CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, July 6, 2013

Mesir : bumi tarbiyyah

bismillahirrahmanirrahim.
Allah.. lama betul aku tak hapdet.
maklum lah
orang dah start final kan. bizi jangan cakap la.
bizi belasah module. memang jangan siapa kacau.
kalau tak, dengan orang tu sekali aku belasah.

oh. it is already 4 am. and what the hell am i doing right now??
dengan buku anatomy berselerakan kat meja ni.
mug yang berisi nescafe latte. sambil ditemani semangkuk maggi goreng.
nais kan? exam gini takde benda lain yang budak medic bantai.
megi, nescafe. itu je lah keja kitorang kat sini.
last paper 15hb ni inshaAllah if takdak aral melintang.
GIT module. pasal digestive system.
and for this module, i have to read about 500 pages in only 10 days!
50 pages per day. aku nak habiskan 20 pages sehari pun merangkak-rangkak.
ini pulak nak habiskan 50 pages.
fuhhh. dugaan bhaiii.

dan sepertimana sedia maklum, sekarang Mesir tengah krisis kan.
Alhamdulillah, setakat ni student Malaysia kat sini takdak apa-apa.
kami semua ada embassy, ada persatuan pelajar yang sentiasa update hal-hal keselamatan.
so selagimana kami patuhi segala amaran dari pihak kerajaan, inshaAllah kami semua ok.
cuma doakan lah kesejahteraan dan keselamatan Mesir ni.
and yes. ada yang cakap.
''kenapa nak kecoh-kecoh pasal Mesir? takdak kena mengena pun dengan kita.''
oh pleaseeee. Mesir takdak kena mengena dengan kita?
lempang laju-laju mau?
Mesir itu isu umat ok.
dok tanak amek tau saipa. dari dok hapdet pasal korea lah, risau pasal pakwe makwe lah,hape lah.
baik korang hapdet pasal Mesir. pasal masalah umat ni.
ada sikit pekdah.

kami kat sini yakin, apa yang berlaku, pasti ada hikmah yang tersirat.
walaupun orang dok kata orang Mesir ni tak senonoh, buang sampah merata, buang air merata, panas baran, kuat tipu semua. tapi there is something yang ada kat Mesir, dan susah nak jumpa kat tempat lain.
that is TARBIYYAH.
serius aku cakap. dah naik third year ni, aku makin terbukak untuk nampak tarbiyyah yang boleh aku dapat kat Mesir ni. oh dan semestinya selepas apa yang berlaku kat aku dengan 'orang' itu sebelum ni.
yes. it takes 5 months for me untuk betul-betul celik tentang tarbiyyah bumi Mesir ni.
and Alhamdulillah. here I am right now. i am the 'new' Nasruddin's daughter.
bukanlah 'baru' sepenuhnya.
gaya cakap and habits, still the old me.
aku bukan wanita melayu terakhir.
aku still kasar macam dulu. gelak sampai boleh pecah dunia.
makan macam orang tak jumpa makanan sepuluh tahun
cuma mungkin dari sudut pemikiran ni kot yang baru sikit.
after 'that' problem, aku makin belajar untuk sentiasa berlapang dada dengan apa-apa masalah menimpa.
mungkin ini akibat tarbiyyah bumi Mesir ni. who knows?

if kat Malaysia, pakai tudung labuh itu dipandang pelik.
if kat Malaysia, tak pakai telekung waktu solat itu dipandang pelik.
if kat Malaysia, baca al-Quran dalam train itu dikatakan bajet alim.
if kat Malaysia, solat atas jalan dikatakan buang tebiat.
but not in Egypt.
kat Mesir, pakai tudung pendek tu, terasa janggal.
kat Mesir, tak pakai socks itu, terasa janggal.
kat Mesir, baca al-Quran dalam train itu perkara biasa.
kat Mesir, solat tepi jalan, atas rumput, tepi koridor itu perkara biasa.

and kat Mesir, kami bebas mengamalkan Islam tanpa dipandang enteng oleh masyarakat.
that is one thing yang aku suka pasal Egypt.
dan inshaAllah, aku akan cuba istiqamah dengan apa yang aku buat ni dan aku akan teruskan bila balik Malaysia nanti inshaAllah.

oh dan kat Mesir ini jugak, aku belajar erti sabar dan tabah.
kat Mesir ni tak sama macam Malaysia. jauh dari keluarga.
kalau ada masalah, tak semua boleh depends on ibu abah.
kena settle sendiri.
dan dengan ini lah, kami semua belajar berdikari, berdiri atas kaki sendiri.
belajar how to solve problems on our own.

kat Mesir ni, mana-mana akan dengar bacaan al-Quran.
dalam teksi, dekat kedai-kedai.
tak pernah jemu.
dengar je azan, terus tokey-tokey kedai keluar menuju ke masjid.
bila dah dengar azan tu, boleh agak la yang kedai banyak tutup. so, if azan, duduk je rumah. solat dulu. sejam kemudian baru turun pegi kedai.
even aku penah pegi shopping mall pagi jumaat.
dan bila azan zohor or waktu solat jumaat tu, banyak gila kedai tutup.
aku rasa macam aku pegi padang jarak padang tekukur ok.
if kat Malaysia ni, makin galak kedai dok bukak.
no offense. but ini apa yang aku nampak sepanjang aku bernafas ni.

