak tengok semua tu, memang kena selak selak muscle mayat tu.

masa aku tengah jalan jalan tadi, sekali boleh pulak terserempak dengan budak budak baru balik sekolah. budak budak ye. bukan remaja atau bapak budak. depa tu boleh pulak nak ejek ejek aku ngn nawar. kalau setakat ejek tu, aku boleh tahan la. ni ada sorang tu datang pegang lengan aku. aku memang dah berapi. tapi aku tahan lagi. lepas tu depa dok bising bising. aku tak dengar pulak apa yang depa cakap. saja aku pekakkan telinga nih. maleh den nak layan.

masa depa dok kacau kacau tu, aku risau beg aku ja. sebab dalam beg aku tu ada duit nak beli ubat. so, aku dok pegang pegang la beg galas aku. sekali ada budak tu tarik beg aku. haa kau, memang meletop ah aku. aku terus pusing sambil dalam kepala aku nak tampar dah budak tu. naseb masa aku kalih tu, budak tu lari. tapi serius, muka aku bengang gila tadi. rasa nak nanges pun ada jugak. bukan sebab aku tak pernah kena kacau. banyak ja yang dok selalu kacau+ejek aku masa zaman sekolah dulu. tapi aku still boleh buat dek sebab depa tak melibatkan sentuhan sentuhan ni. tapi once kalau kau dah pegang, silap haribulan kau makan penampar je.



ni ubat-ubat + syringe yang aku beli tadi. syringe tu untuk kelas practical. bukan untuk kegunaan sendiri

Wednesday, December 14, 2011

::chronic eczema::

assalamualaikum..

what is eczema?? ada apa dengan eczema ni sebenarnya? pehal lak tiba tiba aku nak update pasal ni pulak? mesti tertanya tanya kan. meh aku nak cerita.

sebenarnya start dari awal tahun lagi kaki aku ada masalah. kulit kering plus gatal. memang aku suka la nak menggaru ni. tapi aku ni memang jenis orang yang tak suka jumpa doktor (padahal nak jadi doktor). so, aku memang biar je la. bukan tak suka sebab apa, aku kureng percaya sikit sebab most of doctors yang aku jumpa, semua diagnose aku sambil lewa je.

lebih kurang macam ni laa yang jadi kat aku. cuma area tu tak besar macam ni
as example, batuk aku ni. yang mana penah dengar batuk aku ni, hampa tau la kan keterukan batuk aku ni. yang mana taktau tu, meh aku nak bagitau. batuk aku ni jenis batuk kering yang mendalam sampai ke paru paru. aku batuk macam tu since form 2. tiap kali aku jumpa doc, semua prescribe ubat yang sama. sampai aku rasa badan aku ni dah developed resistance to that drugs. ada pulak dok diagnose aku ni ada athma. lagi merapu. mana nak ada keturunan aku yang ada athma. that's why la aku tak suka pegi jumpa doktor.

ok, finish with that story. tak cukup dengan kaki aku, jari aku pulak developed symptom yang sama. cuma kat jari ni tak gatal. and yang pelik bin ajaibnya, satu ja jari aku yang jadi macam tu. disebabkan aku maleh nak pegi jumpa doktor, aku just sapu lotion je.

tapi hari ini dalam sejarah, akhirnya aku terbukak jugak hati ni nak pegi jumpa doktor. hari ni kelas aku sampai pukul 2. after kelas, terus aku ajak nawar pegi jumpa dermatologist. actually, kawan aku asyikin penah jumpa doktor ni. and klinik dia pun dekat ngan rumah aku.so lagi senagng la aku nak pegi. and once dah sampai klinik tu, gila ramai orang. aku plan nak pegi esok je. sekali dia cakap esok klinik tu tak bukak. nak tak nak, aku kena gak jumpa hari ni.

after dah bayar about 25LE, aku amek no giliran. turn aku no.42 and masa tu baru no.29. memang berjanggut gak laa aku kena tunggu. satu jam setengah jugak la aku dengan nawar menepek kat klinik tu. dekat pukul 4 jugak la baru aku dapat jumpa doktor.

