Bismillahirrahmanirrahim. *sambil tiup sawang*
haa, ini salah satu sebab kenapa proses meng'hapdet' blog aku tergendala.
setiap tahun kelab LINGO Iskandariah akan menganjurkan LINGO Terbuka Iskandariah/Alexandria LINGO Open.
dalam ALO ni, ada pertandingan debat, debate, public speaking and pidato.
tahun ni kira tahun kedua program ni berlangsung.
last year aku join jugak.
tapi sangkut kat semi dengan team batch aku.
tahun ni aku join cuma bukan dengan team aku last year.
tahun ni aku satu team dengan mereka mereka yang mengalahkan kitorang kat semi.
so kira aku sorang ja perempuan kat dalam team tu.
pertandingan bermula 27 Mei 2013.
total team debat bahasa Melayu ada 7 kumpulan.
and 7 kumpulan ni dibahagikan kepada 2.
kumpulan A dan B.
team aku (A4) included dalam kumpulan A.
27 Mei tu, kira opening ceremony and first match.
usul bahas kitorang dah tau 2 days before.
so memang bertungkus lumus la nak siapkan hujah hujah kami.
dan aku sebagai second speaker.
aku memang tanak first or third. *demand kan?*
usul kitorang untuk first match tu : Industri Hiburan Pilihan Kerjaya Remaja.
dan kami bertindak selaku kerajaan.
lawan dengan team first year.
start lawan pukul 7.15 malam.
agak ramai gak la budak batch datang tengok.
dan Alhamdulillah, usul malam tu diterima or senang cerita, kami menang.
and team-mate aku, saudara Ruzaidi dapat pendebat terbaik untuk malam tu.
after first match |
next match, 29 Mei 2013.
29 Mei ni, kami ada 2 matches.
sebelah petang satu, malam satu.
usul untuk match petang : Penganjuran Sukan bertaraf Dunia Meningkatkan Ekonomi Negara
dan usul untuk match malam tu pulak : Pendidikan Percuma Wajar Dilaksanakan.
kedua2 usul ni, kami bertindak sebagai pembangkang.
sehari sebelum pertandingan tu, memang jangan cakap la betapa serabutnya aku.
dah la isu ekonomi. hampir migrain aku nak cari hujah.
kalau tak salah, aku tido lepas subuh kot masa ni.
semua gara gara nak siapkan hujah aku untuk both match.
dalam lecture tu, jangan cakap la. sejam lecture, boleh kata tiap minit aku menguap.
lepas lecture kena stay lagi untuk clarify konsep hujah kitorang semua.
untuk match petang tu, kitorang jumpa team first year dentist.
team ni bagi aku, agak hebat jugak la.
cuma Alhamdulillah, rezeki kemenangan berpihak kat kitorang.
dan sekali lagi Ruzaidi dinobatkan sebagai pembahas terbaik.
habis je match petang tu, rushing rushing pegi solat Maghrib, makan semua.
then terus sambung 2nd match.
kali ni pertandingan kitorang dalam lecture hall.
dan 2nd match ni baru nampak sikit muka muka budak batch aku datang bagi sokongan.
aku malas nak fikir prestasi aku masa first match tu.
even team-mates aku siap pesan. buang habes pasal ekonomi.
fokus on pendidikan pulak.
so, dengan usul Pendidikan Percuma Wajar Dilaksanakan, dengan ini usul ditolak.
erti kata, kami menang.
dan yang lagi terkejutnya, aku dapat pembahas terbaik malam tu.
serius tak sangka.
aku bajet Ruzaidi yang dapat sebenarnya.
tapi team-mates aku kata sebab aku banyak bagi fakta and fluent dalam penghujahan aku.
that's why aku boleh dapat.
Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah. =)
selepas match terakhir peringkat kumpulan |
dengan kemenangan bersih kami dalam peringkat kumpulan, akhirnya kami masuk semi final.
masa semi ni, kami akan bertanding dengan naib johan kumpulan B.
usul semi : Sistem Syif di Hospital Wajar Dilaksanakan. dan kami sebagai kerajaan.
start match pukul 7.15 malam. sebab petang tu match semi antara team satu lagi.
cuak gak la sebenarnya dengan pentas semi final ni.
sebab last year aku sangkut kat semi.
tapi aku fikir just buat yang terbaik.
ada rezeki, dapat la gi final.
after match yang bagi aku agak sengit la, akhirnya usul diterima.