nak deal dengan orang arab ni pulak, serius perlukan tahap kesabaran yang tinggi.
depa ni memang jenis panas baran, suka ketuk orang.
not literally ketuk. maksud aku, ketuk duit.
suka letak harga mahal-mahal.
nak deal tu, puas bertekak.
memang ada yang menyakitkan hati.
tapi itulah. sabar kan indah. so senyum je la if depa dok buat benda yang menyakitkan hati.

ada senior aku penah cakap. kat Mesir ni, senang nak buat sedekah.
sebab apa? kau jalan sikit, akan jumpa peminta sedekah kat tepi jalan.
yang lainnya kat sini, peminta sedekah kat tepi jalan tu yang jenis betul-betul tak boleh buat kerja.
contoh orang takdak kaki, ada penyakit semua tu.
dan if orang tu boleh buat kerja, diorang akan buat anything untuk gain money.
for example, akan lap-lap cermin kereta, jual tisu tepi jalan, jual car accessories. anything.
as long as diorang buat something. not blindly pegi tadah tangan mintak duit.
aku suka tengok keadaan ni sebenarnya. paling-paling pun, diorang buat kerja.
tak macam kat Malaysia.
badan sihat walafiat. then pegi tadah tangan mintak derma.
orang pun akan suspicious kat golongan macam ni.
again. no offense.
based on yang aku jumpa, macam tu lah.

kat Mesir ni jugak, tempat tuntut ilmu tambah-tambah ilmu al-Quran tu bersepah.
tinggal kita je antara nak atau pun tak.
that's why along penah cakap kat aku.
selama 6 years (inshaAllah) aku kat sini, please take that opportunities to learn more bout Quran.
learn tafsir. learn hadith.
sangat rugi kalau tak amek peluang tu.
yes. we are medical students. but we have to remember. we are Muslims.
al-Quran and hadith are our main guides.
Islam is the way of life.
so kat mana lagi kita nak praktikkan kalau bukan kat bumi Allah ni kan.

ok. dah panjang sangat dah aku bebel ni.
buku anatomy dok memanggil-manggil. rindu aku lah tu. puii.
buat yang ada adik beradik or kawan-kawan yang bakal datang Mesir tu, jemputlah baca blog yang tak seberapa ni.
moga diorang terbukak dan berlapang dada untuk datang Mesir.
dan before datang, please expect the worst. maksud aku, jangan ingat Mesir ni sama as Malaysia.
sangat jauh bezanya tu. prepare your iman if you want to come and further your study here.
jangan mengeluh atau takut nak further study sini after korang dah dengar apa yang berlaku kat Mesir.
ada la tu hikmah kenapa Allah hantar korang kat Mesir ni.
inshaAllah, Allah dah kata dalam surah Yusuf, ayat 99.
''masuklah kamu ke negeri Mesir. inshaAllah dalam keadaan aman.''
apa yang berlaku ni semua tarbiyyah untuk kita semua. baik orang Mesir mahupun orang Malaysia sendiri.
bersangka baik dengan Allah.
yakin bahawa Allah pasti akan jaga bumi anbiya' ni.
even masa zaman nabi Musa dulu, Allah hantar firaun, haman, qarun.
dan Alhamdulillah, bumi Mesir masih lagi terjaga.
bukan namanya kehidupan andai tiada ujian kan?
Allah uji sebab nak lihat sejauh mana tahap tawakkal kita kepada-Nya.
kemenangan itu milik Allah, dan Dia berhak untuk tarik balik kemenangan tu.
siapa tahu mungkin Allah nak lihat sejauh mana kita istiqamah dalam jalan perjuangan ni.
kot la tetiba bila diberi kemenangan, kita akan futur. pergi jauh dari-Nya.
bila ditarik balik kemenangan, dan-dan tu la nak mohon pertolongan Allah.
tapi inshaAllah itu tak berlaku kat sahabat-sahabat di sini.
pada waktu siang, mereka berjuang di jalan. pada malamnya, mereka sujud bertahajud kepada-Nya.
aku yang tengok ni, berjurai-jurai air mata keluar.
bukan sebab apa. sebab  aku kagum dengan kekuatan dan kehebatan tarbiyyah diorang. Allahuakbar...
that's why aku yakin bahawa Allah sentiasa bersama mereka.
kita ni tolong doa la eh.
kita tak mampu keluar ke jalan bersama.
tapi kita mampu hantar doa kita.

ok. if ada junior-junior yang nak tanya tentang further study kat Mesir, boleh la if nak tanya.
cuma segala pertanyaan tu aku akan jawab after 15 Julai. sekarang nak fokus belasah module GIT ni dulu.
inshaAllah, aku cuba jawab berdasarkan pengetahuan aku yang terbatas ni.
dan apa yang aku tulis ni adalah my own opinion, based on pemerhatian dan pengalaman aku sendiri. maaf andai ada yang terasa.
mohon terus doa untuk Mesir.
terus doa buat Palestin. buat Syria.
terus doa buat ummah.
wallahua3lam.