bila dah tunjuk tempat yang bermasalah tu kat encik doktor, dia bagitau la yang aku ni ada chronic eczema. for those yang taktau, eczema is a type of dermatitis ataupun jangkitan kulit. eczema ni dah jadi chronic sebab kulit kat kaki aku dah irritated plus kat keliling eczema site tu, dah ada inflammation. disebabkan aku dah belajar medic terms ni, so senang sikit nak communicate dengan encik doktor tu. dia pun senyumlebarsampaitelinga dah bila kami faham apa yang dia cakap tu.

so antara nasihat nasihat doktor untuk penyakit aku nih :

1. minum banyak air
2. need to take food that rich in oil and fats

nampak tuh. rich in fats okehhh. encik doktor tu siap boleh tanya lagi kat aku, "do you have any problems with fats intake?" memang aku geleng la kan. then encik doktor tu balas balik "yes. your body show that you don't have any problems if you take food that is rich in fats." or dengan bahasa mudah dia, aku ni kurus laa. HAHA!

then encik doktor tu describe banyak gila ubat + dia cakap tips of my finger and kaki aku ni kena inject sebab if nak prescribe ubat sapu or topical, the drugs still tak boleh penetrate the skin. thats why la dia kena bagi injection untuk letak ubat kat bawah kulit aku ni. mula mula tu aku imagine just one injection dekat jari, and one injection dekat kaki. so, aku pun cool je lah.

"NASIRAH!" akhirnya nama aku diseru.

aku dengan tenangnya, masuklah dalam bilik tu. actually aku cuak gak sebab dia inject intramuscularly. kalo via intravenous (macam kita selalu amek darah tu), tak sakit la. ni IM okeh. bila pekerja tu pegang syringe tu, aku tengok, alahaiii. kecik molek nau jarum dia.

haa, lebih kurang besar ni je jarum dia. halus kan?

once bila dia cucuk kat tips of finger, baru rasa sakit. relax lagi la sebab baru first injection kan. sekali dia tarik jarum tu and inject lagi. memang bulat la mata aku. sakit kot.

"why you inject the finger for several times?" nawar tanya kat pekerja yang aku rasa dia pun doktor jugak.
"to distribute the drugs below the skin" explain doktor tu.

"is it painful?" doktor tu tanya aku. aku just mengangguk je lah. memang sakit pun. tak dapat digambarkan. injection sakit sebab dia cucuk kat bawah kulit. rasa la bisa dia tu plus cucuk banyak kali. pehh pehh pehh.

"you feel like that because this is the tip of your finger. it contains many sensory neurons especially pain receptor."
haa kau. sekarang ni memang kami tengah belajar pasal CNS pun. bila dia cakap macam tu, kami pun memang seronok la. rasa macam student practical tengah dengar explaination from a senior doctor.

selesai dengan injection kat jari, dia sambung pulak kat kaki. aku bajet kat kaki ni lagi kurang laa sakit. sekali, ya ampuuun. lagi sakit dari kat jari. mata aku dah start berair dah. tahan sakit tu. bila doktor tu tengok muka aku dah berkerut kerut, dia pun tanya la.

"is it more painful than the finger?" aku memang tak mampu nak cakap apa. aku just angguk ja.

"it is because i can feel your area below the skin is hardening. and thats explain why you feel more painful than the first injection.you can see your skin is irritated and the inflammation around the site." doktor tu explain panjang lebar kat aku. aku rasa doktor tu rasa seronok nak explain sebab kami boleh faham dengan apa yang dia nak terangkan tu.

before kena injection. rasa kering gila kot masa ni.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ni dah after injection. kulit aku jadi tegang plus susah gila nak luruskan jari

dekat 20 injections jugak la aku kena tadi. lepas ni, follow up treatment aku lagi dua minggu. harap harap dua minggu lagi ni tak kena inject lagi la. cukup la aku terseksa tadi. doakan aku la ye. insyaAllah. :)

ni ubat yang encik doktor tu prescribe untuk aku. gila banyak. haihh.