Alhamdulillah....
cumanya budak budak batch aku kata aku teruk kena psiko malam tu.
aku sendiri taktau apa yang membuatkan aku terpsiko.
teruk gak la aku kena bahan dengan budak batch lepas tu.
dari kiri : Ruzaidi, me, Shukri |
bakal pendebat yang hebat. inshaAllah. =) |
mereka mereka yang turun memberikan sokongan |
dan final nanti kitorang akan jumpa team yang kitorang kalahkan masa usul ekonomi tu.
masa dapat tau tu, kitorang semua risau pasal badi final last year.
sebab last year, team Ruzaidi ni menang dengan team yang kalahkan diorang time group round.
so bila kami jumpa team yang kami dah kalahkan peringkat pusingan kumpulan hari tu, faham faham la kan.
final kitorang one day after semi final.
usul = PRU13 : Bukti Malaysia Negara Demokrasi.
dan sekali lagi kami jadi kerajaan.
ini memang kaw kaw jadi macai.
persediaan untuk final ni, boleh kata agak kelam kabut jugak la.
usul diberitahu pukul 11.30 malam.
dengan kami semua kepenatan lepas semi final tu.
aku sampai tido lepas subuh kot.
sebab nak cari maklumat.
then pegi lecture pukul 8 sampai 9. pukul 9 tu start discussion kejap dengan budak team.
then balik, terus kena siapkan hujah. pukul 5 kitorang lawan.
dah la dengan dua dua team-mates aku ada clinical training sampai pukul 2.
so, faktor kekangan masa mengakibatkan kami tak cukup preparation.
tapi kami cuba beri yang terbaik demi batch ACE. =)
poster mempromosikan final ALO II |
protokol final debat ni, lebih kurang macam final PPM.
ada sesi intorduction setiap pendebat.
dalam introduction tu, ada la sebut pasal idola masing masing.
disebabkan aku terpaksa jadi macai sepanjang debat tu, maka aku decide untuk letak Datin Seri Rosmah sebagai idola aku.
memang satu dewan tu gelak la bila Yang Dipertua sebut idola aku.
mana taknya. kebanyakan orang dalam dewan tu tau apa pendirian aku.
sekali aku tulis DS Rosmah as idola. mau tak kena gelak.
dan sekali lagi budak batch aku cakap aku kena psiko.
tang mana yang psiko, aku pun taktau.
cuma aku dah beri yang terbaik.
menang kalah, campak belakang.
pentas final |
budak ACE memang suka bergambar. =) |
masa nak umum pemenang tu, memang ketaq lutut tahap hape dah.
cuak sebenarnya.
dan dengan margin 7:2, usul malam tu ditolak.
that's mean kami kalah.
kami tiga2 orang agak terkejut. bukan terkejut sebab kalah.
tapi terkejut dengan margin yang agak teruk.
cuma yang buat aku nak nanges malam tu, bila tengok semangat batch aku.
after dah bagi hadiah kat johan, MC jemput naib johan untuk terima hadiah.
dan masa tu, terus semua budak batch aku buat standing ovation.
sorakan diorang tu, macam kami ni menang.
boleh bayang tak macam mana?
serius aku salute semua budak batch masa tu.
kalau boleh nanges atas pentas, dah nanges dah aku bila tengok semangat diorang.
sesi penyampaian hadiah oleh dean of faculty of medicine Alexandria University |
after pengumuman keputusan debat, diorang umum keputusan pertandingan pidato pulak.
dan Alhamdulillah, wakil ACE berjaya merangkul tempat pertama.
dan sekali lagi kami semua buat standing ovation.
riuh la dewan tu dengan sorakan kami.
dan akhir sekali, pengumuman pertandingan debat Bahasa Inggeris.
FYI, batch ACE telah berjaya menempatkan kedua dua team debat bahasa Melayu dan debat Bahasa Inggeris di pentas final.
and that's why ramai budak ACE turun padang malam tu.
and finally, the motion stands. maknanya kerajaan/ team ACE menang.
Alhamdulillah..!
terus semua orang bangun buat standing ovation.
dan saudari Tengku Nurlisa dinobatkan sebagai best debater.
lagi kuat la kami tepuk.
after sesi penyampaian hadiah setel semua, ramai ramai ACE berkumpul kat luar dewan utk sesi bergambar.
riuh sakan masing masing kat luar tu.
kalah ke menang, semua gembira.
gembira dengan ukhuwwah yang berjaya ditonjolkan oleh ahli ACE malam tu.
terima kasih ACErs..! :')
ini keluarga saya kat Alex. dan saya sayang mereka. saya sayang ACE. =) |