Sunday, December 11, 2011

jantung hati saya

assalamualaikum....

memandangkan dekat MALAYSIA dah mencecah tarikh 12/12/11, so aku nak amek kesempatan ni kejap nak update blog. for those who read my blog, today is my mom's birthday. atau aku lagi selesa panggil ibu. budak kecik kat rumah aku tu ja yang panggil mama. ajaran serong mana dia dapat, aku pun taktau. ada hati pulak nak berebut harta pusaka ngan aku. puiiih!

ini ibu aku sambil dukung nenek budak kecik tu. :)
haa, before aku wish birthday untuk ibu, aku ada story sikit pasal nenek kebayan budak kecik kat rumah aku tuh. dia kan baru cecah 3 tahun, and dia dah ada facebook ok!! siap berebut dengan cek mek molek (baca: adik aku) nak online. kalau mulut dia jenis otomatik boleh senyap, takpa laa. ni jenis yang tak reti nak senyap. selagi adik aku tak bagi nenek tu online, selagi tu dia membebel. dia bagi sekali dengan pakej gigitan di tangan. kemain lagi budak-budak zaman sekarang. tapi disebabkan nenek tu kecik lagi, so dimaafkan la. 

ok ok. masuk balik cerita pasal ibu. pendek cerita, semua orang ada ibu, right? and semua orang akan cakap yang ibu masing masing is the best mother in the world. kalau ada yang tak mengaku, sila benam kepala dalam tanah sekarang. nampak sangat tipu. 

aku ekceli nak puji mak aku. disebabkan dekat setahun dah aku tak jumpa ibu, and skype pun jarang disebabkan masalah internet kat rumah, so aku tersangat amat rindukan masakan ibu. *teruk sangat tatabahasa aku. boleh menangis CR kalau dia baca entry ni.* HAHAHA. kalau kawan kawan aku yang balik summer hari tu pun dok gaduh homesick manjang, bayangkan laa aku yang tak balik ni. sumpah rindu! 

tengok gaya mak aku masak. ada rupa chef 5 star tak?

and aku sangat tabik kat mak aku ni. she is really a supermom! for your information, mak aku ni bukannya surirumah tangga sepenuh masa. dia ada kerjaya. but dia still mampu menjaga lima orang anak dara dalam masa yang sama. kan orang dulu dulu pernah cakap yang jaga lembu sekandang ni lagi senang dari jaga anak dara seorang. tu baru sorang. mak aku ada lima orang bersamaan LIMA kandang lembu. ALHAMDULILLAH, ALLAH bagi kekuatan yang luar biasa to my mom untuk besarkan kami lima beradik. 



mak aku ni bukan kata masak, menjahit pun superb! family aku jarang gila beli baju siap kat butik. selalu beli kain ela+mak aku jahitkan. aku pun memang suka pakai baju yang mak aku jahit. selesa sangat! i just keep wondering, how can she managed her time. ye laa. dah pegi keja, balik rumah, masak untuk family, kemas rumah, plus menjahit. 

yang paling best, masa dekat dekat raya laa. masa tu, mak aku kena jahit baju raya for the whole family except ayah aku la. sebab ayah aku beli je baju melayu dia.tapi, my mom kena jahit baju untuk enam orang (termasuk mak aku la kan). enam pasang baju tu just untuk raya pertama. belum masuk lagi raya kedua. darab dua=dah dua belas pasang ok! pehh pehh pehh. 

tak habis rasanya kalau nak cerita kat sini. biarlah aku sendiri terus merasa kagum terhadap ibu. dan akhir kata, SELAMAT HARI LAHIR yang ke-*tuuuuut* wahai ibuku sayang. (biarlah rahsia ye ibu). hehe. ina pohon sejuta kemaafan andai ada tersalah bicara atau tersalah laku kat ibu. for me, u are the best! i really really love you and i miss you sooooo much! insyaAllah, doakanlah kejayaan ina kat sini dan semoga ibu sentiasa mendapat rahmat dan berkat dari ALLAH. and halalkan makan minum, pakaian semua yang ibu pernah bagi kat ina.  :)


abah dan ibu. :)
usrati jannati. really miss them! :)